Bab 20

7.6K 165 0
                                    

Kereta Vios kelabu milik Tengku Syahmin meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah En Rusli dan Pn Noraini. Dalam hatinya, dia sangat terpukul dengan apa yang terjadi pada wanita itu dan anaknya. Mungkin pilihanya untuk belajar keluar negara adalah salah. Buktinya wanita itu terpaksa menjalani kehidupan yang perit tanpanya.

 Malas hendak berfikir. Semuanya telah jadi. Bukan salah Amira Alia. Sekurang kurangnya Amira Alia pernah bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya biarpun tidak lama.

Amira, aku takkan tinggalkan kau lagi. Aku takkan biarkan kau hadapi semuanya sorang sorang. Aku akan tebus semua dosa dosa aku. Aku takkan biarkan kau. Aku nak jaga kau macam dulu.

Alia telah sampai keperkarangan rumah orang tuanya. Dia ingin melepaskan penatnya dan rindunya pada orang tuanya. Pintu kereta ditutup kasar.

" Assalammualaikum ! Abah ! Umi ! Adik datang ni ! " Jerit Alia sekali gus menghenyakan tubuhnya pada sofa merah jambu diruang tamu rumah orang tuanya.

" Apa adik ni jerit jerit. Tak elok lah. Abah tengah sembahyang tu. Kenapa tak cakap nak balik ? " Sapa Pn Noraini lembut pada anak bongsunya sekali gus mencubit peha anaknya itu. Suka sangat terpekik terlolong. Macamlah semua orang di dalam rumah ini berada di pusat orang pekak.

" Heheheh. Maaf umi. Adik baru balik outstation. Adik penat nak sambung drives. Tu yang adik balik sini. Abah dengan umi mesti rindu dekat adik kan ? " Alia tersengih. Air laici yang dituangnya diteguk perlahan untuk melegakan kepenatan.

" Adik dari mana ni ? Tiba tiba je muncul. Tak khusyuk solat abah. " Gurau En Rusli merapati anak dan isterinya diruang tamu yang kecil itu.

" Adik dari PD. Adik outstation dekat sana seminggu. Tapi adik dah cakap dekat boss adik yang adik mintak cuti sehari. Penatlah abah. "  Alia terus melentokan kepalanya dibahu En Rusli. Digenggam tangan tua itu. Sesekali diacah acah abahnya seakan akan ingin menggigit tangan abahnya.

 " Busuklah anak abah ni. " Acah En Rusli sambil menarik hidung anaknya lama sehingga merah baru dilepaskan hidung anak bongsunya itu.

" Eleh. Busuk busuk pun anak abah jugak ! " Alia terus berlalu kebiliknya selepas meninggalkan abah dan uminya berdua di ruang tamu. Dibaling beg tanganya disudut katil. Patung biri biri comel yang besar disudut katilnya ditarik dan dipeluk. Dia terlupa akan anak patung biri biri itu membawanya ke rumahnya.

Entah siapa yang beri. Namun pemberian itu sungguh bermakna buatnya. Di hujung ekor kambing biri biri gebu itu pula tertera nama pendeknya, Mira. Mungkin juga bersangkut paut pada masa silamnya.

Kenapa Mira ? Kenapa bukan Alia ? Siapa yang bagi agaknya ya ? Mira ? Mira ? Mira ? Siapa yang panggil aku Mira selain Wani dengan Ameen ? Tapi Wani cakap bukan dia bagi. Habis tu sape ? Ameen pun dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki itu lagi. Hanya Wani sahaja yang selalu menceritakan tentang perihal kawan baiknya lagi seorang itu.

Alia terus terlelap kepenatan. Lusa pula dia akan drives semula. Sesudahnya dia hanya membiarkan soalanya sepi. Penatnya belum habis.

       " Awak tak nak bagitahu pasal Syahmin tidur sini ? Manalah tahu dia ingat sikit sikit. " Soal Pn Noraini mngambil tempat disebelah suaminya yang sedamg membaca surat khabar pada lewat malam.

        " Kalau dia ingat Syahmin takpe jugak. Kalau dia ingat pasal saya pernah cuba nak bunuh dia dulu macam mana? Awak sanggup tengok adik tu macam dulu ? Saya tak sanggup Aini. " Balas En Rusli. Kisah itu tidak pernah dilupakan daripada ingatan tuanya. Hanya kerana marah dia sanggup hampir membunuh anak kesayanganya.

Pn Noraini hanya diam. Betul juga apa yang dikatakan oleh suaminya. Kisah silam anak bongsunya itu terlalu pahit. Dia sendiri tidak sanggup untuk mengingatinya. Anaknya itu koma selepas kemalangan. Walaupun sakit hatinya masih berdarah, namun apabila melihat anaknya terbaring kaku begitu hati seorang ibu tidak dapat menyangkal.

        " Tak payahlah awak nak kesiankan sangat budak tu. Dia tu dah baling arang dekat muka kita awak tak sedar sedar lagi ke ? " Tegur En Rusli. Walaupun sudah setahun lebih berlalu namun hatinya masih pedih berdarah melihat Nadzmi mengheret anak bongsunya pulang kerumah dalam keadaan mengandung.

       " Apa pun dia tetap anak kita. Dah setahun berlalu. Apa lagi yang awak nak marahkan ? Lagipun budak dalam perut tu dah mati. Puaslah hati awak kan ? " Balas Pn Noraini sedikit kasar pada suaminya. Walau apapun terjadi dia ingin menjaga anak bongsunya itu sehingga sedar.

            Kata kata doktor juga terngiang ngiang di kepalanya. Anak bongsunya itu berkemungkinan akan hilang ingatan. Hanya disebabkan anak bongsunya itu terlanjur, semua kasih sayang mereka sebagai ibubapa tamat dan bertukar menjadi benci dan duka. Namun anak bongsunya itu adalah pelengkap dalam hidupnya sebagai seorang ibu. Anaknya itu umpama pelangi yang berwarna warni menceriakan hari harinya.

        Kini anaknya terlantar dihospital tidak dapat berbuat apa apa. Lagi hiba hatinya dicarik carik.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang