Bab 66

6.6K 83 0
                                    

Kini Tengku Syahmin bakal di ijab kabul beberapa puluh minit sahaja lagi sebelum dia berangkat kerumah Tengku Farish . Dia kini lengkap berbaju melayu berwarna hijau muda . Dia meminta semua orang meninggalkannya sendirian dibilik untuk menanti sebarang panggilan atau pesanan dari isterinya. Namun hampa. Anaknya itu masih kecil dan tidak tahu apa apa. Dia mahu anaknya itu membesar dihadapan matanya sendiri.

Beberapa minit Alia menghantar pesanan ringkas kepadanya. Tengku Syahmin dengan pantas membuka pesanan ringkas berharap isterinya itu yang menghantarnya. Dia benar benar rindukan isteri dan anaknya. Dia rindu hendak menidurkan anaknya. Dia rindukan segala galanya.

assalamualaikum , abang .
selamat pengantin baru. Alia sentiasa doakan kbhgiaan abg . abg jgn risaukan alia dgn aiman . kami okay . lepas ni abg jgnlah cri alia lagi. biar alia cari hidup dan kbhgiaan alia sndri. abg mulakan hdup bru tanpa alia . alia akan cube lupekan abg. alia xkan carik abg lagi . alia hrp abg pun xkan cri alia lagi. aggap je alia dgn aiman dah xdek dlm hdup abg. trime kasih untk ksih syg abg pada alia. selamat tinggal. kirim salam buat semua .

Mata Tengku Syahmin berkaca . Benarlah isterinya itu ingin meninggalkannya . Tengku Syahmin merasa terpukul dengan pesanan balas isterinya itu . Kenapa kau buat aku macam ni Alia ? Kenapa ? Apa salah aku ?
Kenapa kau tak pernah nak hargai apa yang aku buat selama ni ? Aku cari kau . Tapi kau sia siakan semua perngorbanan aku . Macam mana aku nak terima yang kau tak ada dalam hidup aku sedangkan kau dengan Aiman nyawa hidup aku ?

'' Syahmin , jom gerak . Kita dah lambat ni '' Tengku Liyana mengetuk pintu bilik Tengku Syahmin . Tengku Syahmin terus mencapai kunci kereta miliknya dengan hati yang sayu. Dia membuka pintu dan hanya melemparkan senyuman hambar kepada Tengku Liyana .

'' Syahmin tunggu dekat kereta '' Ucap Tengku Syahmin sebelum dia berlalu keluar. Bukan ini yang dia inginkan. Tetapi dia berharap dia tieak akan mengangkat akad selain dengan Nur Amira Alia ! ' Maafkan Syahmin, ma. Syahmin terpaksa. ' Getus hatinya.

Tengku Syahmin terus mencapai keretanya .Dia ingin terus lari dari semua kekusutan ini. Dia terus bergegas keluar meninggalkan ahli keluarganya. Tengku Syahmin mula menghidupkan enjen kereta dan terus menggerakkan keretanya tanpa arah tuju tetapi yang pasti meninggalkan ahli keluarga dan saudara maranya yang memanggil manggil namanya. Dia sudah tidak peduli !

Dia mencampakkan songkoknya disebelah tempat duduk pemandu . Sakit hatinya melihat wajah wajah yang memaksanya menikahi Tengku Amira yang jelas jelas mengandungkan anak orang lain .

" Syahmin dah lari ! " Beritahu Tengku Liyana teresak esak dipangkuan suaminya Tengku Zahid. Bulat bukat dia percaya. Ternyata anaknya itu sengaja hendak mengelak daripada perkahwinan ini.

" Biarkan dia. Dia tahu apa dia buat. " Balas Tengku Zahid. Dia memeluk isterinya. 'Pergilah, Syahmin. Papa tahu apa yang Syahmin buat ni ada hikmahnya juga. Papa tahu Syahmin tak nak kahwin kan ? Apa pun yang Syahmin buat, papa akan sokong daripada belakang. ' Bisik Hati kecil Tengku Zahid. Dia sebenarnya tidak setuju sama sekali tentang perkahwinan ini. Dia tahu anaknya itu hanya ingin menjaga air muka keluarganya sahaja.

Tengku Syahril mengusap perlahan bahu Tengku Liyana. 'Angah tak sangka kau sanggup setekad ni long. Sanggup kau buat semua ni. Kau dah luka hati mama dengan papa. Angah tahu kau sayangkan Alia. Tapi bukan macam ni caranya. Aku penuh sabar tunggu isteri aku. Kenapa kau tak ? Angah memang tak faham dengan along. ' Kutuk Tengku Syahril daaam hati. Dia memandang sepi kelibat kereta abangnya meluncur laju meninggalkan saudara mara diperkarangan rumah.

'' Arghhhh ! Kenapa kau buat aku macam ni Alia ? Kenapa ? Kau memang nak balas dendam dengan aku kan ? Sebab aku dah malukan kau dulu . Sekarang kau nak bagitahu semua orang yang aku ni suami pengecut ? Kau memang tak pernah ikhlas sayangkan aku ! Aku perlukan kau Alia ! Kenapa Alia kenapa ? '' Jerit Tengku Syahmin . Hatinya tidak keruan. Pada hari perkahwinanya , isterinya sengaja menghantar pesanan ringkas berbaur kecewa. Hati mana yang tidak sedih ? Mungkin isterinya itu tidak sampai hati. Mungkin dia terpaksa.

Dia mula benci dengan dirinya sendiri . Kenapa cintanya mudah sahaja isterinya itu membuangnya ? Dia tidak boleh membayangkan hidupnya tanpa wanita itu. Selama ini dia menghambakan dirinya kepada kesalahannya kepada wanita itu. Kini dia terasa dihambakan oleh cinta isterinya sendiri . Dia buntu.

' Sepatutnya kau ada dekat sisi aku. Kau tenangkan perasaan aku. Kau fikir aku hadap sangat ke nak kahwin lain? Aku nak kau je jadi isteri aku. Aku nak kau je jadi mummy pada anak anak aku. Tapi ? Kau buat aku macam ni ? Kau memang sengaja nak balas dendam kan ? '

" Asal ni ? Kau jangan nak but hal ! Macam mana aku nak carik anak dengan bini aku kalau kau buat hal?! Berhentilah weyh! " Jerit Tengku Syahmin. Dia tetap cuba menekan nekan brek keretanya namun tidak mahu juga berhenti. Hatinya berdebar. Fikiranya saat ini hanyalah anak dan isterinya.

Tengku Syahmin sudah tidak tahu untuk lakukan apa apa tatkala keretanya terus laju melanggar lampu isyarat jalan.
Brek keretanya tidak mahu juga berhenti . Dia sudah hilang punca. Tengku Syahmin menjerit sebelum keretanya dirempuh dari arah sisi. Gelap semua pandangan matanya.

Dia bertekad untuk lari daripada perkahwinanya hanya kerana hendak meredakan kemarahan dan kesedihan isterinya. Namun dengan keadaan dia seperti mayat hidup begini , perasaanya seakan ditarik tarik. Dia sudah menghampakan semua orang. Tengku Syahmin koma selama seminggu. Sistem saraf kakinya sudah tidak berfungsi. Dia lumpuh separuh badan. Hentakan yang kuat hampir sahaja membutakan matanya.

" Syahmin ! " Jerit Tengku Liyana terus terkulai layu dan disambut oleh Tengku Amilia. Susasana bingit. Mereka semua terus bergegas ke hospital selepas mendapat khabar berita bahawa Tengku Syahmin terlibat dalam kemalangan jalan raya yang.

Namun berkat daripada doa semua orang, dia berjaya melepaskan diri daripada masa masa kritikalnya. Hal ini dibantah keras oleh Tengku Syahmin dari memberitahu kepada Alia. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan meskipun dia terpaksa mengorbankan perasaan dan rindunya kepada anak dan isterinya. Dia redha.

Perkara itu sering menghantui dirinya kala malam melabuhkan tirai langit yang cerah. Dia bertindak bodoh. Dia tidak tahu mengapa dia setekad itu. Namun semuanya kini kembali seperti sedia kala. Imbasan itu sungguh menyentap hidupnya sehingga kini. Dapat bertemu dengan anak dan isterinya benar benar menggembirakan hatinya dan mekenyapkan semua imbasan yang gelap ketika dia bertekad untuk lari daripada perkahwinan itu.


Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now