Bab 60

6.6K 94 0
                                    

Alia hari ini telah bertekad meninggalkan rumah umi dan abahnya tanpa pengetahuan ibu bapanya . Dia tidak mahu membebankan sesiapa . Dia booleh menjaga Tengku Aiman sendirian dan dia ingin melupakan Tengku Syahmin agar perpisahan mereka nanti , dia tidak akan terus kecewa.

            Kali ini dia akan membawa dirinya sendiri tanpa alongnya , tanpa Tengku Farish , tanpa sesiapa yang akan membantunya nanti . Dia akan pergi jauh dari semua orang yang mengenalinya dan menyalahkannya .

Dia tidak mahu tahu apa apa lagi . Sakit hatinya sama seperti sakit hatinya apabila semua orang merahsiakan tentang masa silamnya dengan Tengku Syahmin . Dia tahu lelaki itu dulunya sangat membencinya . Anaknya masih tertidur selepas meminum susu . Bait lirik lagu yang terpasang diradio diamatinya. Dia akan membina kehidupan baru .

Hidup memang tak slalu seperti
yang kita inginkan
yang kita harapkan
hadapilah dengan hati tenang
teruskan melangkah
kau tak sendiri

       Alia kini telah sampai diperkarangan rumah opah dan datuknya sebelah uminya di Alor Star,Kedah. Opah dan datuknya sungguh gembira dengan kedatangan Alia . Dia tahu umi dan abahnya tidak akan menyangka dia kesini . Sejauh ini dia memandu walaupun dia letih. Dia mahu mengambil bas namun takut atuknya nanti tidak mampu mengambilnya di Terminal Shahab. Bukanya dia tidak tahu atuk dan opahnya itu sudah tidak larat lagi hendak memandu kereta.

            '' Cucu opah ka ni ?! Jerit opah sambil mendapatkan Alia yang turun dari kereta dan memeluknya . Dia benar benar teruja yang cucunya itu akan bersusah payah datang kesini . '' Kenapa tak bagitahu opah nak mai ? Umi dengan abah hang tak datang sekali ka ? '' Tanya Pn Fatimah kehairanan. Sudah lama juga dia sudah tidak melihat anak mereka.

Mereka sedia maklum Kedah yang jauh dari Ampang yang membuatkan anak mereka jarang pulang kekampung ..

Alia menggeleng. Mungkin semua orang fikir dia tiada disini. Ya, mungkin dia hampir tersesat kesini. Kerana pengetahuan keluarganya dia tidak tahu jalan pergi kerumah opahnya namun semuanya berjalan seperti biasa dengan aplikasi waze.

          '' Nanti Alia cerita kenapa. Tapi sekarang ni opah dengan atuk mesti gembira sebab Alia bawak cicit opah dengan atuk '' Alia mengeluarkan Tengku Aiman dari kereta . Wajah orang tua itu gembira dan berubah .Mujur juga anaknya itu tidur dari tadi. Tidaklah merengek.

        '' Betui ka ni cicit atuk na? Alah , comeinya '' En Ismail mula mengusap pipi gebu Tengku Aiman yang masih terlena . Pn Fatimah pula sedari tadi tidak putus putus mencium cicitnya.

Alia mengangguk . Dia terlupa hendak memberitahu tentang kehadiran Tengku Aiman . Lagipun umi dan abahnya juga terlupa . Jadi dia kesini sekali gus ingin mengubat rasa rindu kedua orang tua itu dengan kehadiran cicit mereka .

Malam menjelang , Alia sudah menidurkan Tengku Aiman . Dia mendapatkan opah dan datuknya yang berada diruang tamu sedang mendengar tazkirah diTv Alhijrah . Dia melabuhkan dirinya disebelah opahnya .

      '' Opah , atuk . Kalau umi, abah tanya atau sesiapa aja pasal Alia, opah dengan atuk jangan cakap Alia dekat sini . Alia tak bersedia lagi. Alia lari dari rumah. Abah dengan umi tak tahu pasal ni '' Jujur Alia lembut sambil merenung mata kedua orang tua itu .

      '' Awatnya ? Apa yang sebenaqnya jadi ? Apa yang umi dengan abah hang dah buat sampai hang tak mau depa tahu hang kat sini ? '' Tanya Pn Fatimah perlahan. Cucunya itu nampak sedih dan muram.

        '' Alia cuma nak jauhkan diri daripada semua orang . Alia nak besarkan Aiman sorang sorang . Suami Alia tak lama lagi akan kahwin lain . Alia nak mintak cerai tapi abah dengan umi tak faham. Alia taknak bermadu . Alia taknak nanti suami Alia tak adil. Jadi lebih baik Alia berundur . Salah ke apa yang Alia buat ni ? '' Alia cuba mendapatkan nasihat daripada atuk dan opahnya.

       '' Tak salah aih kalau hang nak hidup berdikari . Semua perempuan akan buat yang sama macam hang buat . Cumanya apa yang baiknya hang bermadulah. Tak elok hang runtuhkan masjid '' Pujuk Pn Fatimah .

        '' Kalau dah macam tu, Alia duduk dekat sini besarkan cicit atuk tu. Kalau hang dah bersedia , hang baliklah. Atuk dengan opah hang akan jaga hang '' Balas En Ismail lembut . Dia faham benar dengan perasaan cucunya itu . Dia gembira jika cucunya itu tinggal bersamanya . Dapatlah dia bermain dengan cicitnya itu .

         '' Terima kasih atuk . Terima kasih opah '' Alia gembira . Lupa seketika penat lelahnya . Dia akhirnya dapat menjauhkan diri daripada Tengku Syahmin . Dia rela dimadukan sekiranya itu yang terbaik seperti kata kata opahnya .

Dia tidak akan balik ke Kuala Lumpur lagi . Tiada lagi Tengku Syahmin . Hanya dia dan Tengku Aiman . Dia tidak akan balik . Biarlah semua orang itu risau kepadanya . Dia tidak peduli. Perasaanya tiada siapa peduli.

       Macam kertas kosong mengharap dakwat yang sudah pudar melakar serpihan bahagia. Harapan palsu. Segala galanya samar. Gelap seperti langit malam. Tiada bintang sebutir pun. Itulah hatinya yang digambarkan saat ini. Ketika ini. Jauh daripada orang orang yang dia sayangi. Sungguh jauh dan kerdil.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now