Bab 3

11K 255 0
                                    

Telah hampir sebulan Alia bekerja dengan Tengku Syahmin. Perasaanya tidaklah begitu teruk walaupun bossnya itu hanya mementingkan kesempurnaan. Tetapi dia tidaklah buruk seperti yang disangka. Dua hari lepas Alia ada menemui Encik Nazri bertanyakan alasan yang munasabah mengapa dia perlu ditukarkan ke syarikat itu.

           Pada mulanya Encik Nazri tidak mahu memberitahu tetapi disebabkan desakan Amira Alia diatas semangat setia kawan Encik Nazri memberitahunya bahawa Encik Syahmin yang beria memintanya menukarkan dia kesana . Dia mula berfikir apa alasan yang kukuh Encik Syahmin mahukan dia sebagai P.A nya ?
               
           " Kau fikir apa nihh sampai aku datang pun kau tak sedar ?? " Sapa Wani housemate Alia yang baru sebulan duduk dengannya. Mug milo diletakkan diatas meja . Sapaan itu mengejutkan Alia yang termenung jauh . Kawannya itu selalu termenung . Mungkin kerja barunya itu tidak membuat dia selesa mungkin ?
                  
            " Aku tengah fikir pasal boss aku , Tengku Syahmin. Aku baru seminggu kerja dengan dia. Cerewet dia jangan cakaplah . Kerja semua nak perfect sampai kadang kadang aku tak tau nak cakap apa bhaii " . Keluh Alia berat. Lelaki itu kadang kadang terlalu baik pada semua orang. Tapi kenapa padanya lelaki itu tak pernah berlembut ??? Tapi sikap professional lelaki itu memang layak dijadikan sebagai CEO syarikat .
            
           " CEO memanglah . Kerja mestilah semua professional . Cerewet benda biasalah tuh . Kau ni kenalah faham scope kerja CEO ni macam mana " Bebel Wani pula . Tambah lagi bila dia anak sulong , makin keras kepalanya . Tapi hanya disebabkan kau Mira, dia rendahkan ego dia carik kau sampailah dia jumpa kau . Aku harap kau tak kecewakan dia , Mira . Bisik Wani dalam hati . 
             
         " Tapi aku macam pernah dengarlah nama dia. Tapi aku tak sure. Banyak kali aku cuba ingat tapi nanti kepala aku sakitlah. Kau tak kenal ke dengan Tengku Syahmin tu weyh?" Alia sedikit terganggu. Lelaki itu seolah olah pernah menjadi bayang bayang dalam hidupnya.
  
             Apabila setiap kali dia ingin bertanyakan masa silamnya , umi dan abah sering menghindarkan diri. Dia merasakan ada sesuatu yang disorok oleh kedua dua orang tuanya . Abang sulongnya , Nadzmi pula sama saja. Sering memberitahu jawapan yang sama kerana dia bertanyakan soalan yang sama. Lama kelamaan dia sendiri mengalah.

        " Yeke kau ni ? Mengarut jelah. Janganlah paksa sangat. Nanti sakit kepala kau tu menjadi jadi. Umi dengan abah kau mesti salahkan aku nanti. Mungkin kau pernah dengar kot tapi tak semestinya kau kena paksa otak kau ingat dia. You're got it ? " Terang Wani panjang lebar.

           " Mentang mentanglah lecturer , tak payahlah nak bebel aku macam tu sekali. Thanks for the drink . Aku masuk tidur dululah. " Balas Alia sambil mengangkat mug berisi milo ke bilik tidurnya. Berkerja dengan Tengku Syahmin banyak mengajarnya benda baharu. Tidur awal dan bangun awal contohnya.

Mira, aku minta maaf. Memang . Memang kau ada kaitan dengan lelaki tu. Tapi aku taknak kau kecewa. Biarlah kau tak ingat sampai bila bila pun siapa Tengku Syahmin dalam hidup kau sebab kau memang tak patut tahu. Aku taknak buat umi dengan abah kau sedih. Aku tahu suatu hari nanti kau akan tahu jugak siapa Tengku Syahmin . Itupun lepas kau hidup bahagia dengan dia nanti. Aku taknak rosakan semua usaha baik Syahmin.

           " Kau nak apa muncul dalam hidup Mira lagi ? Hah ? Kau tak cukup ke buat dia macam tu ? Stop itlah Syah . Dia banyak sakit sebab kau ! " Marah Wani. Tahu tahu sahaja kawan baiknya itu sudah bekerja dengan lelaki durjana yang merosakkan hidup kawan baiknya. Jika lelaki bangsat ini ada niat sekali lagi tak baik pada kawan baiknya itu , dia tidak akan teragak agak .

Pada hujung minggu itu Tengku Syahmin ingin berjumpa denganya mengenai Alia . Dia tidak akan sesekali lupa bahawa lelaki ini pernah mempermainkan banyak maruah wanita termasuk kawan baiknya juga !

           " Wani. Aku tak ada niat macam tu pun. Aku nak tebus semua dosa dosa aku pada dia. Aku tahu dia banyak menderita sebab aku. Aku nak tebus semuanya. Boleh tak kau bagi aku peluang kali ni je. Aku takkan sakitkan Mira lagi " Rayu Tengku Syahmin . Dia akur . Wanita itu banyak menderita disebabkan tindakannya yang bodoh seakan tidak punya otak untuk mempermainkan wanita itu dulu.

Dia akur juga jika Amira Alia membencinya namun sangkaanya meleset. Wanita itu lansung tidak mengenali dirinya. Nama panggilan wanita itu juga telah berubah kepada Alia. Bukan lagi  ' Mira ' seperti nama gelaranya dikolej dahulu. Apa yang sebenarnya terjadi pada wanita itu dia sama sekali tidak tahu apa apa.

        " Sumpah kau tak ada niat busuk kau macam dekat kolej dulu ? " Duga Wani . Dia tahu segala galanya. Dia yang berada disisi kawan baiknya itu sehinggalah kemalangan menimpanya. Mungkin dengan kehilangan ingatan , kawan baiknya itu tidak akan memderita lagi hidup ditipu oleh Tengku Syahmin sekali lagi !

       " Sumpah Wani . Aku menyesal sangat. Lepas apa yang berlaku , aku carik dia merata then aku dah fadeup sangat. Aku kan dah  cakap dulu yang aku nak bertanggungjawab atas dia. Aku nak tebus semuanya. Lepas habis belajar aku nak dia jadi isteri aku yang sah. Aku nak tebus semuanya. Wani , kali ni boleh tak kau tolong aku ? "

             " Kali ni aku tolong kau. Tapi kalau sampai kau sakitkan hati dia , aku belasah kau nanti. So kau nak aku tolong apa ? "

Rayuan Tengku Syahmin minggu lalu membuatkan hatinya layu. Kesian pula dia melihat Tengku Syahmin yang seakan tidak bahagia. Mungkin ini yang terbaik untuk Amira Alia agar kawan baiknya itu berhenti daripada berdendam dengan lelak itu kerana berkemungkinan Amira Alia akan mengingatnya kembali .

Dia yakin Tengku Syahmin hanya terkhilaf sementara. Jadi tidak salah dia membantu Tengku Syahmin kali ini. Wani memberi alamat rumah mereka dan nombor telefon bimbit umi dan abah Amira Alia. Kata Tengku Syahmin , dia perlu menemui En Rusli dan Pn Noraini secepat mungkin . Kali ini langkahnya tidak mungkin tersilap.

            

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now