Bab 53

6.9K 114 0
                                    

Tengku Syahmin kini lebih banyak meghabiskan masa dengan urusan pejabat . Kepergian isterinya yang menjerut lehernya . Dia benar benar merasa kehilangan isterinya itu . Pengakuan oleh Tengku Farish lagi memakan separuh jiwanya yang benar benar merindui isterinya . Kali ini dia benar benar tidak dapat memaafkan dirinya sendiri . Entah bagaimana keadaan isterinya itu .

'' Kau dah gila ke ? Aku dengan Alia tak ada apa apa . Aku memang cintakan dia tapi dia langsung tak cintakan aku . Dia yang bodoh cintakan kau yang senang senang buang dia bila kau taknak . Kau fikir dia tu apa ? '' Marah Farish setelah dia menumbuk wajah Tengku Syahmin . Sakit hatinya apabila Alia disia siakan .

Dia kini buntu untuk mencari isterinya entah dimana . Semua kawan kawannya juga sudah ditanya namun mereka semua menggeleng termasuklah En Nazri . Jika itu kehendak isterinya , dia akan menunggu sehingga isterinya balik ke sisinya .
Dulu dia sendiri terseksa dengan kepergian wanita itu kini sekali lagi dia terseksa . Entah kenapa dia sekali lagi bertindak menyakiti wanita itu . Dia benar benar rasa bersalah pada isterinya . Pada malam isterinya dihalau keluar , dia sendiri mencari wanita itu namun dia tidak dapat menjejak wanita itu sehingga dia demam teruk .

Kini barulah demamnya rebah . Makan dan minum pun dia tidak mahu . Terlalu rindukan masakan isterinya . Agaknya dia juga tidak diberi peluang untuk menyambut kelahiran anak sulongnya . Isterinya benar benar berjauh hati dengan sikapnya yang mudah melenting .
Rambut yang selalu dicium itulah ditarik tariknya sehingga isterinya itu menjerit minta dilepaskan . Pipi isterinya yang selalu dikucup sebelum dan selepas tidur itulah yang ditampar tamparnya. Dia benar benar sudah hilang akal.Dadanya mula sesak . Airmatanya terlalu murah sejak kepergian isterinya.

'' Along , makanlah sikit . Mama kata along dari semalam taknak makan . Harini along makanlah sikit . Kalau isteri along ada mesti dia lagi sedih tengok along macam ni '' Tegur Tengku Amilia perlahan .
Alongnya itu hanya baring sambil menangis mencium satu satunya baju isterinya yang tinggal di ampaian. Airmata alongnya tidak henti henti mengalir. Sebak hatinya melihat keadaan abang sulongnya itu.

'' Dia dah penat bersedih, Amy . Abang yang buat dia macam tu . Semua salah abang. Abang yang selalu ragukan cinta isteri abang sendiri. Tak mugkin dia akan maafkan abang. "

'' Abang janganlah cakap macam tu ... Amy yakin Kak Alia mesti maafkan abang . Dia tu pemaaf '' Balas Tengku Amilia untuk menyedapkan hati abangnya .

'' Mungkin dia tak nak pun abang ada dengan dia untuk sambut anak sulong abang nanti . Sekarang mesti dia dah sarat kan Amy ? '' Luah Tengku Syahmin perlahan . Ya . Sudah tiga bulan isterinya meninggalkannya . Kini kandungan isterinya itu sudah masuk ke tujuh bulan.
Dia terlepas untuk menjaga isterinya dalam sarat begitu . Dia benar benar ingin tahu sama ada isterinya itu dalam keadaan baik .

'' Abang tak baik salahkan diri abang macam tu . Abang makan sikit ya ? Nanti Amy tanyakan kawan kawan Amy yang lain ''

'' Amy letaklah situ . Kalau abang ada hati nak makan , nanti abang makan . Tinggalkan abang , Amy . Abang nak sendiri '' Balas Tengku Syahmin . Dia masih terasa terpukul dengan semua yang berlaku diatas egonya sendiri . Jika dia menanam cinta mereka dengan benih kepercayaan , pasti bukan ini akhir cinta mereka .

Tengku Amy keluar dari bilik abangnya dengan hampa . Sudah lama Alia pergi meninggalkannya namun abangnya tetap degil dan terus menyalahkan diri . Dia benar benar dihimpit rasa bersalah .

'' Along still taknak makan , ma . Puas Amy pujuk . Dia tetap macam tu . Asyik menangis aja fikirkan Alia . Biar jelah along sejuk dulu . Mama jangan risaulah dengan along tu okay ? '' Tengku Amilia memeluk Tengku Liyana .

Hatinya juga terpukul dengan kesedihan yang menimpa anak sulongnya itu . Tengku Zahid pula sudah puas memaksa anaknya itu untuk pergi ke office namun anaknya itu masih tidak mahu dan berkeras dengan apa yang berlaku .

jatuh airmataku  
 

                             iringi remuk redam hatiku

dan hanya rintik hujan
yang menemani aku
di saat aku bertahan
selama ini aku bertahan
lewati semua malam dingin
yang aku pandangi
hanyalah langkahmu
wahai kau airmataku
hanya engkaulah saksi hidupku
saat aku kehilangannya
saat aku kehilangannya

Lirik lagu yang berlagu ditelefonnya diamati sayu . Dia benar benar kehilangan dan merasai kehilangan wanita itu . Sayang , abang rindukan sayang. Baliklah. Abang rindu . Janganlah pergi lama lama. Baliklah sayang. Abang tahu abang yang bersalah. Janganlah hukum abang macam ni lagi. Abang nak sayang balik.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now