Bab 6

8.5K 215 1
                                    

" Syahmin , jaga anak abah elok elok. Kalau dia nakal Syahmin piat je telinga dia. Kalau lepas belajar nanti kahwin aja terus " Kata En Rusli sambil ketawa. Dia gembira apabila anaknya ada kawan lelaki. Tidak perlulah dia risau.

 " Abah ! Kitaorang belajar lagilah. Syahmin ni awek keliling pinggang! Tak naklah adik dengan dia tu" Jerit Alia sambil mencubit halus lengan En Rusli. Sejak lelaki itu berkawan dengannya , Tengku Syahmin gemar mengunjungi ahli keluarganya. Katanya di Sungai Besar , Sabak Bernam ada sawah padi yang cantik dan besar.

Tengku Syahmin ketawa mendengar gurauan En Rusli. Hermm? Kahwin ? Dapat 'habuan' pun belum. Kahwin ? Baik takpayah tunggu 'habuan' sebab habuan tupun dah jadi milik kekal aku nanti kalau aku kahwin. Beberapa langkah je lagi. Kau jadi milik aku , Mira. Dah dapat green light dah pun dari abah kau.

" Bila bila je Syahmin. Syahmin tetap jadi pilihan menantu halal abah yang paling tinggi "

Kata kata itulah yang membuka mata hatinya. Kata kata itu begitu tulus dan ikhlas. Cuma dia sahaja yang dibutakan dengan duit dan wang ringgit sebagai habuan pertamanya selepas mendapatkan 'habuan' kedua daripada wanita itu. Maruah wanita bernama Nur Amira Alia . Gadis belagak tomboy !

Tengku Syahmin mengimbas kembali kenanganya bersama wanita itu kali ke entah keberapa dia menjejakan kaki kesini. Dia harap permintaan menjadi menantu pilihan En Rusli masih tinggi untuknya.

" Kenapa ? Tak boleh ke Syahmin jadi pilihan menantu abah ? Dia bukanya cacat anggota " Kata En Rusli lagi. Suka benar menyakat anak bongsunya . Pn Noraini hanya menggeleng gelengkan kepala melihat kemesraan anak beranak itu.

" Abah ni. Adik tak minatlah nak kahwin kahwin ni. Kitaorang kawan jelah abah. Kan Syahmin ? Kita kawan je kan? " Tanya Amira pada Tengku Syahmin. Lelaki itu hanya tersengih. Tengku Syahmin mengangkat bahu.

  " Jauh termenung tu Syahmin ? Dah sampai mana ? " Tegur En Rusli mematikan segala imbasan kenangan Tengku Syahmin bersama keluarga Amira Alia sewaktu mereka masih mentah dalam dunia pendidikan di kolej dulu.

 " Terkejut Syahmin. Tak adalah abah. Syahmin tak kemana pun. Ada lagi dekat sini " Balas Tengku Syahmin perlahan. Dia membetulkan rambut yang terjurai didahinya dan dimasukan semula kedalam songkok.

 " Abah nak tanya sikit dengan Syahmin boleh ? " Tanya En Rusli tiba tiba. Pertanyaan itu seolah olah menjerut leher Tengku Syahmin.

" Tanyalah . Kalau Syahmin boleh jawab. Syahmin jawablah. Ada apa abah ? " Balas Tengku Syahmin tergagap. Apa soalan yang abah nak bagi dekat aku ni agak agak ? Nervous semacam aja aku rasa. Hish. Rasa nak lari pun ada.

" Anak abah tu dah lama berkawan dengan Syahmin. Abah suka kalau Syahmin terus berkawan dengan anak abah tu " Jelas En Rusli.

  " Kenapa abah ? Abah tak suka ke kalau Syahmin jadi menantu abah ? Manalah tahu kan ? " Ujar Tengku Syahmin sekadar ingin mengusik hati orang tua itu. Dia ingin mendapatkan kepastian sama ada permintaan dia sebagai menantu pilihan En Rusli masih tinggi atau tidak untuknya.

En Rusli ketawa terbahak bahak . Tengku Syahmin hanya melihat En Rusli pelik. Kenapa dengan abah ni ? Aku salah tanya ke camne ? Hadoii. Ni yang nervous nih.

 " Green light abah selalu tinggi untuk Syahmin kalau Syahmin ada niat macam tu. Tapi kalau Syahmin tak ada niat macam tu, Syahmin jangan bagi harapan dekat anak abah tu pulak. Parang banyak dekat dapur tu. Hah , berani buatlah " Ujar En Rusli. Kata katanya penuh makna yang tersirat. Anak bongsunya itu bukan muda lagi. Sudah berumur dua puluh enam tahun. Dia merasakan Tengku Syahmin begitu ikhlas terhadap anaknya .

 " Kalau Syahmin cakap Syahmin ada niat nak jadikan Alia isteri Syahmin abah macam mana?  Syahmin memang mengaku abah yang Syahmin sayangkan anak bongsu abah tu. Syahmin still tinggi lagi kan jadi pilihan menantu abah ? " Jujur Tengku Syahmin bersuara.

En Rusli ketawa. Kali ini ketawanya pecah berterabur entah kemana mana. Sehingga memeranjatkan Pn Noraini yang sedang membasuh pinggan didapur. Ketawa tua En Rusli beransur menjadi kuat. Terbahak bahak dia menahan perut kerana geli hati.

Haish. Abah ni. Haram je jawapan dia ? Hambarlah pulak kalau tak gelak sekali. Aku mana ada pegang bulu ayam nak geletek dia pun. Dah kenapa gelak tak henti henti abah ni ? Salah ke apa aku tanya ? Seram sejuk pulak aku dengar dia gelak.

Akhirnya ketawa tua En Rusli berakhir dengan batukan kecil. Tengku Syahmin terus menepuk nepuk perlahan belakang En Rusli. Air kopi yang dibancuh disuakan kepada En Rusli. Seketika itu suasana kembali bingit dengan sambungan ketawa En Rusli.

Abah ni pandai jugak nak bahan orang. Lama lagi ke nak gelak ? Hah ! Tengok ! Tengok ! Dah semput. Sebijik sedibik dengan anak bongsu dia . Bila dah dapat membahan orang, dia punya gelak panjang macam Kota London jauh dia. Nasib kaulah Syahmin.

" Abah terima Syahmin sebagai menantu abah dengan hati terbuka. Ya tak uminya ? " Balas En Rusli seterusnya menyusul soalan itu pada isterinya yang baru melabuhkan dirinya diruang tamu.

" Umi ni rasa bersyukur sangat kalau Syahmin nak buat adik jadi isteri Syahmin " Balas Pn Noraini mengiakan kata kata suaminya .

" Terima kasih abah. Terima kasih umi " Tengku Syahmin terus memeluk erat En Rusli. Hanya Tuhan sahaja tahu bagaimana perasaannya ketika itu. Ini belum Alia tahu. Kalau Alia tahu , entah apa pulak reaksi wanita itu ?

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now