Bab 38

7.8K 117 4
                                    

Sudah hampir lapan bulan perkahwinan mereka . Tengku Syahmin merasa sangat bahagia dengan kehadiran Alia dalam hidupnya yang memberi nafas baru dalam hari harinya . Dia tahu lama kelamaan Alia akan tahu juga mengenai Tengku Amira yang sering kali mendesaknya . Malam itu dia sudah bertekad ingin memberitahu isterinya itu mengenai Tengku Amira yang sering mengganggunya .
    
         '' Sayang , abang nak cakap sikit boleh ? " Isterinya ketika itu sedang berbaring disebelahnya sambil bermain games dalam tabnya . Alia menghentikan permainan dan sekarang dia sedang tertarik dengan cerita yang ingin diberitahu oleh suaminya .

         " Cakaplah . Alia dengar . Alia nak tanya sesuatu jugak nanti dengan abang tapi Alia harap abang jawab dengan jujur tau " Dia ingin menanyakan tentang Ameen dan Wani adalah kawan satu kolejnya dulu. Kenapa dia merahsiakan tentang Ameen dan Wani daripadanya. Dia benar benar ingin mengetahuinya .
    
        " Kalau apa apa berlaku antara salah seorang daripada kita nanti abang harap kita tetap percaya antara satu sama lain . Abang takut kalau suatu hari nanti sayang akan tinggalkan abang . Abang nak sayang percayakan abang ... '' Hatinya sebak.
       Dia merasakan isterinya itu akan meninggalkannya dan dia hanya ingin isterinya percaya yang dia betul betul menyayangi isterinya .

       " Kenapa kau cakap macam tu ? Kau ada masaalah ke ? Ceritalah . Aku dengar ''  Teka isterinya .Dia cuba mencari wajah damai suaminya beberapa hari ini namun hampa suaminya itu seolah olah ada masaalah yang disorokkan daripada pengetahuannya .
 
      " Aku ada sepupu namanya Tengku Amira . Dia selalu kacau aku lately ni sampai aku risau dia akan buat apa apa dekat rumah tangga kita. Dia cintakan aku. Tapi kau janganlah risau. Aku memang tak ada apa apa perasaan pun dekat dia. " Luah Tengku Syahmin . Takut benar jika dia kehilangan isterinya itu . Bekas isterinya itu memang dari dahulu tak senang melihatnya bahagia selepas satu sen pun tidak diberikan kepada wanita gila itu.

       '' Lagi pun apa salahnya ? Kau bukannya cintakan aku pun kan ? Kita kahwin sebab terpaksa . Kalau kau nak pilih dia, aku izinkan .... '' Entah mengapa sebak hatinya menuturkan kata kata itu . Dia menjarakkan sedikit dirinya daripada suaminya . Entah kenapa dia mahu membawa hatinya ketika itu . Dia ragu ragu akan layanan Tengku Syahmin kepadanya bersandarkan atas apa ?
    
         " Sayang cakap apa ni ? Kenapa sayang cakap macam tu ? Sayang tak ikhlas ke kahwin dengan abang ? " Tanya Tengku Syahmin sedikit berjauh hati dengan kata kata isterinya itu . Bukan seperti itu jawapan yang diharapkan dari mulut isterinya. Dia melayani isterinya dengan penuh rasa kasih sayang . Dia tdak mahu kehilangan wanita itu untuk kali kedua .

         " Alia takut Alia yang bertepuk sebelah tangan dalam perkahwinan kita " Balas isterinya sebak . Suara isterinya itu sudah tenggelam timbul dengan esakan kecil . Suasana itu sepi untuk seketika .
  
       " Sayang .... " Belum sempat Tengku Syahmin menghabisan kata katanya , isterinya memotong semua percakapannya .

      " Kalau abang rasa abang tak nak teruskan perkahwian ni , abang tau tanggungjawabkan abang kan ? '' Alia terus menolak kasar tangan suaminya yang sedang melingkari pinggangnya . Namun Tengku Syahmin tetap meraih tubuhnya kedalam dakapan. Amira Alia sendiri terpaku.

      " Sayang nak tahu tak , lepas aja akad nikah tu abang janji dalam diri abang yang abang takkan lepaskan sayang . Abang cintakan isteri abang . Mestilah abang nak sayang aja dalam hidup abang .... " Balas Tengku Syahmin . Airmata isterinya diseka perlahan . Dia benar tidak boleh melihat jika isterinya menangis . Airmata isterinya itu umpama melukai sama hatinya
      Tubuh isterinya itu didakap kemas . Resah hatinya melihat isterinya itu menangis. Dikucup dahi isterinya penuh kasih.

      '' Shhhh ....... dah sayang . Jangan macam ni " Pujuk Tengku Syahmin perlahan . Akhirnya isterinya tertidur disisinya . Kali ini dia tidak dapat menyangkal perasaannya yang semakin menyayangi isterinya itu. Dia menyayangi wanita itu sepenuh hatinya. Walaupun kenyataan masa silam mereka adalah amat pahit sebenarnya. Malah ibunya sendiri menetang walaupun kini dia menerima wanita itu dalam hidupnya.

           " Syahmin dah gila ke pregnantkan anak orang ? Syahmin tak malu ke ? Habis sekarang ni Syahmin nak buat apa ? Paksa dia gugurkan kandungan ? " Tanya Tengku Liyana geram. Anak selama ini dibanggakan untuk menjadi anak lelaki yang boleh diharapkan. Namun apa yang bokeh diharapkan ? Semua tak jadi !

         " Ma, Syahmin mohon dengan mama. Jangan bagitahu ayah. Syahmin taknak dia sakit. Pasal ni mama janganlah risau. Syahmin dah fikir masak masak. Lepas Syahmin habis belajar nanti Syahmin akan kahwin dengan dia ma. Syahmin taknak tambahkan dosa buang anak yang tak berdosa. Syahmin dah suruh ada orang jaga dia ma. Mama janganlah risau pasal ni. "

Anak lelaki menjadi kebangaannya. Dia sendiri berharap anak itu lelaki. Namun semuanya sudah berakhir. Dia sendiri tidak mampu berterus terang tentang kehilangan anak mereka. Dia tidak kuat melihat tangisan isterinya itu. Dia tidak kuat.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now