Bab 75

7.7K 122 0
                                    

Pada hujung minggu itu Tengku Syahmin sudah membuat keputusan untuk berterus terang dengan isterinya. Dia fikir itu sahaja cara yang baik untuk mengelakkan keterusan perhubungan yang dingin diantara semua pihak. Sampai bila hendak dirahsiakan ?

      " Aiman dengan Affiq dah tidur ? Kau duduk sini kejap. Aku nak cakap sikit. " Ujar Tengku Syahmin sambil menepuk nepuk sofa agar isterinya itu duduk disebelahnya. Setelah seharian dia sakit kepala memikirkanya. Dia tidak mahu meneruskan penipuan ini. Dia ingin meredakan hati isterinya. Dia juga mahu isterinya itu berterus terang denganya. Tiada lagi rahsia antara mereka.

       " Dah. Abang dah cakap dengan mama yang abang tidur sini ? Nanti dia risau pulak. " Balas Alia perlahan. Dia mengambil tempat disebelah suaminya. Perasaanya sedikit terusik. Sejak dia kantoi 'menyimpan' Affiq, bahasa suaminya itu sudah tidak selembut dahulu. Panggilanya juga sudah berubah. Mungkin terasa hati dengan kata katanya. Terbawa hati dengan segala apa yang disoroknya.

       " Aku cakap ke tak cakap ke, sekarang ni aku bukan dekat rumah mama. So kau tak payah nak bawak bawak nama mama. " Tengku Syahmin membalas kasar. Bukan itu niatnya. Namun apabila ditenung semula wajah isterinya. Geram menyerbu muka.

      " Alia cakap baik baik kan ? Pleaselah abang. Alia tak nak dingin dengan abang lagi. Tolong fikir pasal Aiman dengan Affiq. Kita selesaikan dengan cara baik. " Balas Alia geram. Dia menjarakkan sedikit dirinya daripada Tengku Syahmin.

     " Ouh sekarang ni kau baru nak fikir pasal Aiman. Fikir pasal Affiq. Waktu kau tinggalkan aku kau tak fikir pulak perasaan dorang ? Perasaan aku siapa yang nak jaga ? " Tengku Syahmin sedikit menjerit. Dijeling mata isterinya yang merenungnya tajam. Sakit hatinya masih berbekas.

     " Abang boleh salahkan Alia. Tapi bukan senang Alia nak keraskan hati Alia terima semua benda. Siapa yang nak bermadu dalam rumah tangga ? Alia tak nak. Alia terpaksa. Alia bukan saja saja nak tinggalkan abang. Alia cuma nak beri ruang pada abang. Tu je. Maafkan Alia. " Alia bersuara perlahan. Tangan suaminya diraih memohon ampun. Dalam banyak banyak hati, hati suaminya itu perlu dijaga. hatinya, cuma DIA saja yang mengerti disaat ketika waktu dia merindui sang suami.

       " Abang dah maafkan semua salah Alia pada abang. Abang tahu hati Alia sakit sebab abang. Tolong jangan pisahkan abang daripada anak anak abang lagi. Abang cuba jadi suami yang baik untuk Alia dan papa yang baik untuk anak anak kita. Abang sentiasa cuba dan berharap dari dulu lagi. " Tengku Syahmin membalas perlahan. Dia mengetap bibir. Rahsia yang masih kemas dalam ingatanya perlahan lahan cuba mahu dirungkaikan dan berharap sepenuh kemaafan.

      " Apa maksud abang ? " Alia menarik tanganya perlahan. Apa maksud Syahmin dari dulu lagi ? Aku tak faham. Alia cuba bermonolog dalam hati. Sedikit berjauhan.

      " Abang Cuba pikat Alia. Lepas tu, bila abang dapat Alia, abang rosakkan masa depan Alia. Abang dan Alia terlanjur waktu kita sama sama sambung belajar. Alia mengandung dan abang tinggalkan Alia untuk kepentingan abang. Abang menyesal sangat dan abang mula sedar yang abang sayang dan cintakan Alia. " Pedih hatinya saat mengingat janji janji yang dipateri. Semuanya hancur berkecai tiada makna. Semuanya bertukar menjadi asuming baginya.

       " Sampai hati abang.... ! " Alia memukul mukul bahu Tengku syahmin yang tidak jauh daripadanya. Kelu. Jadi inilah sebenarnya yang terjadi pada masa silamnya ? Dia dan suaminya terlanjur semasa mereka berdua sama sama belajar dan dia ditinggalkan ?

       " Alia, tapi waktu tu abang terpaksa tinggalkan Alia demi mengejar harapan dan cita cita abang dan keluarga abang. Abang keluar negara sambung belajar. Sebelum abang pergi luar negara, abang janji dengan Alia dan anak kita yang bang akan kahwin dengan Alia dan besarkan anak kita sama sama lepaa abang dah habis belajar nanti. Itu janji abang. " Sambung Tengku Syahmin lagi. Tubuh isterinya dibawa kedalam dakapan untuk ditenangkan. 

       " Anak ? " Soal Alia perlahan. Tergamam. Dia mengandung ? sebelum ini dia mempunyai anak dengan Tengku Syahmin ? Tak ! Tak mungkin ! Air mata Alia laju menuruni pipi.

       " Ya, anak. Anak kita. Anak kita meninggal sehari selepas dia dilahirkan sebab demam panas. Dia ada komplikasi jantung, sayang. Sama macam Affiq. Lepas Alia kemalangan dan tak ingat apa apa. Lepas tu, semuanya menjadi asing antara kita. Alia langsung tak ingat abang. Alia langsung tak ingat sesiapa. Sebab tulah abang berusaha cari Alia sampai dapat ... " Luah Tengku Syahmin. Semakin pedih hatinya meluahkan rahsia yang tersemat didalam hatinya selama ini. Cukup pedih dan sememangnya agak perit.

       " Tapi kenapa abang rahsiakan daripada Alia ?! " Tanya Alia tidak mengerti. Besarnya cinta suaminya kepada dirinya dari dulu sehingga sanggup menahan semua kepedihan ini sendirian. Dari dulu dia tahu. Jika memang DIA berkehendak, cinta Tengku Syahmin tidak akan berhenti mengejar dirinya walaupun dia tidak mampu mengungkapkan masa silam itu berhenti.

       " Abang nak bina hidup baru dengan Alia. Bukan dengan Mira. Abang nak Alia jadi isteri abang. Abang tak nak Mira. Bagi abang, Mira dah cukup dan terlalu menderita sebab abang. Abang nak lupakan Mira. Dan abang harap, Alia lupakan Mira yang dulu. Abang nak Alia yang sekarang. Isteri abang. Mummy anak anak abang. Kalau boleh, abang tak nak ungkit lagi pasal Mira yang dulu. " Tengku Syahmin mengukirkan senyuman. Mira dan Alia adalah orang yang sama dan berjaya membuatnya jatuh cinta untuk kali kedua.

Alia memeluk Tengku Syahmin erat. Dia tidak pernah menyangka cerita cintanya diduga sehebat ini. Mungkin kini dia sudah tahu hikmah yang tersembunyi. Memngajarnya agar tetap tabah dan yakin cinta Tengku Syahmin hanya untuk dirinya saja.

         " Kalau Alia nak tahu, abang tak jadi pun kahwin dengan Mira. Abang lari dari majlis kahwin tu. " Jujur Tengku Syahmin sambil mengukirkan senyuman. Jari jemarinya dari tadi bermain dipipi isterinya. Menyeka setiap butir air mata yang turun.

         " Sampai hati abang tak nak bagitahu Alia. " Alia mencubit peha suaminya dan suaminya menjerit kesakitan. Dia tidak pernah menyangka pengakhiran cerita cintanya seperti ini. Jadi dia tidak akan kehilangan Tengku Syahminlah kan ?

        " Abang tak nak kehilangan Alia macam mana abang pernah hilang Alia dulu dalam hidup abang. Abang tak nak dan abang memang tak sanggup untuk lukakan hati isteri abang ni. Abang tahu Alia sayangkan abang sebab tu abang lari. " Tengku Syahmin mengenggam erat tangan isterinya. Kemudian dikucup perlahan.

        " Ada apa apa lagi yang abang nak bagitahu Alia ? Pasal mama tak habis cakap hari tu abang tak nak bagitahu Alia ke ? Alia tunggu ni. " Teka Alia perlahan. Kata kata Tengku Liyana tempoh hari sering terngiang ngiang. Kenapa ? Mengapa dan apa sebenarnya berlaku ?

        "  Abang terlibat dalam kemalangan dan ... lumpuh maybe ? Bila abang sedar Alia tak datang balik dalam hidup abang, mulanya abang pasrah. Tapi, sebab Aiman, abang kuat. Abang cuba lupakan Alia tapi tak boleh. Takdir tetap nak kita bersama." Tengku Syahmin mengucup dahi isterinya lembut. Moga semua kisah ini akan berakhir segera. Dia sudah sabar ingin melayari bahtera rumah tangganya semula. Namun, esok ada perkara yang harus dia selesaikan. Kejujuran itu penting dalam sebuah perhubungan.

          " Kenapa abang buat macam tu ? Abang ni memang tak sayang nyawa. Abang tak sayang Alia ke sampai kemalangan ni semua ? Mesti kalau Alia tak tanya, abang tak nak bagitahu Alia tadi kan ? " Alia sekali lagi mencubit peha suaminya geram. Kenapa sampai begitu sekali perasaan dia dan suaminya diduga hebat ?

         " Janganlah cubit. Sakit hati abang ni tak sembuh lagi ni. Abang sayang. Sebab tu abang berusaha bangun untuk kuatkan semangat abang. Tapi, bila abang nampak Alia dengan lelaki ..... "

Pap !

Tangan Alia memukul peha suaminya kuat sehingga menjerit. Geramnya !

         " Tu sepupu Alia. Abang jangan nak fikir bukan bukan. Alia tak pernah bercinta dengan sepupu Alia sendiri. Patutlah ababg tuduh Alia curang. Hah, tuduhlah lagi. Piat telinga tu baru tahu ! "

           " Sorry sayang. Abang ni kuat cemburu. Terima kasih sebab jaga cinta sayang untuk abang... " Ucap Tengku Syahmin sebelum bibirnya mengucup sekali lagi dahi isterinya.

Bahagia ! Semuanya sudah terjawab !

      

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now