Bab 45

6.1K 108 1
                                    

    " Dah lama saya tak jumpa awak. Awak apa khabar ? '' Sapa Tengku Farish. Alia sedang membasuh pinggan di singki ketika itu. Rindu benar dia untuk menatap wajah wanita itu .
    
      '' Farish ? Er ... saya baik " Balas Alia tergagap gagap . Dia terkejut melihat susuk tubuh Farish . Sudah lama dia tidak melihat wajah lelaki itu secara dekat seperti itu .

      '' Saya ingatkan saya tak dapat jumpa awak lagi . Dunia ni sempit betul kan ? Awak pergi mana sekali pun saya tetap jumpa awak lagi walaupun sekarang awak milik Tengku Syahmin " Luah Tengku Farish . Dia merenung wanita itu dalam .
   
       '' La . Kau dekat sini rupanya . Maklong dengan paklong nak jumpa kau kejap sebelum kau balik '' Sapa Tengku Syahmin mengejutkan Alia dan Tengku Farish . ''Sayang , buatkan abang air milo panas. Abang haus " Pinta Tengku Syahmin sambil tidak segan memeluk isterinya dari belakang yang sedang membasuh pinggan .

       '' Kejap lagi Alia buatkan . Abang tunggu kejap eh ? Lagi sikit aja ni '' Balas Alia. Dia membiarkan sahaja Tengku Syahmin memeluknya dihadapan Tengku Farish. Bukan niatnya untuk menyakiti Tengku Farish namun dia ingin Tengku Farish tahu yang dia sedang bahagia dengan Tengku Syahmin dan dia tidak mencintai Tengku Farish sama sekali.
    
Tengku Farish hanya memandang mereka berdua. Hatinya tidak pedih sama sekali namun hatinya meronta ingin tahu sebab wanita itu meninggalkannya. Dia tidak tahu sekiranya Tengku Syahmin mengetahui isterinya itu pernah dicintai olehnya atau tidak . Cintanya pada wanita itu tidak akan pudar .

      '' Hari ni sayang okay tak ? Anak papa ni tak kacau mummy ke ? '' Sapa Tengku Syahmin pada perut isterinya . Dia mengusap perlahan perut isterinya itu yang sedikit membukit . Usia kandungan isterinya itu sudah hampir empat bulan . Dia benar benar tidak sabar menunggu kelahiran anak sulongnya .
     
Tengku Farish tidak terkejut dengannya . Dia tahu wanita itu sedang mengandung kerana perut wanita itu yang sedikit kelihatan . Dia mungkin lebih bahagia jika wanita itu sedang mengandungkan anaknya.

     Mungkin kalau Alia tengah mengandungkan anak aku , aku lagi sweet dari kau Tengku Syahmin. Luahnya . Namun luahan itu hanya didalam hatinya .

Tengku Farish hanya tersenyum tawar. Dia terus menuju ke ruang tamu mendapatkan Tengku Zahid dan Tengku Liyana . Pedih hatinya. Bukan Tengku Syahmin yang sepatutnya ada disitu tapi dia !

      Beberapa minit kemudian Tengku Syahmin memimpin tangan isterinya ke ruang tamu . Dia mendudukan isterinya disofa kemudian mengambil dulang berisi air milo panas didapur untuk dihidangkan kepada keluarganya .
  
Tengku Liyana hanya tersenyum melihat anaknya . Bahagia melihat Tengku Syahmin melayani baik menantunya itu . Dia juga tidak sabar menunggu kelahiran cucu sulongnya .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now