Bab 31

6.7K 143 1
                                    

Kali ini kusadari
Aku telah jatuh cinta
Dari hatiku terdalam
Sungguh aku cinta padamu
Cintaku bukanlah cinta biasa
Jika kamu yang memiliki
Dan kamu yang temaniku seumur hidupku

Alia memasuki bilik pengantin yang dihias indah dan bunga bungaan yang segar . Mujurlah tiada tanda tanda kelibat suaminya didalam bilik itu . Dia duduk dimeja solek . Tudung yang dililit pada lehernya sungguh merimaskannya . Sementara tiada suaminya , boleh lah dia segarkan badan terlebih dahulu .

Alia cuba merungkai jarum yang tersangkut dikepalanya . Asal susah sangat nih? Bebel Alia dalam hati .

Dia cuba menguraikannya tapi masih tidak boleh dirungkaikan . Akhirnya dia sendiri mengalah . Dia melepaskan keluhan panjang . Tapi bila difikir lagi , sebentar nanti suaminya akan memasuki bilik itu . Dia ingin kurangkan rasa tidak selesanya .

Alia tetap cuba merungkaikan masalah jarum penitinya yang tersangkut . Pesanan uminya juga sedang bermain dalam fikirannya . Pesannya supaya dia melayani suaminya dengan baik dan cuba melengkapkan diri sebagai seorang isteri yang dituntun dalam agama .

Namun tiba tiba ada tangan yang hadir cuba merungkaikan sesuatu yang tersangkut pada tudungnya . Ya . Tangan Tengku Syahmin yang membantunya . Mahu tidak mahu dibiarkan sahaja . Akhirnya susah payahnya berakhir juga .

Tengku Syahmin yang hanya memakai baju T dan kain pelekat direnung tajam dan terkejut. Rambut lelaki itu yang basah menunjukkan lelaki itu telah selesai mandi . Tapi bila ? Sedarinya tadi , dia tidak mendengar sebarang deru air yang menunjukkan tanda tanda ada seseorang yang sedang mandi . Dia pelik .

Isterinya menanggalkan tutup kepalanya . Rambutnya yang panjang dilepaskan . Tersentuh hati lelakinya . Dulu rambut wanita itu panjang mencecah bahu sahaja dan hanya ditutupi dengan capnya yang lusuh . Namun kini rambut wanita itu sudah panjang mencecah ke pinggang dan memakai tudung . Terdetik dihatinya untuk mengelus rambut isterinya itu .

Alia yang perasan akan suaminya yang memandangnya tidak berkelip terus berdehem . '' Kenapa abang pandang Alia macam tu ? '' Tanya Alia seterusnya mematikan lamunan suaminya . Dia menyanggul rambutnya . Seterusnya mencapai tuala.

'' Tak . Tak ada apa " Balas Tengku Syahmin tergagap . Dia sendiri terpaku dengan kecantikkan wanita itu . Jika bukan kerana dia tidak penyabar , sudah lama dia ingin memeluk isterinya itu . Kenapa dulu kau tak macam ni ? Dia teruja dengan gelaran yang dipanggil oleh isterinya itu .

'' Abang kemaslah barang abang sikit sikit dulu . Nanti lepas Alia mandi Alia kemaskan . Dia terus berlalu ke bilik mandi . Dia rasa badanya sudah terasa sangat melekit sehingga dia tidak selesa langsung .

Tengku Syahmin hanya menghantar pandangan matanya kepada isterinya sehingga bayangan isterinya itu hilang dibalik pintu bilik air. Dia sendiri terpaku dengan kecantikkan isterinya . Kalau dahulu wanita itu tiada langsung daya tarikkan. Tapi kini dia mengaku dia sudah jatuh cinta dengan wanita itu. Walaupun sebenarnya dari dahulu lagi dia mencintai wanita itu.

Tengku Syahmin meniup niup rambutnya yang terjuntai didahi. Entah mengapa dia merasa gementar. Sekejap sekejap dia berkalih ke kiri. Sekejap sekejap dia berkalih ke kanan.

Hadoi. Sasau aku macam nih ! Kau memang sengaja ke macam mana lama lama dalam bilik air tu ? Kau memang nak duga iman aku ke macam mana ? Alia.... Alia.... Tengku Syahmin memandang pintu bilik air yang tertutup rapat. Lama dia memandang sehingga pandanganya bertukar menjadi pandangan yang geram.

" Encik Syahmin ni kenapa senyum sorang sorang ni ? Gila ke ? " Tegur Amira Alia pelik melihat suaminya yang macam orang kena sasau.

Apalah ! Aku pulak yang fikir macam tu ? Malu aku ! Apsal aku ni ? Kan dah kena gila ? Haduhai ! Kau pun dah kena sampuk dengan isteri kau yang suka mengelamun je !

Tengku Syahmin berbaring berlapikkan tangannya. " Mana ada. Kau baru masuk ke ? Ermm kau dah solat isyak ? Kalau belum , pergilah solat cepat. Aku dah solat dah. Aku nak tidur . Kau jangan tak mandi pulak. " Tengku Syahmin terus memalingkan badanya daripada menghadap isterinya yang sedang ingin mandi.

Apalah. Ingatkan apa ? Tu je ke nak bagitahu ? Buang masa je layan. Amira Alia terus menyelinap masuk ke dalam bikik air. berdoa agar suaminya terus tidur dan tak bangun bangun untuk menuntut sesuatu. Amin !

Dikerling sepi dan kosong tempat disebelahnya. Dicapai patung biri biri besar disudut katil itu. Ya, pemberianya. Patung biri biri yang menghilangkan tanggapan wanita itu adalah pisau cukur atau bercinta denganya kerana duit.

" Apa ni Syahmin ? Serius ke ni? " Ujar Amira Alia penuh gembira. Dipeluk patung biri biri itu yang berbulu gebu dan putih bersih.

Tengku Syahmin sedikit terusik dengan senyuman manis wanita dihadapanya. Selama ini dia tidak oernah membelikan apa apa untuk wanita itu dan wanita itu tidak pernah meminymtanya membelikan apa apa kecuali aiskrim aiskrim dan aiskrim yang tidak semahal emas permata atau berlian untuk ditelan.

" Untuk kaulah. Kau suka ? Aku suka kalau kau suka. Selama ni pun kau tak pernah mintak belikan apa apa. So why not kali ni aku belikan ni ? Aku perasan yang hari tu kau macam nak telan je kan patung ni ? " Tengku Syahmin tersenyum mesra apabila wajah Amira bertukar merah dan malu.

" Kau perasan ? Kalau macam tu kau ambiklah balik. Aku nak beli waktu aku ada duit nanti. Aku taknak hutang or guna duit kau. Abah aku tak pernah ajar aku guna duit orang atau ambik kesempatan atas orang. I tak nak. " Amira sedikit kecewa. Walaupun pada mulanya dia teruja namun ....

" Buruklah siku aku macam tu kau ni pun. Ambik jelah. Anggap je aku bagi ikhlas. Hmm.... okay ? " Pujuk Tengku Syahmin manja. Memang benar dia ikhlas membeli patung itu untuk wanita itu. Dia sama sekali tidak berkira.

Amira ketawa. Bayangan itu menghadirkan ketawa kecil daripada Tengku Syahmin. Akhirnya dia sedar bahawa kesederhaan wanita itulah yang membawa bait cintanya dengan wanita itu. Sehingga kini sehingga dia bertekad untuk menjadikan wanita itu isteri sahnya.

Akhirnya Tengku Syahmin terlelap dengan asyikan masa lalunya dengan wanita yang kini bergelar isteri kepadanya. Sungguh perasaan bersalah mengkhianati cinta wanita itu kini sudah terhakis sedikit demi sedikit.

Sudahlah tadi mengelamun entah apa apa dengan bini sendiri. Tak pasal pasal kena panggil gila. Haish bini pulak garang nak mati. Pening aku !


Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now