Bab 79

7.3K 86 0
                                    

En Rusli dan Pn Noraini sudah lama pulang ke rumah kerana uminya tidak berapa nak sihat. Alia mahu saja mengikuti orang tuanya, namun tanggungjawabnya sudah digalas oleh abangnya Nadzmi. Abangnya itu berjaya ditukarkan kerja kesini demi menjaga ibu bapanya yang sudah tua dan uzur. Alia pula jauh daripada keluarga. Jadi, abangnya Nadzmi yang mengambil alih menjaga umi dan abahnya. Namun, setiap minggu pasti dia akan cuba balik ke Selangor.

        " Umi jaga diri tau. Adik jauh dekat sini. Nanti kalau ada apa apa call adik. Setiap minggu adik cuba balik dengan abang Syahmin. Umi janganlah risau. " Tutur Alia dengan esakan tangisnya yang tidak mahu berhenti dalam pelukan Pn Noraini. Rasa berat hatinya ingin berpisah dengan keluarganya sekali lagi.

         " Adik janganlah risau. Abah dengan abang ada jaga umi. Adik tu dah ada tanggunjawab lagi besar. Kena pandai uruskan keluarga. " Pesan Pn Noraini kepada anak bongsunya. En Rosli pula hanya mendiamkan diri. Beginilah jadinya. Sikit sikit tidak boleh berpisah. Drama penuh dengan air mata.

         " Adik jangan risaulah. Abang ada jaga umi dengan abah. Kalau tak sibuk baliklah jenguk abah dengan umi. Bawak sekali anak buah abang ni hah. Nakal nak mati budak kecik ni. " Sampuk Nadzmi. Tanganya mencubit pipi tembam Tengku Aiman.

Puas betul dia. Semalam sudah dibawa jalan jalan oleh pak long Nadzmi. Bertimbun permainan yang diangkutnya pulang. Aik maklumlah, paklongnya ini sudah dinaikan pangkat. Tapi dengan syarat, permainan itu perlu dikongsi dengan anak buahnya lagi seorang, Tengku Affiq. Mana tidak seronok mereka berdua apabila disogok permainan baru. Kapal terbang papanya juga sudah tidak dihiraukan. Mereka lebih gemar bermain kereta alat kawalan jauh. Berkali kali juga kereta itu melanggar kaki papa mereka. Sudahnya, alat kawalan jauhnya dirampas. Hahaha. Budak budak.

Alia tersenyum sendiri dengan kenakalan anak mereka berdua. Nakalnya Ya Rabbi. Mengalahkan dia waktu kecil dahulu. Tengku Syahmin pula asyik dengan buku novel milik Alia 'Akhirnya Aku Kahwin'. Cerita itu menarik oerhatian suaminya selepas dia sendiri gelak terbahak bahak membacanya dua hari lepas walaupun dia tidak berapa nak sihat. Asyik pening dan mual.

         " Abang, kenapa abang pergi waktu Mira nak duduk dengan kita ? Dia cuma nak mintak maaf dengan kita je kot. Tak baik abang tinggalkan Mira tadi. "  Luah Alia tidak puas hati. Geram. Bila orang buat jahat, marah. Bila nak buat baik tak nak. Alia merampas buku novel ditangan suaminya. Inginkan perhatian daripada sang suami. Kesian dia melihat Tengku Amira tadi.

         " Alia, tak naklah bangkit hal ni. Abang penatlah sayang. Bukan. Bukan tu maksud abang. Abang dah lama maafkan Mira. Tapi bila abang berdepan dengan dia, abang benci. Tolonglah faham perasaan abang. Abang tak nak ingat benda lama dengan dia lagi. " Tengku Syahmin menarik isterinya ke dalam dakapan. Sekali lagi terlepas juga rahsia yang disimpanya kemas. Rahsia dimana dia pernah berkahwin dan bercerai dengan sepupunya itu merangkap bekas tunang adiknya Tengku Syahril. Malas betul dia hendak cerita.

         " Benda lama ? Apa tu ? Alia tahu tak ? " Duga Alia. Tubuh suaminya ditolak sedikit. Rupanya ada lagi yang suaminya sorokkan daripada pengetahuanya. Dia benar benar tidak sangka. Wajahnya dimasamkan.

         " Ya, abang mengaku. Abang pernah berkahwin dengan Tengku Mira dulu. Dia pernah jadi tunang Syaril jugak. Abang rampas tunang adik abang sendiri. Tapi, lepas tu kitaorang bercerai sebab abang dapat tahu dia curang belakang abang. " Luah Tengku Syahmin selepas dia kembali menarik tubub isterinya rapat pada tubuhnya. Kenapalah isteri aku ni sensitif sangat ni ? Takkan pembawakkan budak kot ? Isteri aku mana ada mengandung lagi. Direnung sekilas perut isterinya. Dia yakin bukan ini sebabnya.
  
         " Kenapa ? Kenapa abang buat macam tu ? Abang curang belakang Alia dekat overseaslah kan ? Bajet kata nak nak kahwin lepas balik Malaysia. Sekali, kahwin dengan orang lain dekat sana. Bencilah abang ni ! Abang memang tak fikir perasaan Alia waktu tu kan ? " Alia melepas geram. Air mata bergenang kecil.

Alia mencubit peha suaminya yang beralaskan kain pelekat nipis. Padan muka ! Entah kenapa hatinya rasa sakit tiba tiba. Biarpun dia tidak mengingati apa apa, tapi rasanya cinta yang dia berikan telah dipermainkan. Geram. Suaminya itu tidak setia hanya kerana dia sudah hilang ingatan dan jauh daripadanya. Sama saja hatinya terasa dipermainkan.

         " Habis sayang tu. Bertunang dengan Farish tu apa ? Bukan curang jugak ke ? " Usik Tengku Syahmin. Dia tahu segala galanya. Segala galanya sudah diceritakan oleh Tengku Farish ketika dia menghalau isterinya ini dahulu. Dia saja yang tidak pandai menjaga cinta mereka berdua walhal sehingga dia berkahwin dan bercerai.

Walaupun isterinya dikatakan bertunang, namun tunang itu hanya olok olok saja. Isterinya tidak pernah curang. Pantas saja apabila dia membawa sepupunya ke rumah ibu bapanya, riak wajah isterinya tampak berubah. Ingatkan dialah yang merampas tunang sepupunya, rupanya mereka berdua tidak pernah bertunang. Dia juga amat berterima kasih kepada Tengku Farish kerana merawat isterinya dahulu di Singapura 

          " Abah yang cakap Farish tu tunang Alia. Alia mana tahu. Tapi kitaorang dah putus sebab Tengku Amira kata Farish ada rosakkan orang. Bila Alia tahu tu fitnah, itu pun lepas Alia kahwin dengan abang. Alia tak cintakan Farish. Abang ni kan ... Alia tak pernah curanglah. Abang tu yang curang. Farish dah jujur dengan Alia yang dia bukan tunang betul betul pun. Dia yang jaga Alia waktu Alia sakit. Alia cuma anggap dia macam abang je. " Alia menarik wajah masam lagi. Geram. Rupanya dia juga berahsia. Terlupa dengan perkara lalu itu 

          " Abang tahu sayang. Abang tahu abang curang dengan sayang dulu. Abang mintak maaf sebab sayang bukan akad pertama abang. Tapi, sayang akad abang yang terakhir tau. " Tengku Syahmin mengucup dahi isterinya lembut. Diraih tangan isterinya dan digenggam kemas. Didalam hatinya begitu bahagia. Akhirnya dia disatukan juga dengan wanita yang benar benar menyayanginya. Terima kasih.

Alia membalas pelukan suaminya. Abah dan uminya pesan, apabila berbincang perlukan hati yang ikhlas dan kesabaran. Bukan menggunakan amarah. Apabila menggunakan kelembutan dan bertanya baik baik, pasti orang yang di ajak berbincang akan sama juga lembutnya. Itulah rahsia rumah tangga yang baik. Perbincangan yang baik menggunakan emosi yang baik dapat penghasilkan runah tangga yang baik dan harmoni. Terima kasih abah dan umi sebab selalu ajar adik bersabar.

Dalam kehidupan, sebenci mana pun kita kepada seseorang, memberi peluang dan kemaafan itu penting dalam perbaiki hubungan yang lebih baik. Jika perlu bertegas, perlulah bertegas dalam membuat keputusan. Jika berbincang perlulah menggunakan kata kata baik. Kerana perbincangan yang baiklah, abah dan umi dapat bersama sehingga kini. Mereka berdua pernah bergaduh kerana anak bongsu mereka pernah mencoreng arang ke wajah mereka. Perkara itu benar benar mengecewakan hati abahnya.

Syukur.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant