Bab 4

10K 241 2
                                    

       " Kerja macam mana ? Okay ke ? Umi risau mu tau dak ? " Tegas Pn Noraini. Risau benar dengan anak bongsunya itu. Ada abang pula jauh dengan mereka untuk menjaganya. Jauh duduk di Johor Baru setelah berkahwin dengan pilihan hatinya tiga tahun lalu.
        
          Dia pula tinggal jauh di Sekinchan, Selangor. Manakala anak bongsunya pula jauh di Kuala Lumpur. Agak sukar untuk dia ke sana dengan keadaan yang tidak beberapa sihat dan perlu berlama lama didalam kereta. 

        " Umi ni. Janganlah risau. Adik okay aja. Cuma boss adik tu je yang macam cerewet sikit. Tapi dah biasa dah. Abah mana ? Adik nak cakap dengan abah kejap. " Malas mendengar uminya membebel .

Beberapa saat ganggang telefon bertukar alih pada abahnya. Abahnya berpesan agar dia menjaga diri sebaik mungkin disini. Mendengar semua arahan dan nasihat boss barunya. Tidak terkata apa. Nasihat abahnya itulah dijadikan panduan hidup sehingga dia berjaya ketahap ini.

          " Adik busy ni. Nanti adik call balik. Assalamualaikum. " Butang merah ditekan. Dia sama sekali tidak perasan bahawa Tengku Syahmin berada dibelakangnya sewaktu menunggu pintu lif terbuka.

         " Adik busy ni. Nanti adik call balik " Ejek Tengku Syahmin terus berlalu ke perut lif meninggalkan Alia yang terkulat kulat . Seronok benar jika dapat menyakat wanita itu. Dia sudah agak wanita itu memasuki kedalam lif dengan muka masam mencuka.

               Ish ! Ada ada aja jelah mamat ni. Biarlah. Apa masalahnya cakap macam tu dengan mak bapak sendiri ? Tahulah jeles ! Hishh ! Rungut Alia dalam hati. Disumpah sumpah Tengku Syahmin dalam hatinya. Geram !

" Apa muka masam macam jeruk tu ? Mulut tu tengah kutuk akulah tu. Hah ! Buat dosa kering dengan boss. Tak baik tau. Nanti rezeki kau lari pergi dekat aku " Sakat Tengku Syahmin . Hatinya sendiri juga geli hati melihat gelagat wanita itu. Asal pagi ada sahaja yang hendak dirungutkan.

           " Eh mana ada. Tak elok Encik Syahmin bersangka buruk macam tu. Nanti rezeki Encik Syahmin pulak yang terbang ikut saya " Kata Alia sambil ketawa kecil. Ada kalanya bossnya itu Pak Lawak. Ada kalanya penjaga kandang harimau. Aku biri biri comel.

" Eleh ada ada jelah kau ni. Lunch ni aku nak kau belanja aku. Ini satu arahan . Aku chaw dulu. Jumpa tengah hari ni. " Kata Tengku Syahmin bersahaja melangkah keluar daripada lif menuju keruang bejabatnya dengan aksi poyonya meletakkan tangannya kedalam poket.

" Aik ? Asal aku pulak yang kena belanja dia lunch ?? Hish ! Poyonya ! Eeeee.... sakitnya hati aku ! " Rungut Alia seorang diri.

                                   **********

" Encik Syahmin jangan pesan banyak banyak. Nanti perut Encik Syahmin kembung macam ikan buntal. Tak larat saya nak angkut Encik Syahmin balik " Kata Alia perlahan. Sebenarnya duitnya tidak pernah cukup untuk dirinya seorang apatah lagi hendak belanja orang lain contohnya seperti Encik Syahmin ! Risau jika duitnya tidak mencukupi. Gaya Encik Syahmin yang berlama lama dengan waiter tadi cukup merisaukan anak tekaknya.

" Eh eh . Suka hatilah. Kau yang kena bayar. Bukannya selalu kau belanja aku makan kan ? " Duga Tengku Syahmin. Takut sangat guna duit dia. Sakat sikit dah gegabah. Alia . Alia . Aku yang bayar semua. Tak payahlah sampai buat muka pucat macam tu. Kutuk Tengku Syahmin. Seronok melihat wajah itu pucat lesi apabila disakat.

Alia tersengih kelat . Benci betul aku mamat ni. Suka suki dia aja nak mengarah aku bukan bukan. Tak apalah. Bukan rezeki aku kowt nak belanja Wani Secret Recipe. Sedih lah macam nihh.

         Chicken Cop yang terhidang mencairkan nafsu makan Alia. Biarlah habis duit sikit. Janji dapat makan sedap. Bukan selalu. Hapehlah kau ni. Kedekut sangat. Bisik Alia dalam hati gembira. Tak kisahlah. Asalkan dapat makan. Dah kira beruntung dah nih.

" Sedap sangat ke ? Potongkanlah ayam tu sikit untuk aku. " Ucap Tengku Syahmin perlahan . Ikutkan hati bukanlah terliur sangat. Tapi cara wanita itu makan tanpa henti menerbitkan rasa ingin menyakatnya seketika. Fries dipinggan Alia dicuri beberapa ketul dan disumbatkan cepat cepat kedalam mulutnya.

" Tak baiklah Encik Syahmin ni tau . Orang nak makan ni. Janganlah kacau. Tadi tak nak pesan. Ni nak kacau orang punya pulak " Luah Alia tak puas hati. Hish. Ni nak marah ni. Geram ! Hendak taknak potongkan juga ayam itu dalam kuantiti yang kecil.

" Nah. " Alia menyuakan sudu garfu pada Tengku Syahmin yang hujungnya terlekat ketulan ayam kecil.

" Suap. " Acah Tengku Syahmin. Wajah wanita dihadapannya sekali gus berubah. Rasanya ingin ketawa guling guling.

" Pisau ni nak pisau ni ? " Balas Alia perlahan memaksudkan pisau disebelah tangan kirinya. Hish, gatal. Bagitahu abah nanti baru tahu.

" Eleh acah je. Tu pun nak serious . Makanlah aku tak heran pun . Aku ambik ni . Sikit. " Balas Tengku Syahmin sekali lagi mencuri fries kepunyaan Alia . Dia hanya melemparkan senyuman tanda kemenangan.  Eleh. Tak luak punlah kau suap aku. Dulu kau bukan takat suap je , kau share makanan lagi dengan aku. Nasiblah Syahmin oi .

                                   ****************

" Thank you belanja lunch. " Luah Alia perlahan. Dia malu dengan sikapnya tadi . Padahal yang bayar semua , Tengku Syahmin. Dahlah mamat tu yang belanja. Aku pulak boleh kedekut dengan dia tadi ? Haishh. Malu aku macam ni! Arghh malu!

" Sama sama. " Gurau Tengku Syahmin. Dia tahu jika wanita itu tahu dia yang belanja, pasti ajakanya akan ditolak malah dipijak mentah mentah.  Walaupun wanita itu langsung tidak mengingatinya namun dia bahagia dapat rapat semula dengan wanita itu.

" Minggu depan saya ada kursus dekat Negeri Sembilan. Encik Syahmin nak ambil cuti kenapa ya ? " Teka Alia. Entah kenapa lelaki itu ingin mengambil cuti tanpa memberitahunya. Sudahlah seminggu.
       
" Aku ada hal peribadi. Kau jaga diri elok elok. Kalau ada apa apa kau call je okay ? Ada nombor kan? " Pesan Tengku Syahmin. Memang dia sengaja menghantar Alia ke kursus jauh jauh. Mudahlah kerjanya untuk berjumpa dengan keluarga Alia yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri pada hari pertama Alia membawanya kerumah mereka di Selangor beberapa tahun dulu.

" Erm... okey. " Alia merasa diindungi oleh lelaki itu. Abah dan uminya juga percayakan pada Tengku Syahmin .

Kau jangan menggatal pulak dekat sana . Kau milik aku Alia. Aku minta maaf. Aku terpaksa buat semua ni. Aku nak tebus semua dosa aku dekat kau. Aku nak kau jadi yang halal untuk aku. Aku takkan buat kesilapan yang sama lagi macam dulu. Aku janji Alia.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now