Bab 17

7K 154 0
                                    

         " What ?! Amira bleeding ? Apa maksud You ni Wani ? " Sesak nafasnya.

Jantungnya seakan mahu tercabut mendengarkan kata kata Wani. Baru sebentar tadi dia menghantar wanita itu kerumah. Macam mana boleh bleeding ?

          " Amira jatuh ?! "

           " Okay. I datang sekarang. You tolong tengok tengokan dia. I datang ! "

Macam mana boleh jatuh ni? Tadi baru je pesan jaga diri. Baring je. Rehat. Apa yang kau buat sampai jatuh ni Mira? Risaulah aku macam ni. Minggu depan aku nak pergi dah. Siapa nak jaga kau ? Aku belum pergi lagi kau dah jatuh macam ni. Tak boleh percayalah kau tu boleh jaga diri. Hish! Risaulah aku dengan kau ni. Bebel Tengku Syahmin seorang diri didalam kereta.

Harap kau tak ada pape.

Tengku Syahmin separuh kerisauan. Separuh lagi rasa nak mati bila dengar Amira Alia jatuh. Tadi elok saja. Tengku Syahmin mengetap bibir. Berdoa agar Amira dan anaknya akan selamat.
        
            " Amira macam mana ? Anak I ? " Tanya Tengku Syahmin terus dengan panik mendapatkan Wani diluar bilik wad Amira Alia ditempatkan.

            " Dia okay. You janganlah risau. Bleeding dah berhenti. Amira dengan anak You will be fine, Syahmin. "

Kata kata balasan daripada Wani  menerbitkan keluhan. Syukurlah tak ada apa apa. Risau betul ! Matanya dipejamkan. Dia terus mendapatkan Amira Alia.

          " Kau buat apa ni sampai bleeding ni? Kau risaukan aku tau tak. Macam mana aku nak pergi dengan tenang kalau kau dah buat hal macam ni? Hmmm ? " Tanya Tengku Syahmin sebaik sahaja Amira Alia membukakan matanya. Wajah wanita itu pucat lesi tidak berdarah. Risau betul hatinya.

          " Aku nak pergi bilik air tadi. Maaflah buat kau risau. Aku dengan dia tak ada apa apa. Kau jangan risaulah. " Luah Amira perlahan lahan. Serak tekaknya. Pahit rasa air liurnya ketika itu.

          " Gila aku tak risau ? Kau nilah. Suka sangat buat aku risau macam ni. Aku dah pesan dekat kau. Bilik air tu licin. Kenapa degil sangat ni? Minggu depan aku ni dah tak ada tau nak jaga kau. " Bebel Tengku Syahmin lembut.

           " Kau ni kalau dah membebel macam mak nenek tau tak.. See ? Aku okay. Gelabah sangatlah kau ni." Amira  rimas dengan bebelan Tengku Syahmin.

Kalau tak disebabkan kau bukan isteri aku, dah lama aku cium mulut tu. Suka sangat mengata aku. Tak berubah ubah. Sakit sakit pun tetap nak mengata jugak. Kalau dah kahwin tak tahulah macam mana degilnya tu.

Selepas beberepa minit Amira  tidur untuk berehat. Keadaanya masih lagi lemah. Jadi dia terpaksa ditahan untuk sehari lagi. Tengku Syahmin melabuhkan dirinya di ruang menunggu sebelah Wani.

           " You tetap nak pergi dengan keadaan dia macam tu? " Tanya Wani sedikit kasar. Sakit hatinya melihat Tengku Syahmin yang akan meninggalkan Amira Alia dalam keadaan seperti itu.

           " I memang tak sampai hati nak pergi. Tapi I dah tak boleh postpone. Parents I dah bising I asyik tangguhkan flight. You nak I buat apa ? Kalau I nak, I angkut dia sekali pergi sana. Tapi nanti siapa yang nak jaga dia? " Balas Tengku Syahmin. Perasaanya kini bercelaru. Sama ada pergi atau tidak.

Tapi permintaan Tengku Zahid Hamidi ingin menjadikan dia sebagai Ceo syarikat bagaimana ? Tu lah Syahmin. Dulu kau games dia sampai kau pulak yang kena games balik. Sekarang bila dia macam tu, mahu tak risau?

            " Tapi kalau You tetap nak pergi, siapa I nak melarang You ? You jangan risau. I ada tengok tengokan Mira. " Wani sudah tidak terkata apa. Mungkin ini yang terbaik buat mereka berdua. Silap. Bertiga.

           " Ni cek duit belanja untuk jaga Mira dengan anak I. Kalau tak cukup You email je I . Kalau ada apa apa, bagitahu I. I trust You, to take care both of them. " Tengku Syahmin hanya mengharapkan belas simpati daripada Wani agar menjaga Amira dan zuriatnya sementara dia tiada untuk empat tahun ke luar negara.

            " You jangan risau. I akan jaga Mira dengan anak You. You dah bertanggungjawab pun I rasa happy untuk jaga both of them. "

Lagi dua hari dia akan ke luar negara. Meninggalkan Amira dan anaknya. Bukan dia tidak sampai hati. Namun permintaan keluarganya juga menarik dia dalam lembah ini.
Nope !

           " Thanks. " Tengku Syahmin terus masuk menemui Amira yang sedang nyenyak tidur. Andai sahaja dia tidak melukai wanita itu. Pasti kini dia tidak akan membuat wanita itu terbaring lemah seperti ini. Sepasang mata coklat milik wanita itu selalu menentang pandangan matanya.

       " Kenapa kau pandang aku macam tu?  " Tengku Syahmin hairan dengan sikap gadis itu yang suka memandang matanya. Dia menjadi malu seketika ditenung tenung sedalam itu.

        " Entah. Aku pun tak tahu. Aku rasa tenang je tenung mata kau. Dahlah sepet ! " Kutuk Amira. Cap dikepalanya dipindahkan ke kepala lelaki dihadapanya. Gembira dapat merosakan rambut Tengku Syahmin yang kemas itu.

         " Apa kau cakap ? Eleh. Mata sepet ni jugak yang dia suka pandang. " Bunyi suara Tengku Syahmin seakan merajuk. Dia daripada kacukan cina sebelah ayahnya. Matanya yang sepet dan tubuhnya tinggi lampai menjadikan dia perhatian gadis gadis di kolej.

Jika bukan kerana challenge daripada member membernya, entah wanita tomboy dihadapanya itu akan jatuh cinta atau tidak akan anugerah rupa paras yang elok dimiliki olehnya. Namun sepanjang dia bersama wanita itu, wanita itu tidak pernah meminta apa apa. Barang kemas atau duit atau apa sahaja melainkan memintanya membeli aiskrim. Aiskrim yang tidak seberapa pun nilainya.

          " Dahlah makan aiskrim pun comot. Sesuai sangatlah dengan awak. Mata sepet macam kucing. Makan comot pun macam kucing. Kucing Amira Alia ! Hahahha ! " Tawa wanita itu meletus. Seronok membahan lelaki itu. Mukanya berubah jadi merah padam setiap kali dia mengusik lelaki itu.

          Tengku Syahmin ketawa kecil. Ada sahaja benda yang dibahanya. Kucing pun kucinglah. Comel apa? Tang mana pulak comelnya ? Celah ketiak kau ke kata aku kucing? Haish minah ni. Sekeh kepala tu baru tahu.

        Tengku Syahmin mengelus gelus rambut wanita itu perlahan sehingga wanita itu terjaga. Amira hanya memandang wajah Tengku Syahmin penuh hairan.

       " Sorry dah buat kau terjaga. " Tengku Syahmin melemparkan senyuman manis pada Amira  Wanita itu tidak pernah lengkang daripada memberi senyuman. Dia tidak mahu senyuman itu mati.

            " Nanti aku nak hantar kaj pergi flight bolehkan Syahmin? " Tanya Amira perlahan. Matanya pula asyik hendak terpejam sahaja. Kesan ubat tidur yang diberi oleh jururawat tadi benar benar meletihkan dirinya.

              " Nope. Kau lemah lagi ni. Kau kena rest banyak banyak. Kau hantar aku dalam doa pun dah cukup. " Tegur Tengku Syahmin lembut. Tidak mahu wanita itu pengsan atau sakit sekali lagi.

               " Kedekutlah kau ni. Boleh lah Syahmin. Aku dah okay. Trust me. " Pujuk Amira  lagi.

                Akhirnya Tengku Syahmin setuju dengan rengekan Amira  yang sedikit berbaur desakkan. Dia juga ada benda ingin diberitahu kepada wanita itu nanti.

Berat hatinya.


           

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now