Bab 65

6.6K 108 0
                                    

Alia terpaku melihat lelaki yang dimaksudkan Aiman . Sudah lama . Lama sangat dia tidak menatap wajah lelaki dihadapannya itu . Hampir sahaja dia tidak mengenali wajah lelaki itu yang sedikit berlainan . Lelaki itu kini sudah memakai cermin mata .

          '' Abang ? '' Itu sahaja yang terluah pada mulut Alia. Dia bungkam. Dia tidak hairan akan menemui lelaki itu lagi. Dia datang kesini bertujuan untuk menemukan Tengku Aiman dan papanya serta pergi ke mahkamah untuk perpisahannya.

        '' Alia ? '' Tengku Syahmin terkejut . Ya, Kanak kanak dihadapannya itu adalah Tengku Aiman anaknya. Dia sungguh tidak percaya dan perasaan terujanya menyapa hatinya. Tahun lepas anaknya tidaklah sebesar ini. Nampak lain sungguh. Hensem sepertinya.

        '' Mummy kenal ke dengan uncle ni ? '' Tanya Tengku Aiman pelik dengan perubahan mummynya dengan lelaki yang baru dikenalinya.

       '' Alia apa khabar ? '' Tanya Tengku Syahmin lembut selepas dia memeluk Tengku Aiman yang hanya diam tidak mengerti apa apa . Senyuman dibibirnya tidak lengkang dari tadi . Dia mahu memeluk wanita itu .

       '' Alia baik . Kalau tak ada apa apa , Alia pergi dulu . Jom Aiman '' Kata Alia seterusnya memimpin tangan Tengku Aiman . Tengku Aiman hanya melambaikan tangan kepadanya selepas membawa pergi lebihan ayam goreng dan air pepsi ditangannya . Sesekali anak kecil itu berat untuk meninggalkan lelaki itu .

Tengku Syahmin hanya terdiam dan tersenyum . Jatuh airmatanya melihat anaknya Tengku Aiman sudah besar menjadi anak yang baik . Namun apapun dia teruja melihat anaknya . Teruja akan hobi yang sama dengn anaknya . Suka mengumpul model kapal terbang .

       Ali terus berlalu . Walaupun bukan niatnya seperti itu namun dia bahagia dapat menemui lelaki itu kembali . Kini dia benar benar dapat menerima apa yang ditakdirkan untuknya . Aiman pula sejak membesar , dia sudah mula bertanyakan tentang siapa ayahnya . Dia ingin meluahkannya tadi namun ianya tidak dapat terluah oleh kata kata .

Tengku Aiman menangis . Alia hairan dengan anaknya itu yang tiba tiba sahaja menangis . Apa yang mengacaunya ? Setahunya dirumah sewa lamanya hanya ada dia dan Wani . Tapi Wani kerja pada shif malam . Takkanlah kawannya itu menyakat Aiman ?

        '' Anak mummy kenapa ni ? ''

        '' Aiman lupa . Model kapal terbang Aiman tertinggal . Mummy kan kenal uncle tadi ? Apa kata kita pergi rumah uncle tu ? Aiman nak kapal terbang Aiman , mummy . Boleh tak mummy ? Bolehlah mummy . Bolehlah mummy '' Rengek Tengku Aiman . Dia mahukan model kapal terbag itu . Dia yakin pakcik itu membawanya balik bersama .

       '' Tapi kan dah malam ni ? '' Pujuk Alia . Bukan dia tidak mahu . Tapi dia belum bersedia untuk menemui keluarganya apatah lagi menemui keluarga mertuanya . Serba salah dibuatnya.Namun dia tahu anaknya itu akan merengek dan akhirnya merajuk . Manja sama seperti Tengku Syahmin .

       '' Ala '' Tengku Aiman menarik muncung . Agak kecewa dan terkilan apabila ajakannya ditolak mentah mentah oleh mummynya .

      '' Esok jelah . Dah pukul 8 lebih dah ni . Takkan Aiman nak jugak ? '' Anaknya itu dilihat mula mengalirkan airmata . Degilnya mengalahkan dia sendiri. Manjanya pula lebih lebih seperti Tengku Syahmin .

     '' Mummy tak sayang Aiman . Dahlah mummy taknak belikan . Nanti mesti uncle tu cakap Aiman sengaja tinggalkan . Taknak kawan mummy '' Luah Tengku Aiman terus berlari masuk kebiliknya . Disembamkan mukanya kedalam bantal tanda protes .

Alia memberanikan diri mendail nombor Tengku Syahmin . Nampaknya panggilan itu bersambut namun dia takut sekiranya Tengku Amira yang menyambutnya . Dia tidak sampai hati melihat Tengku Aiman yang menangis . Ternyata dia benar benar sayangkan pemberian papanya itu .

       '' Hello abang . Alia ni . Alia nak tanya pasal model kapal terbang yang abang belikan untuk Aiman tadi , abang ada bawak balik tak ? Alia nak datang rumah kejap ambil untuk Aiman '' Luah Alia walaupun dia tidak tahu siapakah yang menyambut panggilan itu .

      '' Model tu ada dekat abang . Kenapa tak ambik esok je ? Kan dah malam ni ? '' Tanya Tengku Syahmin hairan . Namun dia gembira mendengarkan permintaan isterinya untuk datang .

      '' Anak abang tulah . Merengek nakkan mainan tu . Alia taknak dia menangis macam tu . Dahlah susah nak pujuk '' Luah Alia . Tengku Aiman sekarang perangainya manja dan nak itu nak ini sehingga membuatkannya penat untuk melayan kerenah anaknya itu .

     '' Macam perli abang aja , Alia ni ... Okay , abang tunggu . Take care '' Pesan Tengku Syahmin . Dia meletakkan telefon bimbitnya dan mendapatkan Tengku Liyana untuk memberitahu tentang kedatangan isterinya .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now