Bab 19

6.7K 136 0
                                    

            " Mira, janganlah macam ni. Tak elok seksa diri kau macam ni. Kau makanlah sikit. Yang lepas tu biarlah lepas. Tak baik kau nangis depan rezeki ni. " Pujuk Wani.

Entah apa yang kawanya itu rasa. Mesti rasa mahu mati. Sudahlah Tengku Syahmin tiada disini. Kawannya itu pula tergamak merahsiakan tentang perlakuan Tengku Syahmin. Tergamak dia memilih untuk melukakan hati orang tuanya sendiri.

            " Aku tak kuat,Wani. Aku tak kuat ! Abah dengan umi dah buang aku ! Aku dah tak ada sape sape lagi Wani ! Anak aku dah tak ada ! Macam mana aku nak terus kuat ? Tak ada gunanya lagi Wani ! " Amira Alia menolak mangkuk bubur pada tangan Wani sehingga berterabur di atas lantai.

              " Istigfar , Mira ! Istigfar ! Tak elok kau macam ni. Anak kau takkan hidup lagi ! " Wani menenangkan Amira.

Amira terus mencabut wayar wayar yang berselirat ditanganya. Dia terus menolak jatuh kawan baiknya Wani sehingga terkena besi katil. Entah kemana arahnya. Dia ingin mencari Tengku Syahmin. Dia takut !

             " Syahmin ! Bila kau nak balik ? Aku rindukan kau, Syahmin ! "

Amira terus melangkahkan kakinya walaupun senak diperutnya mencucuk cucuk. Dia tidak pedulik ! Dia inginkan anaknya !

          Perasaan Amira menjadi bercelaru apabila dia terlihatkan anaknya berada ditepi jalan raya dan sedang menangis. Dia cuba melangkahkan kaki ke tepi jalan besar itu namun banyak kereta menghalang pergerakanya.

Anaknya semakin menangis. Fikiranya bercelaru. Amira menjerit jerit nama anaknya. Farhan ! Farhan ! Amira terus menyeberang jalan. Bunyi hon dari pelbagai arah melemaskanya dengan rasa yang terseksa. Dia terus perlahan lahan melangkahkan kaki menyeberangi jalan yang sesak.

        " Berhenti ! Korang tak nampak ke hah anak aku dekat tepi tu ? Dia menangis kau tau tak ! Korang memang sengaja nak ambik anak aku kan ? Woii ! Berhentilah ! Aku cakap berhenti ! Korang ni tak ada hati perut ke hah ? ! "

Amira menjerit . Sesekali dia memegang perutnya yang mencucuk cucuk. Namun dilangkah juga demi anaknya dengan Tengku Syahmin. Dia sudah berjanji akan menjaga anak mereka dengan baik.

        " Mira ! "

Segala pandanganya gelap. Sebelum semuanya berakhir dan dia tidak ingat apa apa lagi !

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now