Bab 34

6.5K 131 0
                                    

      " Syahmin macam mana ? Okey ke ? Dah suruh mandi ? Umi takut nanti dia demam pulak. " Tanya Pn Noraini lembut tentang keadaan menantunya yang balik dalam hujan malam tadi daripada masjid.

         " Dia tidur lagi umi. Lepas solat subuh tadi dia terus sambung tidur. Katanya pening. Adik nak masak bubur kejap paksa Syahmin makan. Umi janganlah risau. " Amira Alia melemparkan senyum dan berlalu ke dapur.

Suaminya malam tadi menggigil gigil memeluknya. Mungkin tak pernah main hujan. Mungkin hujan lebat sangat semalam. Risau menyelubungi hati Amira Alia. Resah melihat demam suaminya tidak kebah kebah juga dari malam tadi. Mata suaminya pula asyik terpejam.

        " Syahmin, aku bawak kau bubur ni. Makanlah sikit. Macam mana demam kau nak kebah macam ni ? " Amira Alia menyentuh dahi suaminya. Panas.

       " Apa yang special sangat bubur kau ni sampai aku kena makan pulak ? Malaslah. Aku nak tidur. " Balas Tengku Syahmin perlahan. Matanya dipejamkan semula. Selsema pula menyukarkan dia untuk bersuara. Minggu depan kena masuk office. Bukan boleh lama sangat cuti. Tengku Syahril pun baru lagi dalam syarikat.

         " Kalau aku demam aku makan bubur ni. Tapi umi yang masaklah. Bubur ni aku yang masak. So kau kenalah makan. Sedap tau. Bangunlah Syahmin, makan. " Pujuk Amira Alia. Sudu berisi bubur disuakan kepada mulut suaminya namun dibiarkan sepi. Suaminya hanya memejamkan mata. Huh ! Belagak macho mamat nih !

         " Hishh kau nih. Aku taknak makanlah. Kau jelah yang makan. Aku nak tidur. " Balas Tengku Syahmin menarik selimut sehingga keparas leher. Dahinya dikerut kerutkan tanda sakit kepala.

         Mengadanya ! Aku sumbat mangkuk ni sekali baru kau tahu. Bukanya susah. Telan je bukanya kunyah. Ishh ! Telan kau hidup hidup kejam lah pulak kan ? Degilnya !

          " Syahmin, makanlah. Umi dengan abah risaukan kau kot. So nak taknak kau kenalah makan. Minggu depan nak masuk office kan ? Makanlah... " Pujuk Amira Alia lagi. Mata suaminya terbuka kembali. Memandangnya dengan rasa tidak puas hati.

          " Yelah umi dengan abah risaukan aku. Kau tak pernah nak risaukan aku. " Tengku Syahmin mengalih pandangan ke kiri. Entah kenapa dia ingin isterinya itu berlama lama disisinya dan terus memujuk. Dalam hati sudah ingin ketawa guling guling !

          " Aku dari kau balik lagi aku dah risau. Kalau aku tak risaukan kau, tak adanya aku paksa kau makan ni. Makanlah sikit Syahmin. Macam mana demam kau nak kebah kalau kau makan pun taknak. Lepas ni boleh makan ubat. " Pujuk Amira Alia lagi. Sabarnya sudah hilang dapat suami mengada ngada macam budak kecik empat tahun. Kalau aku ada adik, eh malulah weyh !

         " Okey aku makan. Kau suap. Kau tak kesian ke suami kau ni. Tak larat langsung nih. " Tengku Syahmin senyum lebar. Menanti reaksi isterinya. Apa salahnya manja dengan isteri sendiri kan ?

           " Yelah. Aku suap. Bukak mulut. Kapal terbang nak masuk ni bawak bubur. " Acah Amira Alia. Layankan aja Alia. Layan kan aja. Herghh ! Mengadanya ! Amira Alia senyum tak ikhlas menyuapkan Tengku Syahmin. Disuakan bubur itu perlahan lahan ke mulut Tengku Syahmin.

         " Alia, terima kasih. " Bisik Tengku Syahmin tersenyum. Bubur licin dimakan. Sedap ! Ada ayam ! Gembira dapat meluangkan masa bersama isterinya walaupun pada mulanya dia agak terkilan dengan sikap mendesak isterinya yang agak keras sebenarnya.

Amira Alia tersenyum puas. Tak adalah abah dengan umi bising lagi. Kalau tak ikutkan apa dia mintak, sampai bila pun demam tak baik. Haish. Parahlah aku macam ni. Tulah bajet macho , sekali dah demam. Hah ! Padan muka hang !

          " Syahmin macam mana ? Dah okey ? Demam dah kebah dah ? " Tanya En Rusli perlahan. Dia risau melihat menantunya itu. Demam sehingga menggigil.

          " Dia okey sikit. Tapi belum kebah lagi demam dia abah. Dia tengah tidur lagi. Panas dia pun dah kurang. " Balas Amira Alia perlahan sambil meletakan ketiaw goreng kedalam pingganya.

           " Eloklah tu. Sabtu ni balik KL kan ? Jaga suami tu baik baik. Jangan berkasar sangat. Umi nampak adik pukul pukul dia hari tu. Suami tu dik , tak elok. " Tegur Pn Noraini perlahan. Dia terlihatkan anak bongsunya memukul mukul bahu menantunya yang tidak mahu mengalah dengannya hanya seketul karipap sadin.

          " Adik gurau je dengan Syahmin tu umi. Kitaorang dah biasa dah gurau gurau ni. Umi janganlah risau. " Balas Amira Alia perlahan. Kantoi ! Hmm apa nak jadi kau ni pun tak tahulah. Mengaku jelah kau mula sayangkan suami kau tu kan ? Tak payah ego sangatlah.

       En Rusli menggeleng gelengkan kepala. Dua dua tak pernah berubah. Dari zaman berkawan dekat kolej sampailah sekarang dah kahwin, asyik nak bergaduh je. Lepas tu elok balik. Pening.

          " Bagilah ! Aku cakap bagi, bagilah Syahmin ! Aku cakap dengan abah nanti ! " Amira Alia cuba mencapai alat kawalan jauh yang sengaja dirampas oleh Tengku Syahmin. Tangan panjang Syahmin sememangnya tidak dapat dicapai kerana diangkat lebih tinggi.

        Kau ingat kau hebat sangat ? Capai benda ni pun tak dapat. Ada hati nak tinggi. Cubalah sampai dapat. Aku tetap taknak bagi. Kau kan pendek. Ejek Tengku Syahmin dalam hati.

        " Cakaplah. Aku still taknak bagi. Kau kan pendek. Pendek ! Pendek ! Pendek ! " Ejek Tengku Syahmin. Sengaja ingin menyakiti hati wanita itu.

          " Mangkuklah kau nih ! Bagilah ! " Jerit Amira Alia lagi. Sekali lagi dia cuba mencapai alat kawalan jauh dari tangan Tengku Syahmin. Akhirnya Amira Alia menerajang kaki Tengku Syahmin dalam masa yang sama alat kawalan jatuh dilepaskan. Amira Alia tersenyum puas.

Sudah puas anak bongsunya itu menjerit, namun Tengku Syahmin tetap ingin menyakat anak bongsunya itu. Sudah kahwin pun masih tak berubah ubah. En Rusli berharap agar mereka berdua dapat berbaik baik dan hidup seperti orang lain yang berumah tangga.

       
         " Kau dah okey ke ? " Amira Alia melekapkan tapak tanganya didahi Tengku Syahmin. Erm. Dah tak panas dah. Elok lah ni.

        Tengku Syahmin mencapai tangan Amira Alia yang ada pada dahinya sekaligus membuatkan isterinya tergamam dengan tindakanya.

         " Thanks sebab jaga aku. Aku dah okey dah. " Tengku Syahmin berkata lemah. Digenggam tangan isterinya erat. Wajah isterinya direnung tajam. Tengku Syahmin senyum lebar.

        " Ya ya. Alah nohal. Ni kau taknak lepaskan ke ? " Tanya Amira Alia merenung tanganya yang digenggam oleh Tengku Syahmin. Rasa malu menyerbu muka apabila direnung sebegitu.

        " Kenapa ? Kau malulah tu. " Tengku Syahmin melepaskan genggaman. Terus sahaja isterinya itu dibawa dalam dakapanya. Dia tahu wanita itu menyayanginya.

       " Syahmin, aku belum boleh lagi solat .... "

        " Aku tahu. Takkan nak peluk kau pun tak boleh ? " Duga Tengku Syahmin sambil senyum lebar.

        

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now