Bab 48

6.4K 112 0
                                    

 Isterinya sudah boleh dibenarkan keluar dua hari lepas . Namun masih dingin terhadapnya . Baru hari ini dia dapat menatap wajah isterinya setelah isterinya duduk dirumah umi abahnya . Ibu bapanya pula tidak habis habis membebel tentang kejadian itu.

    Dia hanya tebalkan telinga dan mendengar sahaja apa kata mereka . Dia hanya menurut permintaan isterinya walaupun hatinya seperti dihiris . En Rusli berpesan kepadanya agar bersabar dan sentiasa memaafkan anak bongsunya itu .
        
    " Abah nak adik balik hari ni . Abah dah suruh Syahmin ambik . Baik buruk mana pun suami tu , syurga adik tu bawah tapak kaki suami . Abah tak nak adik belajar jadi isteri derhaka . Dia ada alasan sendiri kenapa tak bagitahu keadaan sebenar pada adik sebab abah sendiri yang larang Syahmin dari bagitahu adik '' Luah En Rusli . Geram melihat anak bongsunya itu .

Alia hanya diam seribu bahasa didalam kereta apabila fikirannya terbang memikirkan nasihat abahnya . Begitu juga suaminya diam seribu bahasa . Sesekali dia mencuri pandang suaminya yang sedang drive . Rindu dengan kucupan hangat daripada suaminya setiap pagi . Walaupun dia tahu suaminya itu penat baru balik daripada office .
       
       Dia melihat suaminya itu melonggarkan sedikit tali lehernya . Selalunya itulah yang dibuat olehnya setiap kali suaminya pulang kerumah . Dia sedar dia sendiri yang memancing kemarahan suaminya sendiri .

      '' Abang , berhenti kejap dekat kedai buah mana mana . Alia nak beli mangga '' Dia teringin makan mangga . Dia terlupa untuk mengambil buah mangga yang dikaitkan oleh abahnya tadi. Sedari tadi hasratnya itu hanya terbit dalam hati.

Entah mengapa dia cuba memberanikan diri menegur suaminya itu . Dia hanya teringat akan kata kata abahnya agar melayani suami dengan baik walau baik mana pun dia .
      
       " Ada dekat tempat duduk belakang . Umi suruh bawak balik . Dia tahu Alia nak sangat makan mangga . Tu yang umi bungkuskan . Dekat rumah nanti baru makan okay '' Balas Tengku Syahmin . Hatinya sejuk mendengar suara isterinya yang lembut menyapanya tadi . Panggilan ' abang ' dari bibir isterinya mengukirkan senyuman buatnya .

      " Nanti abang tolong Alia kupas ya ? Nanti kita boleh makan sama sama . Abah kata mangga tu manis " Sambung Alia . Dia tidak mahu bermasam muka dengan suaminya sendiri . Dia tidak kuat menjalani hidupnya sendiri tanpa kasih sayang suaminya . Ya , dia rindukan lelaki itu .
   
       " Ya sayang , Nanti abang tolong sayang kupas '' Mendengar balasan suaminya itu menggembirakan hatinya . Dia rindu mendengar suara suaminya apatah lagi melihat senyuman yang terukir pada bibir suaminya tadi .

Selepas solat isyak berjemaah dengan isterinya , isterinya itu menangis memohon maaf kepadanya . Dia gembira jika suram hati isterinya itu telah terhakis . Dia telah memaafkan isterinya . Isteri dan anaknya itu adalah nadi jiwanya . Dia amat mencintai wanita itu .
       
        '' Abang dah maafkan semua kesalahan sayang . Abang harap sayang dah tak marahkan abang . Sayang percayakan abang . Abang tak buat apa yang sayang fikir . Sayang isteri abang . Sayang aja mummy pada anak anak abang . Tak ada orang lain yang boleh ganti cinta sayang dihati abang " Luah Tengku Syahmin sambil mengucup tangan isterinya lama .

       '' Tapi Alia ni degil . Alia selalu buat abang marah . Alia tak dengar cakap abang '' Balas Alia . Dia tahu dia tiada hak untuk menanyakan alasan suaminya itu menyorokkan masa silamnya . Tapi dia tahu suaminya itu sungguh sungguh mencintainya .
   
      " Haip . Jangan cakap macam tu , sayang . Past is past , sayang . Dah jom teman abang turun bawah . Sayang kata tadi nak makan mangga kan ? Kesian dekat anak kita ni lapar '' Tengku Syahmin mengusap perut isterinya yang ditutupi dengan kain telekung .

Alia menampar bahunya perlahan . Dulu suaminya itu suka menyakatnya kini menjadi hobi pula suaminya berkata kata dengan anak mereka .

        Bahagianya hanya Tuhan sahaja yang tahu .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon