Bab 11

6.9K 139 1
                                    

        " Adik, Syahmin ajak adik pergi ronda ronda kampung kejap. Motor abah tu rosak. Jalan kaki pun tak pa kan ? " Pesan En Rusli sebelum berangkat mengerjakan tanaman sawah padinya dihujung kampung.

Amira hanya melemparkan senyuman hambar kepada abahnya. Hendak tak nak sahaja dia bawa mamat itu. Sudahlah jalan kaki. Penat ! Apa yang ada dekat kampung aku ni pun aku tak tahu ! Rimaslah mamat nih. Dahlah menumpang rumah orang. Ada hati pulak nak arah arah kita? Haishh. Sabar jelah weyh.

         Tengku Syahmin kelihatan sedang membetulkan rantai basikal yang lucut dihadapan rumah. Aduhai ! Baru tojang kau sikit, dah lucut. pahal entah. Basikal dahlah warna merah jambu. Ada sticker kartun dragon balls pulak tuh. Tak matang langsung dunia kanak kanak kau. Hah, siap pun !

         " Apahal kau beria sangat nak naik basikal nih ? Jalan kaki dahlah. Basikal ni bukannya betul sangat pun. Sama macam otak kau. Tak betul ! " Cemuh Amira sambil berpeluk tubuh memandang Tengku Syahmin. Duduk rumah orang tak reti reti nak duduk diam dia ni. Nasiblah weyh.

       " Biarlah. Salah ke ? Dah cepat naik. Membebel macam ayam katik je kau ni. " Balas Tengku Syahmin sudah bersedia untuk menaiki basikal. Rasa janggal pulak. Kaki aku ni dahlah panjang. Macam apa jeh aku tengok. Takpalah janji dapat jalan jalan.

       " Kau tunggu apa lagi ? Takut ? Tak ada apalah. Cepat naik. Kalau kau takut kau peluk je aku. " Ujar Tengku Syahmin sambil tersenyum nakal.

Amira  teragak agak untuk membonceng basikal bersama Tengku Syahmin. Namun dinaiki juga basikal itu. Tak pasal pasal nanti dia mengadu dekat abah yang aku tak nak bawak dia ronda ronda. Jijik betul ! Bukannya boleh caya mamat nih. Nak nak muka dia tu macam hantu pisang. Grr. Kutuk Amira Alia dalam hati.

          Tengku Syahmin sengaja membawa basikal ke tengah ke tepi. Sengaja ingin menakutkan wanita dibelakangnya. Sekali sekala tengok kau takut, apa salahnya kan ? Tengku Syahmin senyum nampak gigi. Hehey. Basikal yang dikayuh semakin melaju.

           " Weyh, pelanlah sikit. Jatuh nanti baru tahu. " Amira memegang besi dibawah tempat duduk basikal dengan kuat. Sedaya upaya cuba menahan daripada terjatuh nanti. Huh ! Kau ni memang sengaja bawak laju laju sebab fikir aku nak peluk kau lah tu ! Hisy ! Memang anak Tengku semua memang pelik ke macam mana ?

        " Asal ? Kau takut ? Aku bawak slow je kot. Tak payah lah nak takut. " Duga Tengku Syahmin. Dia tersenyum sinis. Riak wajah Amira yang ketakutan mengundang tawanya. Kata berani sangat. Naik basikal je kot. Kecut !

           " Syahmin ! Bawaklah slow slow. Aku takut kot ! " Jerit Amira tanpa sedar memeluk Tengku Syahmin daripada belakang. Matanya dipejamkan. Abah, tengoklah Syahmin ni. Dia buli orang.

        " Seronok keliling kampung ? " Tegur En Rusli yang baru masuk kedalam rumah selepas pulang dari berkebun. En Rusli meneguk air dari dalam botol yang disediakan oleh Pn Noraini.

        " Mestilah seronok bah. Pandangam semua hijau je. Burung terbang pun banyak. Nak jumpa burung dekat KL tu jarang abah. Dekat sini boleh cuci mata. " Balas Tengku Syahmin sambil tersenyum walaupun perit dilututnya masih menjalar.

        " Kenapa lutut tu ? Jatuh ke ? Hah adik kenapa dengan lutut Syahmin tu ? " Tanya En Rusli kehairanan. Dorang ni naik apa sampai boleh jatuh ? En Rusli menggeleng gelengkan kepala. Lain tak bukan mesti anak bongsunya itu punya angkara.

      " Orang kalau dah degil, jatuhlah bah. Syahmin ni hah abah. Bawak basikal laju laju. Terlajak tadi. Nasib baik tak jatuh dalam parit. " Balas Amira sambil menekan nekan luka dilutut Tengku Syahmin penuh geram. Hah padan muka kau ! Picit lagi, Mira. Picit lagi. Biar padan dengan muka dia tu.

          " Arghhh ! Slow slowlah kau ni. Sakit tahu tak ! " Jerit Tengku Syahmin. Dia menepis tangan Amira  daripada menekan nekan lukanya. Mangkuk punya minah. Suka hati dia je nak buat macam tu. Haishh. Geram je aku tengok kau nilah. Nak je aku sumbat botol minyak ni dalam mulut kau.

         " Hah padanlah muka kau. Degil nak mati. Aku dah cakap jangan bawak laju laju. Tulah keras kepala macam batu. Kan dah jatuh ! " Marah Amira  selepas abahnya berlalu kebilik air. Puas hatinya dapat mengenakan lelaki itu. Belagak sangat ! Tulah ! Kan dah kena.

          " Yelah yelah. Kau memang. Kau mana sayang aku kan ? " Duga Tengku Syahmin. Dia menghembus hembuskan nafasnya pada lututnya. Cara itu mungkin dapat menghilangkan perit lukanya.

Amira diam. Terkedu dengan kata kata Tengku Syahmin. Dia terus menutup botol minyak panas dan diletakan ditepi Tengku Syahmin. Panas mukanya apabila ditanya sebegitu. Dia terus beredar masuk kedalam biliknya. Jeritan Tengku Syahmin dibiakan sepi. Ditutup pintu bilik itu rapat. Disandarkan badannya pada pintu bilik.

          Kau fikir apa ni Mira ? Dia sengaja je tu nak usik kau. Kau jangan percaya sangat dengan lelaki macam dia tu. Dahlah playboy. Buanglah perasaan kau tu jauh jauh. Dia dah ada Juliana kot. Kawan baik kau. Kau tak nak kan bergaduh dengan Juliana sebab lelaki tu ? Malulah.

Kenapa dengan aku ni ? Baru cakap sikit dah cair. Ingat Mira. Kau tak boleh ada perasaan suka tu. Apa pulak abah dengan umi kau cakap nanti.

       Aik ? Marah ke ? Salah ke apa aku cakap ? Maybe datang bulan kot. Mood tak da lah tu. Tengku Syahmin mencebik. Dibiarkan sahaja wanita itu berlalu meninggalkanya disitu seorang diri. Dah nak dekat tengah hari dah pun. Lepas zohor nak kena balik KL. Esok ada kelas pagi !

           

         

     

     

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now