Bab 26

6.3K 138 0
                                    

" Auch ! " Jerit Alia kecil. Barang barangnya habis jatuh kerana ada yang melanggar bahunya. Habislah ! Rosak bunga bunga ni ! Alia tunduk mengutip bunga bunga yang bertaburan dilantai.

" Sorry. I tak sengaja. " Tengku Syahril tunduk mengutip bunga bunga yang bertaburan. Aduh! Kau jalan macam mana ni Ril sampai langgar orang ni ? Tak pasal pasal habis barang dia bersepah . Marah Tengku Syahril dalam hatinya.

" Its okay. Tak pa. Biar saya buat. You may go. " Alia sedikit tidak senang hati melihat lelaki itu membantunya. Mungkin dia yang bersalah kerana terlampau gembira membeli barang yang dipesan oleh uminya untuk pernikahanya nanti sebelum dia pulang ke kampung.

Tangan Alia dan Tengku Syahril bersentuhan. Mereka terus menarik tangan masing masing dan berdiri menghadap.

" I minta maaf ! " Kata Tengku Syahril perlahan. Dia terperanjat melihat susuk tubuh wanita yang berdiri dihadapanya. Dia memandang wanita itu tanpa berkedip. Cermin mata hitamnya ditanggalkan perlahan.

" Syahmin ? Saya ingatkan siapalah tadi. Awak buat apa dekat sini ? " Kata Alia terkejut melihat Tengku Syahmin yang melanggarnya bahunya tadi.

" What ? Syahmin ? I rasa You salah orang ni. I bukan Tengku Syahmin. I Tengku Syahril . Adik kembar Tengku Syahmin. And tak salah maybe You bakal kakak ipar I kan ? Ouhh I see . " Kata Tengku Syahril bersahaja. So inilah perempuan yang along minat. Sopan. Pakai tudung. Beradab. Macam perempuan melayu terakhir. Just nice. Bisik Tengku Syahril dalam hati. Hatinya tersentuh.

" Saya tak tahu pun yang Syahmin ada adik kembar. Muka awak berdua seiras. "

Dia hampir hampir sahaja menyangka bahawa lelaki dihadapanya itu adalah Tengku Syahmin. Kenapa Tengku Syahmin tak pernah bagitahu yang dia ada adik kembar selama ni ? Tengku Syahmin sengaja rahsiakan ke ?

" Kembar seiras memanglah sama. Saya stay dekat overseas. Baru harini saya balik Malaysia. " Balas Tengku Syahril sambil tersenyum. Kau dah bertudung sekarang. Tapi kenapa baru sekarang kau dengan abang aku?

" Dah jom Alia kita balik ! " Jerit Tengku Syahmin menarik tangan Amira Alia yang baru dua minggu digelar tunang kepadanya. Tak selamat melihat dari jauh tunangnya itu berborak dengan adiknya. Huh !

" Syahmin, kenapa ni? Sakitlah. Lepaslah ! " Jerit Amira Alia sedikit keras apabila dia diheret oleh Tengku Syahmin ke kereta.

" Masuk dalam kereta ! " Arah Tengku Syahmin.

" Syahmin .... " Amira Alia sedikit menolak.

" Aku kata masuk ! " Desak Tengku Syahmin lagi.

Amira Alia masuk kedalam perut kereta dengan sedikit perasaan takut menyapanya. Entah kenapa dia dapat meneka bahawa Tengku Syahmin dan Tengku Syahril berhubungan dingin. Kedinginan itu dapat dirasakan melalui riak wajah Tengku Syahmin seolah olah asing bagi Tengku Syahril.

" Tu kan adik kembar kau. Kau tak tegur dia ke ? " Tanya Amira Alia memberanikan diri menegur Tengku Syahmin yang sedikit masam mencuka.

" Aku mintak maaf sebab berkasar dengan kau tadi. Pasal Syahril tu kau janganlah tanya. Aku tak ada mood nak bahas pasal dia. " Putus Tengku Syahmin. Berbirat hatinya melihat Tengku Syahril bersentuhan tangan dengan tunangnya.

" Kau tak pernah cerita pun yang kau ada adik kembar. Mati mati aku ingat kau tadi " Balas Amira Alia perlahan.

" Alia, kau sekarang tunang aku. Aku tak nak fikir dah semua tu. Kalau kau dah tahu baguslah. Tak adalah akunak terangkan lagi. " Sindir Tengku Syahmin. Dia tidak mahu adik kembarnya itu menjadi penghalang dia dan Alia untuk membalas dendam. Dia cintakan Alia !

Amira Alia diam. Terasa dengan kata kata Tengku Syahmin. Mungkin ada alasan tersendiri mengapa mereka berdua menjadi begitu. Bukan hak dia untuk mengetahui peribadi lelaki dua beradik itu.

Entah mengapa ini yang terjadi. Sepatutnya Tengku Syahmin memberitahunya tentang kewujudan lelaki itu. Entah mengapa hatinya sedikit terkesan dan terasa dengan Tengku Syahmin. Entah berapa banyak rahsia dan perkara yang disorokkan oleh Tengku Syahmin darinya.

Arghh mamat ni memang banyak rahsia ! Entah entah dia nak kahwin dengan aku bukan sebab cintakan aku kowt ? Wajah kau memang pandai berlakon tenang depan aku. Dalam hati kau mungkin simpan pelbagai keresahan betul tak Syahmin ?

Sorry. Aku bukan nak berahsia dengan kau pasal adik aku tu. Cuma kau tak perlulah ambil tahu. Aku taknak bahas pasal dia kalau boleh. Lepas semuanya dah selesai, kau akan tahu jugak kenapa. Aku tak nak dia curiga kenapa baru sekarang aku kahwin dengan kau. Aku tak nak kisah lama sampai dekat telinga mama dengan papa. Cukuplah.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now