Bab 7

8.5K 197 1
                                    

Pada hujung minggu itu , Tengku Syahmin banyak menghabiskan masanya disawah padi. Selepas solat zohor nanti dia akan berangkat ke Kuala Lumpur. Cutinya disini sudah tamat. Dulu disawah padi inilah dia bermain lumpur padi bersama Amira ketika dulu. Habis padi yang ditanam menjadi rosak. Mana mungkin kenangan itu dilupakan seumur hidupnya ?

 " Syahmin , kau jangan dekat dengan aku! Aku dah mandi okay ! Kau jangan ada niat nak kotorkan baju aku pulak. " Kata Amira sambil perlahan lahan menyusuri jalan kecil disekiling padi. Tangannya didepakan untuk keseimbangan badan. Takut terjatuh pula. Rambutnya yang basah dilepaskan.

 " Aku tak ada niat pun nak buat macam tu dekat kau. Tapi kalau kau dah bagi hint suruh aku buat , aku okay je " Acah Tengku Syahmin. Bajunya kotor selepas beberapa kali gagal mengimbangi badan lalu terjatuh kedalam sawah padi yang penuh dengan air lumpur dan kotor. Seliparnya pula disarungkan kepada jari kedua dua tanganya. Berkaki ayam lebih feel katanya.

Amira yang hanya membototi langkah Tengku Syahmin dari belakang terus berundur perlahan lahan . Takut menjadi mangsa pulak . Hish ! Bukannya betul sangat mamat ni. Ada je nak kenakan aku! Memang kena kau dengan aku nanti kalau kau cuba cuba buat.

Tengku Syahmin terus mengejar Amira yang ingin beredar dari kawasan sawah padi.

" Kau nak lari mana ? Kau dah tolak aku pagi tadi. Kali ni giliran kau pulak ! Ha ha ha ha ha ha ! " Jerit Tengku Syahmin sambil terus mengejar Amira dihadapannya yang mula mengorak langkah laju.

   " Abah ~~~ !!!!!!!!! " Jerit Amira Alia kuat. Macam hapeh entah. Rasa macam kena kejar dengan zombi !

" Abah !! Tengoklah Syahmin ni , abah ! " Jerit Amira lagi .

 " Hah , kau nak lari mana ? " Sergah Tengku Syahmin dari belakang sambil memegang bahu Amira yang sedang mengimbangi tangannya. Setangkas kilat dia mendapatkan wanita itu. Ouh. Pagi tadi kau dah tolak aku. Sekarang nak mengadu dekat abah pulak. What you gives you get back !

  " Abah !!!! " Jerit Amira Alia terkejut . Seolah olah tangan Tengku Syahmin seperti tangan zombi yang penuh dengan lumpur. Amira terus berdiri kaku. Takut jika dia akan dihumban kedalam sawah padi seperti mana yang dialakukan terhadap Tengku Syahmin selepas sarapan pagi tadi.

  " Abah ! " Jerit Tengku Syahmin mengejek.

   " Hah jeritlah lagi. Siapa suruh kau ikut aku sampai sini? Dah tahu kau dah mandi yang gatal carik nahas tu kenapa? " Sakat Tengku Syahmin .

" Syahmin , sorrylah. Aku bukannya sengaja. Kesiankanlah aku. Aku dah mandi kowt. Malas lah nak basuh rambut lagi. Lepaskan aku please ? " Rayu Amira perlahan.

  " Nope ! Kau dah tolak aku pagi tadi. Dahlah aku ada baju tu je tau. Terpaksa aku pakai baju abah . Kau memang sengaja nak kenakan aku kan ? " Dalih Tengku Syahmin. Tanganya sudah bersedia untuk mencampak wanita itu kedalam sawah padi yang penuh dengan lumpur.

       " Okay aku surrender ! Please Syahmin ! Lepaskan aku ? " Pujuk  Amira lagi. Dia tidak akan menerima sekiranya ajal baju bersihnya dan rambutnya yang baru dibasuh tamat begitu sahaja didalam kolam sawah padi. No way !

Tanpa belas kasihan ditolaknya Amira kedalam sawah padi. Habis kotor wajah dan baju Amira . Amira jatuh terduduk seperti buah nangka jatuh. Gembira hatinya melihat wanita itu kini pula yang kotor. Tengku Syahmin bersorak keriangan. Dia berpeluk tubuh merenung sahaja wanita itu yang masih dalam posisi duduk.

   " Kau ni memanglah , Syahmin ! Aku benci kau! " Jerit Amira sambil menumbuk numbuk air lumpur sehingga memercik kearahnya kembali. Kakinya ditendaag tendang pada kaki Tengku Syahmin yang dekat dengan tebing padi.

" Padanlah muka kau ! Jahat lagi dengan aku tu siapa suruh? " Ejek Tengku Syahmin.

Amira menarik sebelah kaki Tengku Syahmin sehingga dia terjatuh tergelincir. Ketawa Amira pecah. Dia bingkas bangun dan menarik rambut Tengku Syahmin.

" Padan muka ! " Kata Amira sambil menepuk nepuk tangan gembira. Dia berlari riang meninggalkan Tengku Syahmin yang separuh baring terduduk disitu. Yess ! Puas hati aku !

Tengku Syahmin ketawa kecil mengenangkan perkara itu. Rambutnya diusap perlahan seakan merasai bekas tarikan rambutnya oleh wanita itu. Akhirnya dia sendiri tergelak. Tawanya meletus. Tak sangka dia berdiri disini lagi. Kenangannya tidak pernah berubah walaupun salah seoramg daripada mereka berubah.

" Dari jauh abah dengar Syahmin gelak ? Kenapa ? " Sapa En Rusli memeranjatkan Tengku Syahmin.

  " Eh abah ? Maaflah Syahmin tak perasan " Tengku Syahmin tersengih. Hari harinya yang sunyi tiada gelak tawa wanita itu ditemani dengan kenangan mereka berdua setiap kali sunyi memaninya sendirian.

" Mana nak perasan. Asyik termenung je. Ingatkan gila dah tiba tiba je gelak sorang sorang. Tu yang abah datang nak tengok menatu abah ni okay ke tak " Gurau En Rusli.

 " Syahmin teringat dekat anak bongsu abah tulah. Dulu dia tolak Syahmin sampai jatuh masuk sawah. Kebetulan dia dah mandi tu yang Syahmin kejar dia sampai dapat. Lepas tu Syahmin tolak dia jatuh pulak. Seminggu taknak tegur Syahmin dekat kolej " Luah Tengku Syahmin panjang lebar.

Tawa En Rusli meletus. Anak bongsunya itu memang suka mengenakan orang. Kalau dia ada dirumah , bermacam macam cerita sehingga tidak kering gusi dia ketawa dengan isterinya. Dia hanya mempunyai dua orang anak. Anak sulongnya , Nadzmi sudah berhijrah ke Johor Baru. Kini tinggal Alia sahaja tanggungjawabnya.

" Kalau ada abang dia lagilah. Dia sanggup tolak abang dia masuk sawah padi. Kalau tak bergaduh dengan abang dia sehari , lain dunia ni " Kata En Rusli. Masa seakan cepat berlalu. Dulu lelaki disebelahnya ini masih belajar. Kini sudah pula menjadi CEO .

Tengku Syahmin hanya ketawa mendengar segala cerita dari mulut En Rusli. Tak habis habis nak menyusahkan orang , budak ni. Tapi kalau tak ada kau , mesti sunyi nanti. Kalau kau jadi isteri aku , aku janji dengan kau yang aku takkan lepaskan kau Mira. Nur Amira Alia . Aku nak tebus semua kesalahan aku. Aku dah gagal jadi lelaki yang baik. Kali ni aku nak kau jadi sebahagian makna dalam hidup aku. Itu janji aku , Mira. Bukan Mira. Alia. Ya, Alia.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now