Bab 57

7.3K 109 0
                                    

Isterinya masih tidur keletihan . Dia mengangkat anaknya yang sedang tidur didalam dakapanya . Dia mengazankan putera sulongnya . Rasa bangganya menjadi seorang ayah tidak dapat disangkal . Walaupun dia belum pasti sama ada selepas ini isterinya itu akan membenarkannya untuk berjumpa dengan Tengku Aiman Haddi .
       
         '' Abang , Alia nak tengok baby .... '' Alia sudah pun terjaga . Dia terharu melihat anaknya kini berada dekat dengan papaya . Dia begitu bangga dengan apa yang dia tempuh selama ini walaupun hatinya masih sakit .

       Tengku Syahmin meletakkan Tengku Aiman yang sedang nyenyak tidur disisi isterinya . Air mata Alia turun melihat anaknya kini berada disebelahnya . Segala keresahannya kini sudah hilang .
     
         '' Lepas Alia keluar dari hospital , abang hantar Alia balik rumah umi . Ada umi boleh take care semua . Lepas nih abang sibuk . One more , abang takkan benarkan Alia kerja sebelum abang pastikan semuanya okay '' Tutur Tengku Syahmin sambil berpeluk tubuh . Dia ingin bertegas dalam hal ini . Biarlah dia sanggup mengalah asalkan anknya itu dijaga dengan baik .

        '' Tak perlulah abang nak hantar Alia balik rumah umi . Along boleh hantar Alia sendiri. Abang tak payahlah susahkan diri abang lagi nak jaga jaga Alia dengan Aiman '' Balas Alia kasar. Dia fikirkan suaminya itu mahu memujuknya dan kembali kepadanya namun suaminya tetap tidak mahu menjaganya lagi .
   
          '' Kali ni aja Alia dengar cakap abang boleh ? Lepas nih abang dah tak ganggu Alia lagi . Lepas tuh Alia nak buat apa , Alia buatlah . Abang izinkan . Abang cuma nak jaga Alia dengan Aiman sampai sayang habis pantang '' Luah Tengku Syahmin .

          Bukan ini jalan yang seharusnya dia pilih namun ini sahaja jalan yang diberikan oleh isterinya untuk dia terus menjauhkan diri dari hidup wanita itu .
Alia diam . Bukan ini yang dia inginkan namun setiap kata kata dingin suaminya itu memaksa dia untuk  bersikap dingin juga walaupun hanya hatinya sahaja yang tahu .
       
Alia terus senyap tidak berkutik . Dia hanya memandang sepi wajah anaknya . Semasa dia berjuang untuk melahirkan Tengku Aiman , dia berharap suaminya itu akan kekal menemaninya namun hampa .

         '' Alia harap lepas Alia habis pantang , abang dah tak ada depan mata Alia lagi. Kalau abang nak jumpa Aiman , abang datang aja rumah umi . Alia izinkan '' Balas Alia . Dia menghulurkan Tengku Aiman kepada suaminya perlahan lahan . Luluh hatinya menuturkan kata kata itu . Egonya juga sama tinggi dengan suaminya .
    
        '' Terserah sayang nak buat apa . Abang tak kisah .... '' Itulah kata kata putus Tengku Syahmin dengan hatinya kini yang sudah sebati dengan kehendak isterinya yang inginkan mereka menjauh .

       '' Terima kasih dah tolong Alia dengan Aiman ''  Airmatanya disorok daripada suaminya. Dia masih terkilan . Dia hanya menghantar pandangan suaminya yang membawa anaknya keluar dari bilik wadnya. Hatinya kuat menangis . Kenapa ini yang terjadi kepadanya ? Dia tidak mahu ini terjadi sesungguhnya, namun kisah silamnya membenci lelaki itu . Lama dia menunggu lelaki itu. Namun dia tidak pernah menyerah menunggu.

Tapi dia dapat merasakan lelaki itu begitu tulus mencintainya. Sehingga kini. Bertekad mencari dirinya walaupun dengan ego yang tidak pernah surut. Dia tidak tahu apa apa mengenai lelaki itu namun cara lelaki itu mencintainya membuatkanya rasa dilindungi.

      " Kalau kau kahwin dengan aku , aku nak kau lahirkan anak anak yang comel untuk aku. Aku nak anak anak aku semua lelaki. Mesti hensem macam papa dia. Kan Mira ? " Tengku Syahmin mula menyakat Amira Alia. Sudah dua hari wanita itu asyik termenung dan wajahnya pudar tanda ada masalah. Dia sengaja ingin mengembirakan wanita itu. Terkadang hatinya dicuit perasaan suka.

       " Kau jangan nak mengarutlah.. " Balas Amira  geram. Dia mencebikan bibir. Malas hendak melayan perangai Tengku Syahmin yang kebudakan. Tak faham aku langsung. Asyik nak usik aku je.

      " Eh apa pulak aku mengarut ? Nanti perut kau besar macam belon sebab ada anak anak aku. Faham tak maksud anak anak aku ? Maksud aku manalah tahu kau mengandungkan anak aku kembar ke kan ? Manalah tahu. " Usik Tengku Syahmin lagi. Muka wanita disebelahnya sudah merah padam.

      " Sakai. " Amira menampar bahu Tengku Syahmin. Seumur hidup aku tak pernah ada impian nak ada anak. Perut macam belon. Mengarut je Syahmin ni. Sampai ke situ fikiran dia ? Erk !

      " Eleh. Malulah tu. Kau taknak ke jadi ibu pada anak anak aku ? Maksud aku, yelah. Erm ... Tak ada apalah. Aku gerak dulu. Jumpa kau nanti. Dah jangan sedih sedih. Tak lawa. " Tengku Syahmin terus beredar.

Apa aku mengarut ni ? Anak ? Ada anak dengan Mira ? Apa aku cakap tadi ? Hadoi, Syahmin. Kenapa kau boleh sampai ada fikiran macam tu ? Jangan nak mengarutlah. Aku nak buat dia malu. Aku pulak yang malu sekarang ni.

Seronoknya aku sekarang dah jadi papa. Walaupun aku tahu kau tak mampu nak lahirkan anak kembar untuk aku. Sorang ni pun dah cukup bermakna bagi aku. Tengok kau sakit sakit selama ni, cukuplah sorang. Kalau anak kita tak meninggal, mesti sekarang ni kita ada dua orang anak. Maafkan papa sayang sebab tak dapat nak jaga mummy dengan abang. Sekarang Aiman dah jadi abang.

       Tengku Syahmin tersentuh melihat kaki anaknya bergerak gerak selepas dibungkus. Comel. Comel macam Mira. Hensem macam bapak dia jugak. Tengku Syahmin ketawa kecil. Direnung sepasang anak mata coklat anaknya. Sama seperti dirinya. Membesarlah anak papa jadi anak berguna, ya sayang.

       

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now