Bab 39

7.1K 128 3
                                    

Pada hujung minggu Tengku Syahmin dan Alia lebih suka membuat hal masing masing . Kadang kadang Tengku Syahmin akan keluar dengan kawannya dan Alia pula akan kerumah ibu bapanya atau membantu Tengku Liyana membuat sarapan.
         Tapi hari ini selepas subuh Alia menyambung tidurnya semula . Katanya letih . Tengku Syahmin hanya membiarkan sahaja isterinya tidur . Dia pula lebih suka menyibukkan dirinya dengan membasuh kereta .
    
         " Mana menantu mama ? Tak turun sama ? Syahmin gaduh dengan menantu mama ya ? " Teka Tengku Liyana . Biasanya pada hujung minggu begini menantunya itu akan membantunya membuat sarapan dan pergi keluar ke pasar dengannya .
        Hairan pula dia dengan menantunya itu melainkan anaknya dan menantunya itu bergaduh .

       '' Mana ada ma . Alia ada dekat atas . Lepas subuh tadi dia terus tidur . Dia tak ada cakap apa apa dengan Syahmin pun " Balas Tengku Syahmin . Risau pula dengan isterinya . Dia terus mendapatkan isterinya di tingkat atas .
     Isterinya itu sedang tidur dengan selimut sehingga keparas leher . Rasanya tidaklah sejuk . Mengapa pula isterinya itu berselubung ? Tengku Syahmin terus mendapatkkan isterinya diatas katil .

           '' Panasnya isteri aku ! '' tangannya dilekapkan ke atas dahi isterinya . Isterinya itu menggigil kesejukan " Sayang , bangun sayang . Kita pergi klinik . Sayang demam nihh .... '' Pujuk Tengku Syahmin . Wajah pucat isterinya itu paling merisaukannya .
  
       " Alia taknak pergi klinik , abang . Sikit aja ni . Kejap lagi baiklah '' Balas Alia dengan suara serak . Kemudian isterinya itu terbatuk kecil . Matanya dipejamkan semula . Dengar sahaja klinik atau hospital , dia tidak berani . Dia takut dicucuk .

Isterinya itu sama sahaja waktu dikolej dulu . Susah untuk makan ubat mahupun pergi klinik . Ada sahaja alasannya sehingga dia mengugut wanita itu untuk menciumnya jika tidak pergi ke klinik . Perangainya tetap sama .
     
       '' Tapi sayang panas nih ... Abang risau kalau sayang terus macam nihh . Kita pergi klinik ya ? " Pujuk Tengku Syahmin lagi . Isterinya itu kalau dibiarkan makin melarat pula . Mahu atau tidak mahu dia perlu memaksa wanita itu untuk pergi ke klinik juga ! Tubuh isterinya yang sedikit susut itu dicempung.
      
         '' Alia taknak pergi abang . Turunkan Alia , abang . Turunkan Alia ! Alia taknak pergi abang ! Ali taknak pergi ! '' Rengek Alia . Namun rengekkannya tidak dipedulikan oleh suaminya .

      '' Isteri I macam mana , Lin ? Dia okay aja kan ? '' Tanya Tengku Syahmin kepada doktor Tengku Alina , doktor peribadi keluarganya . Isterinya itu sedari tadi hanya mendiamkan diri .

        '' She's okay . You tak perlu risau . Dia cuma letih je . Kalau ikut saran I , lebih baik suruh isteri You rehat dekat rumah dalam seminggu . Isteri You kurang air dalam badan ni . Tu yang dia lemah sikit , okay Tengku Syahmin ? '' Balas Tengku Alina dengan panjang lebar .

        " Thanks Lin ''

Selepas ini isterinya itu akan disoal siasat kenapa dia letih sebegitu sehingga kurang air ? Didalam kereta juga isterinya hanya diam membisu . Panasnya juga semakin menurun apabila dipaksa oleh Tengku Alina untuk menelan ubat . Pahit adalah perkataan pertama keluar dari bibir munggil isterinya itu . Kerut seribu wajah isterinya menelan ubat .

              " Kau buat apa sampai penat ni ? " Tanya Tengku Syahmin perlahan mendekati isterinya yang bersandar dibahunya. Wajah pucat isterinya itu benar benar merisaukanya.
      
             " Aku tak buat apa pun. Aku duduk rumah je. Mana boleh pergi office. " Perli Amira Alia. Dah nak sakit nak buat macam mana ? Bukan aku yang mintak nak sakit. Alah sikit je kot. Kau risau lebih lebih pulak. Dahlah paksa aku pergi hospital !

            " Kau duduk rumah je. Teman mama. Gaji aku banyak nak bayar kau duduk rumah. Kau duduk rumah je jangan degil. Tak baik perli perli laki kau macam tu. " Tengku Syahmin menarik hidung isterinya lembut. Degil berhantu ! Tak pernah nak dengar cakap dari dulu. Nak nak part perli memang sadis. Boleh berdarah telinga aku dengar. Bini aku ni tak pernah nak berubah.

         " Banyak sangat ke gaji kau ? Aku kalau boleh nak gaji aku sendiri. Aku tak suka nak pakai pakai duit orang ni. Umi dengan abah tak pernah ajar. " Alia menarik wajah masam mencuka. Kalau boleh bukak kilang cuka, laku lah ni kot.

Hish Syahmin ni. Ingat aku nak sangat ke duit dia ? Aku nak ada gaji sendiri. Buat kerja macam orang lain. Gaji pertama boleh bagi umi dengan abah. Ni nak harap gaji suami sendiri buat hapeh. Erk !

        " Mestilah banyak. Akukan CEO. Dah dah. Kau duduk rumah je. Lagipun bukanya dosa pun. Kau bini aku. Mintak jelah apa yang kau nak. " Tengku Syahmin cuba memujuk. Selama dia dengan wanita itu , dia tidak pernah mendengar isterinya itu hendak itu hendak ini. Hanya aiskrim dan patung biri biri gemok sahaja yang dia minta. Aiskrim yang tidak sampai beribu ribu. Patung biri biri pula tak sampai beratus ratus. Ditubuh isterinya itu hanya ada cincin pernikahan mereka sahaja yang dipakai.

         " Aku ni pisau cukur. Kau tak takut ke ? " Duga Amira Alia. Sengaja ingin menakutkan lelaki itu. Eleh banyaklah sangat. Karang aku kikis sikit sikit bertimbun harta aku. Huishh jahatnya aku.

          " Kau cukurlah banyak mana pun. Alhamdulillah rezeki aku banyak. Takat pisau cukur , lipstick , makeup baru ? Hujung jari aku je tau. " Angkuh Tengku Syahmin berkata kata.

        " Malaslah Alia layan abang ni. Banyak songeh. Menyampah nak dengar. " Amira Alia terus bergerak sedikit dari sisi suaminya. Menutupi muka dengan bantal. Sakit hati cakap dengan lelaki belagak macam Syahmin.

Aku pulak yang banyak songeh ? Haish. Kejap kau sayang aku. Kejap lagi kau panggil aku , kau - aku. Nanti kalau okey sikit awak- saya. Peninglah aku. Bilalah nak betul betul nak sayang dekat aku ? Takkan kau hilang ingatan sampai cinta kau dekat aku pun hilang jugak ? Bertuah betul dapat bini macam kau ni. Hari hari bersabar je yang aku tahu.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now