Bab 2

12K 297 9
                                    


Setelah selama 10 minit Alia menunggu untuk dipanggil keruangan bilik boss , sekarang baru dia diarahkan masuk ke bilik bossnya itu. Dia berdehem seolah olah membetulkan suaranya yang serak dan letak tudungnya yang senget akibat hendak segera masuk hari ini. Dia mengetuk pintu bilik bossnya dengan berani dan perlahan. Terdengar suara bossnya memanggilnya masuk. Amira Alia segera masuk .
        
          " So  kaulah pengganti P.A aku, Cik Nur Amira Alia Bt Rusli ? " Ucap Lelaki yang membelakangkan kerusi di hadapannya .
        
             Alia tersentak .

      " Ya saya , Encik Tengku Syahmin Iskandar " Balas Alia tergagap gagap . Apahal mamat ni ? Hodoh sangat ke aku nihh sampai taknak langsung pandang muka aku ? Bebel Amira Alia dalam hati .

Syahmin memusingkan kerusinya yang membelakangi Alia.

" Lain kali jangan datang lambat. Lagi satu , aku nak tegur. Jaga nama baik aku sebagai CEO syarikat. Jaga adab kau sebagai P.A terpilih aku dekat syarikat ni. Kau faham tak ?! . Ucap Tengku Syahmin tegas sambil menundingkan pen kearah wajah wanita dihadapannya .

Bahunya sedikit terangkat. Amira Alia tersentak dan terkejut dengan sergahan yang dibuat oleh boss barunyao itu . Mampuslah aku ! Rasa hendak menjerit sekarang jugak keluar dari sini ! Aku nak balik ! Umi ! Abah ! Adik nak balik !
         

            " Maafkan saya , Encik Tengku . Saya janji takkan buat lagi . Emm … saya … sa ..saya.. " Ayatnya mati tergantung seolah olah dia mahu dihukum bunuh ketika itu sebab punyalah takut dengan sergahan secara tiba tiba dari boss barunya. Sakit jantung aku macam ni kalau hari hari.

Syahmin ingin ketawa apabila melihat wajah wanita dihadapannya yang merah padam. “ Saya. Saya. Saya apa ? cakaplah ?! Tadi dekat lif kau bukan main kutuk boss kau nihah tak ingat dunia. Sekarang takut pulak ? " Sergah Tengku Syahmin lagi .

             Sudah lama dia tak bergurau dengan wanita dihadapannya itu. Ya. Dia rindu. Rindu dengan gelak tawa wanita itu sehingga membuat hari harinya turut ketawa . Tapi dia juga yang mematikan tawa itu . Perginya wanita itu dari hidupnya juga membawa tawanya dan separuh jiwanya akibat diruntun perasaan bersalah. Kini wanita itu ada dihadapannya dan mula mengembalikan semula tawanya. Hampir sahaja dia langsung tidak dapat mengecam wajah wanita itu kerana perubahan wanita itu yang sudah bertudung .

            " Saya mintak diri dulu. Mungkin saya tersilap office " Balas Alia terus mengorak langkah untuk beredar . Lelaki itu sengaja ingin memainkan perasaanya . Membuang masanya. Menghilangkan mood terujanya masuk kedalam syarikat yang ternama. Semuanya hancur disebabkan sergahan dan tindakan bossnya yang sengaja membulinya pada awal kerjanya .

                   Belum sempat Alia keluar membuka pintu , tangannya ditarik lembut oleh Tengku Syahmin. Dia terkejut dengan tindakan drastik lelaki itu. Dia terus menarik kasar tangannya tetapi tenaga lelaki itu lebih kuat berbanding tenaganya. Alia cuba melawan sehingga tangannya menjadi merah. Lelaki itu terus menolaknya duduk semula . Tengku Syahmin mendekatkan wajahnya ke wajah Alia.
                     
Mamat ni nak buat apa ??? Bisik Alia dalam hati. Dia hanya memejamkan matanya kerana tidak mampu melawan lelaki itu kerana tenaganya yang lebih kuat.

            " Kalau kau dah tahu buat silap , mintak maaf. Susah sangat ke ? " Bisik Tengku Syahmin. Wajah itu masih sama sehingga kini.

Dia tetap sama. Dia mula mencari gelak tawa dan senyuman wajah itu dahulu sama seperti mereka bersama dahulu sehinnga wanita itu pergi menjauhkan dirinya. Beberapa saat dia berkhayal dengan dunianya melihat wajah wanita yang dirinduinya itu berada di depan mata sehinnga tidak sedar dia telah membuat wanita itu tidak selesa dengannya .  Tersedar daripada keterlanjuran itu , dia terus menjarakkan dirinya

         " Sorry. Aku tak sengaja " ucap Tengku Syahmin perlahan. Tersedar diatas keterlanjurannya .

Syahmin meraup  wajahnya berulang kali. Tak sedar dia telah melukai hati wanita itu dahulu . Dia tidak mahu mengulanginya lagi . Dia telah berusaha keras untuk menjejaki wanita itu beberapa tahun . Dia tidak mahu usahanya itu membuat wanita itu jauh daripadanya .
               
        Alia mengeluh panjang. Dia hampir menyangka bahawa bossnya itu mahu mengapa ngapakannya. Syukur bossnya sedar akan keterlanjurannya. Tangannya yang merah digosok perlahan. Dia mula menyusun kata .

        " Saya yang patut mintak maaf dengan ketidak sopanan saya terhadap Tengku Syahmin. Saya mintak maaf kerana menjatuhkan nama baik Encik Tengku di dalam lif tadi . Saya mintak maaf. " Perlahan dia menuturkan kata.

          Dulu kau kuat sampai mampu lawan genggaman tangan aku. Tapi sekarang genggaman aku yang tak kuat mana tadi pun kau tak mampu nak lawan apatah lagi pandang muka aku. Dulu kau suka pandang aku dengan mata yang penuh kebencian bila aku usik kau macam ni. Tapi sekarang ? Mana kau yang dulu Mira ?

Tapi , sekarang wanita itu kini lemah dan tidak seberani dahulu. Sebab aku ke dia macam tuh ? Hampir sahaja airmata rindunya itu mengalir.
       
             " Its okay . Aku yang patut mintak maaf . Kau boleh teruskan kerja kau . Oh ya , ni buku semua yang kau kena uruskan sebagai P.A baru aku dan aku harap kau gembira dengan tugas kau . Welcome to Tengku Holdings , Cik Nur Amira Alia Bt Rusli .

Alia keluar setelah beberapa minit dia diberi nasihat tentang jadual Encik Tengku Syahmin yang sememangnya padat sebagai CEO syarikat besar yang ternama . Dia pula hanya perempuan yang tak layak menjadi P.A kepada CEO syarikat itu. Alia merasa dirinya kerdil .

                Kenapa Mira ? Kau dah tak macam dulu yang aku kenal. Dulu kau kasar . Sekarang kau tak mampu pun nak tolak aku ?? Takkan sebab aku kau jadi macam tuh weyhh ?? Kalau tak disebabkan aku , kau takkan berubah macam nih sampai kau tak kenal aku langsung sebagai kekasih kau dulu masa zaman kolej ??? Bisik Syhamin dalam hati .

Masanya banyak dihabiskan dengan termenung dan termenung mencari wanita itu sampailah usahanya sehingga ke tahap ini . Dia sendiri merayu kepada Encik Nazri untuk Alia ditukarkan ke sini . Dia berharap usahanya berjaya untuk memiliki hati wanita itu dan dia akan bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuhnya nanti asalkan bersama Nur Amira Alia Bt Rusli . Dia ingin menebus segala dosa masa silamnya bersama wanita itu . Itu tekad Tengku Syahmim Iskandar Tengku Zahid Hamidi !
                 
              

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now