Bab 36

17.9K 133 0
                                    

Alia sudah terlambat bangun pada pagi itu . Gara gara suaminya tidak mengejutnya kerana malam tadi. Dia masih sakit hati dengan suaminya kerana tidak memberinya peluang lansung untuk berehat seketika selepas makan malam semalam.

        Dia terus mencapai kunci kereta MyVinya untuk masuk ke office. Tiba tiba Ibu mertuanya menegurnya untuk sarapan bersama sewaktu dia ingin menggerakkan keretanya keluar dari garaj . Dia langsung tidak perasan akan kereta suaminya yang masih tersadai lagi di garaj .

         '' Alia , sarapan dulu . Nak kemana rush sangat ? '' Tanya Tengku Liyana di muka pintu selepas dia menuangkan milo panas pada cawan Tengku Syahmin yang hanya tersenyum memandang isterinya dari jauh.

Tengku Syahmin melirik jam pada tangan kirinya . Jamnya baru menunjukkan pukul 7:05 minit pagi . Masih awal untuk bertolak ke pejabat. Dia hairan dengan tindak tanduk isterinya yang cemas pada pagi itu. Dia merasakan isterinya berfikir dia telah terlewat bangun untuk bekerja. Patutlah tak nampak aku, pandang aku pun tak nak. Main melulu je nak pergi pejabat.

        " Alia dah lambatlah, ma . Dahlah abang Syahmin tinggalkan Alia. Dia langsung tak kejut Alia " Luah Alia . Sakit pula hatinya. Suaminya telah pergi ke pejabat tanpa mengejutkannya. Tak sedar ke dia P.Anya ada dirumah ? Alia mengeluh panjang. Sampai hati suaminya itu menyakatnya sehingga begini.

         " Alia ni okay ke tak ? Syahmin ada dekat dapur tengah sarapan . Tu yang mama ajak Alia sarapan . Baru pukul 7 ni . Awalnya Alia nak pergi pejabat ? Syahmin okay je tak adapun nak rush pagi ni . " Balas Tengku Liyana menggelengkan kepalanya melihat menantunya yang pelik pada pagi itu .

Alia menoleh kepada kereta Vios kelabu milik suaminya . Dia pelik dan hairan . Pukul berapa sekarang ni ? Sangkanya suaminya telah pergi ke pejabat tanpa membawanya bersama. Alia keluar dari kereta miliknya dan mematikan enjen. Dia mendapatkan Tengku Liyana. Tengku Liyana menyatakan bahawa suaminya ada didapur sedang bersarapan dengan ayah mertuannya .

Sakit betul hatinya . Entah apa yang difikirkannya sehingga membuat kecoh pada pagi ini sehingga mendatangkan tawa ibu mertuannya yang hanya ketawa melihat kelakuannya itu .
Alia meluru ke dapur. Ya. Suaminya sedang mentertawakannya.

           Bukan suaminya sahaja malah ayah mertuannya juga . Merah padam wajahnya disakat sebegitu . Dia mendapatkan tempat dihadapan suaminya yang sedari tadi tersengih memandangnya .

        '' Aik sayang lupa tengok jam ke sampai ingat abang dah pergi office ? " Tegur Tengku Syahmin yang masih geli hati melihat perlakuan isterinya itu . Dia baru balik dari rumah ibubapa isterinya semalam kerana hari ini mereka akan masuk ke pejabat seperti biasa . Tak sangka juga dapat menyakat isterinya.

       " Alia mana ada jam tangan. Alia tengok jam phone tadi . Alia lupa jam phone Alia tak betul " Balas isterinya dengan suara yang mendatar . Suami dihadapannya itu mahu sahaja ditumbuk. Dicubit. Hah apa lagi ? Piat telinga.

Suka benar menyakatnya sebegitu . Malu dengan ibu bapa
mertuannya tahu dia bangun lambat . Dia juga lupa untuk membetulkan jam di handphonenya. Hishh ! Sakit hati aku . Jerit Alia dalam hati .

        " Apa Syahmin sakat manantu papa macam tu ? " Tegur Tengku Zahid pula . Kesian pula pada menantunya itu kerana selalu disakatnya. Dia bahagia melihat perubahan anak dan menantunya itu. Terutamnya Syahmin yang dulu tidak mahu langsung meluangkan masa dirumah.

Rumah banglo yang sunyi itu telah ceria dengan kehadiran menantunya semula. Kehadiran anak keduanya dari overseas lagi menceriakan keluarga. Jika ada menantunya Nurul Nadhia mungkin dia tidak perlu menunggu anak sulongnya berkahwin dan menunggu untuk mendapatkan cucu.

       " Ya . Along tak buat dah . " Balas Syahmin bersahaja . Isterinya itu hanya mendiamkan diri menikmati nasi goreng dipinggannya . Sesekali mata isterinya merenungnya dengan pandangan geram .

Alia mula menggerakkan keretanya . Namun ditahan oleh suaminya . Pintu pemandu dibuka dan enjen kereta Alia dimatikan dan kuncinya dirampas. Alia hanya diam membisu dengan tindakan suaminya.

        " Abang ni dah kenapa ? Bagilah balik kunci kereta tu " Marah Alia yang masih tidak tahu apa motif sebenar suaminya . Suaminya yang lebih tinggi daripadanya membuatkan dia tercengget cengget untuk mendapatkan kunci kereta ditangan kanan suaminya yang diangkat tinggi .

       '' Naik kereta dengan abang. Esok esok baru bawak kereta asing asing " Putus suaminya dan terus menarik tangan Alia menuju ke keretanya. Dia menyumbat Alia kedalam kereta . Alia terus menarik muka masam. Dah mula dah nak merajuk bini aku ni. Bisik Tengku Syahmin.

Didalam kereta masing masing diam membisu. Alia masih menunjukkan muka masamnya. Tengku Syahmin mula rasa bersalah dengan gurauannya yang agak melampau itu . Lantas memujuk isterinya.

      " Sayang. Abang minta maaf eh ? Abang janji abang tak sakat sayang macam tu lagi okay ? Taknaklah muka masam macam tu. Tak tenang hati abang buat kerja nanti " Pujuk Tengku Syahmin. Ini kali pertama dia melihat gadis itu merajuk. Dulu di kampus juga tidak pernah menunjukkan wajahnya merajuk atau terasa hati dengannya .

      '' Abang janji tau ? Malu tau Alia mama dengan papa pandang tadi. Dorang tahulah yang Alia suka bangun lambat. Abang memang sengaja nak jatuhkan airmuka Alia depan dorang tadi. Abang buat macam tu lagi , Alia taknak pergi office dengan abang. Abang naik kereta sorang sorang " Ugut Alia. Sakit betul hatinya .

      '' Ya , sayang. Abang janji '' Haishh ugut betul bini aku nih . Kutuk Syahmin dalam hati . Bahagia hidupnya bersama gadis itu tidak dapat disangkal. Dia sama sekali tidak menduga gadis yang pernah digames dulu menjadi sebab hari harinya bahagia seperti sekarang . Terima kasih, sayang . Bisik Tengku Syahmin dalam hati .

       Alah. Kadang kadang kau sakat aku jugak nanti. Bukan boleh percaya kau ni. Muka macam ais ketul batu. Muka macam tu boleh percaya ke ? Malam tadi kau sakat aku lagi. Pagi ni pulak kau sakat lagi. Hari hari aku stress ! Hari hari kena sakat. What the fish ? Fish is ikan. Ya, aku tahu. Herghh. Janji sekupang !

        " Tu kenapa masam lagi ni ? Abang dah minta maafkan ? Sayanglah, siapa suruh tidur balik lepas subuh ? "  Sakat Tengku Syahmin lagi. Untung aku tengah drive. Kalau tak, aku tarik hidung kau biar jadi macam badut. Badut badut pun bini aku jugak !

        " Mana ada. Mana ada masam. Alia dah taruh bedaklah. " Alia bergurau. Hah, see ? Tengoklah. Saja nak malukan aku lagi. Dah aku mengantuk. Aku tidurlah balik. Janji tak miss subuh. Kau tu bukan nak kejut aku. Macam mana nak jadi suami mithali ? Mithalilah sangat ! Tak sedar ke aku hari ni bangun awal sebab kena mandi. Semua sebab kaulah gatal !

       Tengku Syahmin hanya ketawa. Loyar buruk tak habis habis. Tapi sebab aku cintakan kau, aku sedia terima status 'Aku Suami Isteri Loyar Buruk' . Loyar buruk kaulah yang selalu teman aku selama ni. Walaupun aku kena terima hakikat suatu hari nanti kau akan tinggalkan aku atas semua dosa masa silam aku pada kau.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now