Bab 23

7K 163 1
                                    

Macam biasa apabila Tengku Syahmin Iskandar ada masa terluang pasti dia akan membelanjakan hujung minggunya dengan membeli modal kapal terbang. Entah kenapa dia amat meminati permainan itu. Diruang bilik pejabatnya ada lima modal kapal terbang yang besar dan canggih.

Kapal terbang itu mempunyai kenangannya tersendiri dan ceritanya tersendiri. Melalui kapal terbang ini juga dia menemui wanita bernama Nur Amira Alia didalam hidupnya. Wanita itu adalah segala galanya sama seperti setiap modal modal kapal terbang itu sendiri.

" Abang long buat apa tu? Amy kacau ke ? " Sapa Tengku Amilia mengambil tempat dihadapan abangnya yang asyik dengan permainan modal kapal terbang.

Tak habis habis. Apa yang bagus sangat entah. Macam budak budaklah. Kutuk Tengku Amilia dalam hati tatkala perasankan abangnya yang khusyuk dengan permainan modal kapal terbang.

" Ha'ah. Amy kacau. Tak keluar ke? Selalunya Amy keluar hujung minggu ni dengan mama. Tak keluar pulak minggu ni ? " Perli Tengku Syahmin. Biasanya dia akan ditinggalkan dan duduk seorang diri dirumah dengan pembantu rumahnya tatkala adik dan ibunya pergi bershopping.

" Malas. Mama tu sibuk dengan business online dia tu. Mana ada masa nak keluar pun. Abang long tu hah ! Sampai tua dah asyik dengan modal kapal terbang tu. Tak bosan ke? " Duga Tengku Amilia. Dia mencebik apabila abangnya merenung tajam ke arahnya.

" Abang long tak bosan dan abang long takkan bosan. Amy tu pergilah keluar ke, mana mana ke ? Janganlah kacau abang long. Dah dah. Pergi main jauh jauh sana. " Halau Tengku Syahmin. Malas benar menghadap adiknya itu. Ada sahaja soalan yang akan keluar daripada bibir itu. Naik rimas dibuatnya.

" Abang long, kalau Amy cakap Amy nak tunang, abang long bagi tak ? " Duga Tengku Amilia. Dia kini sedang hangat bercinta dengan sepupunya Tengku Farish yang kini sedang bertugas di Singapura. Sejak dia mengenali lelaki itu, dia merasakan dia selamat dan rasa dilindungi.

" Amy tak payah mengarutlah. Abang long pun tak kahwin lagi. Amy jangan nak gatal pulak. " Marah Tengku Syahmin. Tiba tiba bukak topik kahwin ni dah kenapa ?

" Eleh dah tua bangka. Alamatnya abang long ni memang tak ada masa depan dengan kapal terbang tu. Bencilah cakap dengan abang long ni. " Marah Tengku Amilia pula. Dia terus beredar menuju kebiliknya disebelah tangga rumah. Tengku Amilia menghempas pintu bilik.

" Kalau abang ngah balik, Amy bagitahu abang ngah. Biar dia membebel nanti ! " Marah Tengku Amilia. Amilia terus menekup mukanya dengan bantal.

Apa kena mengena dengan kapal terbang dengan masa depan aku? Apa kaitan Amy ni? Nak buat spekulasi pun gunalah yang lojik sikit.

Tengku Syahmin meneruskan pemasangan modal kapal terbang miliknya. Telefon bimbitnya tiba tiba sahaja berbunyi menadakan ada panggilan masuk.

" Amira? "

Tengku Syahmin tersentak. Apa mimpi wanita itu mendail nombornya ? Tengku Syahmin menekan punat hijau untuk menjawab panggilan daripada cintanya itu.

" Ya Alia ? Ada apa ? Hah ? Sekarang ? Ya kejap lagi aku datang. Ya. Ya. Aku datang. Kau tunggu je. Bagi aku masa lima belas minit. Ya sayang. Ya. Saya datang cepat. "

Tengku Syahmin tersenyum. Kalau kau ada depan mata aku ni mesti muka kau merah. Malulah tu aku panggil sayang. Eleh malulah konon. Dulu kau jugak mengaku kau sayang aku.

Tengku Syahmin terus naik kebiliknya ditingkat atas. Dia terus mencapai tualanya dan meloloskan diri ke dalam bilik air. Teruja apabila wanita itu ingin mengajaknya keluar. Gembira yang teramat !

" Kau nak apa tiba tiba ajak aku keluar ni? Ada apa apa yang kau nak bagitahu aku ? " Tengku Syahmin lincah dengan mengumpulkan nasi goreng disudunya. Menunggu lama perkara yang ingin disampaikan oleh wanita dihadapanya.

" Kau jumpa parents aku kan bulan lepas ? " Tanya Alia perlahan. Takut kata katanya akan mengguris hati lelaki itu. Sudah hampir sebulan dia mendiamkan perkara itu. Namun dia ingin mencari waktu lapang agar dia dapat berfikiran dengan tenang.

" Abah bagitahu kau? Kalau ya kenapa ? Kau tak suka ke aku jumpa parents kau ? " Balas Tengku Syahmin sedikit terasa dengan kata kata wanita itu.

" Abah aku. Kau nak apa sebenarnya ni? Jumpa umi dengan abah aku senyap senyap. Kau jugak rahsiakan kenapa kau pilih aku jadi P.A kau. Kenapa kau beria ria sangat hah? Aku ada hak nak tahu " Marah Amira Alia.

" Kau tak ada hak nak tahu. Kau bukan bini aku nak tahu-tahu semua benda. Aku ada alasan aku. Kau tak payah nak tahu ! " Balas Tengku Syahmin tegas. Dia terus beredar ke keretanya.

" Aku siap wangi wangi. Siap smart smart setakat nak jumpa kau je kot. Tiba tiba kau nak marah marah aku macam tu. Buat sakit hati je. " Bebel Tengku Syahmin antara wanita itu dengar atau tidak. Ahh ! Kalau dengar pun biarlah. Apa masalahnya ? Tengku Syahmin mendengus kasar.

Alia hanya mendiamkan diri mendengar ucapan kata kata Tengku Syahmin yang berbaur sakit hati. Sumpah bukan niatnya. Dia hanya inginkan kepastian kenapa ? Salah ke ? Berdosakah dia inginkan sebuah jawapan ?

Alia mengekori langkah laju Tengku Syahmin meninggalkanya. Ternyata lelaki itu seakan ingin meninggalkanya dan akhirnya kereta lelaki itu meluncur laju pergi meninggakkanya terkulat kulat disini.

" Alia ? Apa kau buat ni? Kau tengok dia dah marah. Kau ni pun. Tak pasal pasal kena tinggal ! " Marah Alia seorang diri. Dia terus berjalan dengan kaki lemah. Memikirkan nasibnya ditinggalkan seorang diri.

Pin ! Pin !

" Apa ni nak hon hon orang ni ? " Marah Alia. Dia mengundurkan langkah ke tepi sebelah kanan untuk memberi ruang kereta itu lalu dijalanya.

" Nak tumpang naik cepat. " Tengku Syahmin menurunkan cermin keretanya.

Alia terus mengendahkan kata kata Tengku Syahmin. Dia terus beredar meninggalkan Tengku Syahmin. Meneruskan langkah kakinya tanpa menghiraukan jeritan lelaki itu. Kaca mata hitam ? Poyonya !

" Eh apa ni ! " Marah Alia secara tiba tiba apabila Tengku Syahmin merentap tanganya dan mengheretnya masuk kedalam kereta.

Alia dan Tengku Syahmin diam tidak berkata. Masing masing melayan perasaan sendiri dan menafsirkan kejadian sendiri.

" Degil kau tak pernah berubahkan ? " Tengku Syahmin memulakan kata kata sekali gus memecahkan kesunyian itu. Dari dulu sampai sekarang asyik nak ikut kepaka kau je. Kalau kahwin ni tak tahulah.

" Apa maksud kau dengan degil aku tak pernah berubah ? " Teka Alia sedikit terpinga pinga. Apa sebenarnya maksud lelaki itu? Apa maksud dengan degilnya yang tidak pernah berubah ?

" Aku tanya kau ni. Apa maksud kau sebenarnya ? Kau ada kaitan dengan aku ke sebelum ni? " Desak Alia lagi.

Bingung dengan peryataan Tengku Syahmin. Soalan itu seakan membunuhnya di masa lalu. Akhirnya dia hanya membiarkan soalanya sepi tanpa jawapan. Geram apabila Tengku Syahmin memang sengaja tidak mengendahkan dirinya.


Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now