Bab 76

7.6K 101 0
                                    

      '' Patutlah korang beria ria sangat nak kahwin. Rupanya nak sorok yang Syahmin nilah lelaki yang rosakkan kau kan ? '' Tegas En Rusli melontarkan suara. Sudah lama dia tidak ingin mengungkit masalah ini. Namun semua persoalanya terjawab akhirnya. Lelaki inilah yang merosakan anak bongsunya dahulu. Kini menjadi menantunya seolah olah dialah lelaki yang paling suci !

        '' Abah , Syahmin tak bersalah. '' Alia cuba mempertahankan suaminya daripada dipukul oleh abahnya. Dia sendiri tidak sanggup untuk mengenangkan masa silamnya ditendang jauh daripada keluarga dahulu. Dia tidak sanggup.

      '' Kenapa Syahmin ? Mama tak suruh Syahmin rosakkan anak dara orang ? Kenapa Syahmin tergamak buat semua ni ? '' Sampuk Tengku Liyana pula. Rupanya ? Apa ? Sanggup mempermalukan mukanya. Malu dia dengan keluarga besan apabila anaknya terlebih dahulu merosakkan Alia.

      '' Ma , Syahmin kahwin dengan Alia bukan sebab nak tutup kesalahan yang kitaorang dah buat. Syahmin sendiri yang nak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Please, semua benda dah jadi. Syahmin dah kahwin dah pun dengan Alia. Syahmin tak pernah mintak semua ni jadi. Syahmin menyesal. '' Tengku Syahmin bersuara lirih. Takut menentang pandangan ahli keluarganya.

      '' Kau ni menantu tak tahu malu ! '' Jerit Encik Rosli geram. Jadi inilah lelaki tak guna yang dah rosakkan hidup anak aku selama ni ?! Kurang ajar !

      '' Abah ! '' Alia menahan abahnya daripada cuba cuba memukul suaminya. Tidak sangka dengan segala kejujuran dan rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbuka luas. Mengaut semua kebencian ahli keluarganya juga. Setelah Tengku Syahmin jujur kepadanya mengenai perkara masa silamnya malam semalam, baru dia tahu.

Lelaki itu sangat mencintainya. Pantaslah saja lelaki itu bertekad untuk mengahwininya. Semuanya sudah terlambat. Dia sendiri tidak dapat menyangkal cintanya dan perasaanya tatkala bertemu dengan lelaki ini pada kali pertama.

     '' Memang Syahmin mengaku yang Syahmin yang rosakkan Alia. Tapi Syahmin dah sedar. Syahmin tahu yang Syahmin dah buat silap. Syahmin sepatutnya bertanggungjawab dari dulu lagi. Abah, maafkan Syahmin. '' Ucap Tengku Syahmin perlahan dan lirih dengan air mata yang berjuraian.

    '' Cucu sulong aku dah mati sebab kau. Sebab kau jugak anak aku accident sampai hilang ingatan. Kau datang jumpa aku kononnya nak jadi menantu paling sucilah ya depan mata aku ? Kau ni memang menantu tak sedar diri !  '' Herdik Encik Rusli. Tanganya dihayunkan ke pipi Tengku Syahmin namun pipi anak bongsunya pula yang terkena penanganya.

      " Bawak mengucap, bang. Sudah tu sudah. Benda nak jadi. Bawak mengucap bang. Nanti darah tinggi abang tu naik. " Pn Noraini memujuk suaminya yang sudah tenggelam dalam api kemarahan. Dia juga sebagai ibu rasa terkilan. Namun, dia sedar, sebagai manusia dia tidak berhak menghukum.

     '' Syahmin tahu salah Syahmin. Tapi Syahmin sayangkan isteri Syahmin . Syahmin sayangkan anak anak Syahmin. Sebab tu Syahmin terus terang dengan abah dan umi supaya maafkan Syahmin. Syahmin sayangkan Alia dari dulu lagi. Syahmin nak bertanggungjawab sebab tu Syahmin cari Alia dan berkahwin dengan dia untuk bina hidup baru. Syahmin nak tebus kesalahan Syahmin. " Luah Tengku Syahmin lagi.

      " Tapi kau yang bunuh anak kau sendiri. Sebab kau , aku hampir nak bunuh anak aku , kau tahu tak ! Kau nampak tak senapang tu ?! Aku hampir tembak kepala anak bongsu aku sebab kau jahanam ! '' Laung Encik Rusli nyaring. Tanganya berpijar selepas menampar anak bongsunya dengan agak kuat. Hatinya terasa tiba tiba sakit. Dia tidak bermaksud hendak mengasari anak bongsu kesayanganya. Dia sama sekali tidak dapat menagawal amarahnya. 

    '' Abang sudahlah tu, sudah ! Benda dah lepas. Apa pun tak boleh nak ubah. Ni semua ketentuan Ilahi, abang. Kita tak berhak nak menghukum. Marah mana pun kita, kita kena bersyukur Allah tu Maha Besar. Dia tak pisahkan adik daripada kita. '' Pujuk Pn Noraini lagi. Air matanya mencurah curah menuruni pipi.

Suasana agak tegang membuatkan hatinya sebagai seorang ibu diruntun sayu. Sudahlah. Sudah. Bukan ini kehendaknya. Tiada seorang manusia pun berkehendak jalan takdirnya seperti ini. Ini semua adalah ujian dan dugaan yang harus diterima olehnya dan sekeluarga. Cukuplah kejadian lalu membuatkanya sentiasa beringat. Walau buruk baik mana pun perlakuan seorang anak, dia tetap rezeki dan amanah yang datangnya daripada Ilahi. Dia tidak dapat dan mampu menolak.

      " Abah, maafkanlah Syahmin. Adik dapat maafkan Syahmin, abah. Abah maafkanlah dia. Sebab Syahmin, adik dapat kenal kebahagiaan adik. Adik bersyukur sangat dapat kenal Syahmin dalam hidup adik. Adik ..... " Alia memeluk kaki En Rusli erat. Namun tubuhnya diadakap oleh abahnya.

Dipeluk erat anak kesayangan. Diusap perlahan pipi gebu anaknya yang ditampar kuat oleh tanganya. Dia tidak sengaja. Kejadian lalu sangat mengecewakan hatinya sebagai orang tua. Akhirnya dia mengangguk. 

       " Abah maafkan Syahmin. Abah maafkan anak abah. Abah sayangkan anak abah. Abah mintak maaf sebab tampar adik kuat sangat. Maafkan abah adik. " Luluh En Rusli bersuara.

Alia mengangguk. Selepas pelukannya terurai, abahnya memeluk Tengku Syahmin. Syukurlah semuanya sudah berakhir. Alia berharap. Selepas keadaan menjadi reda, Alia masuk kedalam bilik. Bibirnya agak perit selepas disapu oleh tangan abahnya.

     '' Alia , maafkan abang. Sebab abang. Alia kena pukul dengan abah. Abang minta maaf sebab dah banyak susahkan Alia. Sini abang sapukan ubat .'' Tengku Syahmin mendekati isterinya yang sedang membelek wajah dihadapan cermin. Keaian pulak isteri aku. Tak fasal fasal, dia yang kena pukul. Mesti sakit. Bisik hati kecil Tengku Syahmin.

     '' Abang tak payahlah cakap macam tu. Alia bersalah jugak dalam hal ni. Takpalah, Alia okey je ni. Sakit sikit. Tapi dah okeylah agaknya ni. '' Balas Alia dengan senyuman terukir dibibir. Tanganya mencapai tangan suaminya Tengku Syahmin dan dikucup lembut.

      '' Alia, bagilah abang ubatkan. Abang tengok muka Alia dari tadi tahan sakit. Abang tak sampai hati tengok Alia macam ni. Bibir tu luka abang tengok. Takpe, abang tolong. '' Pujuk Tengku Syahmin lagi. Disapu sedikit minyak ditepi bibir isteri yang luka. 

      '' Abang , sakitlah ! '' Jerit Alia seraya menampar bahu Tengku Syahmin. Dahi Alia berkerut menahan sakit. Ditampar tampar lagi bahu Tengku Syahmin untuk menahan rasa pedih yang datang menyengat.

       '' Sorry sorry. Tahan sikit , sayang. Pedih sikit aja ni '' Tengku Syahmin sudah tersenyum lembut melihat riak wajah isterinya yang sudah berkerut. Mengundang lucu dihatinya disamping rasa kesian melihat isterinya menahan sakit.

Alia terus menolak tubuh Tengku Syahmin daripada mendekatinya. Entah kenapa sejak lelaki itu dekat dengan tubuhnya, dia berasa mual dan ingin muntah saja rasanya. Azan asar sudah pun berkumandang di masjid kawasan rumahnya. Akhirnya dibiarkan saja perit yang menyerang bibir. Apabila dibasuh dengan air rasa hendak menjerit saja.


Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now