Bab 46

6.3K 117 0
                                    

       '' You mengandungkan anak I ?! '' Jerit Tengku Syahmin . Mujur juga isterinya tidak berada didalam bilik . Penyataan Tengku Amira menjerut lehernya . Tidak mungkin dia sekeji itu menodai sepupunya sendiri . Tengku Amira memang gila mungkin !

Alia yang mendengar penyataan itu terus menghempas pintu bilik . Dia terus mencapai kunci keretanya . Pedih hatinya mendengar penyataan itu keluar dari mulut suaminya sendiri .
        Apa pula kali ini ? Suaminya curang dibelakangnya ? Mengandung pula tu ? Apa tidak layakkah anaknya ini berbapakan Tengku Syahmin ? Fikirannya sekarang ini bercelaru. Kakinya melangkah laju menuruni anak tangga . Dia sekarang sudah berada didepan pintu keretanya . Namun tangannya ditarik kasar oleh suaminya .

      '' Apa ni ? Sakit lah ! Lepas ! " Marah Alia . Matanya merenung wajah suaminya dengan pernuh benci dan geram bercampur baur dengan rasa sakit hatinya . Dia cuba merungkaikan tangan suaminya daripada menggenggam tangannya .
    
     '' Sayang jangan salah faham dengan abang . Apa yang sayang fikir semua ni tak betul , sayang '' Pujuk Tengku Syahmin lembut . Isterinya itu tetap cuba ingin merentap tangannya .
       
       " Sudahlah ! Alia taknak tahu apa apa pun . Lepaslah ! Sakit tahu tak ! " Marah Alia. Namun tangannya tidak berjaya dilepaskan .

Tengku Syahmin menutup pintu kereta isterinya . Dia merampas kunci kereta . Dia merenung wajah isterinya yang merah menahan geram . Hanya disebabkan salah faham itu sahaja isterinya itu mahu melawannya ? Tangan isterinya itu diheret masuk kedalam rumah . Dia tidak berniat untuk mengasari isterinya itu dalam keadaan begitu tapi dia benar benar tidak mahu kehilangannya .
      
      Dia terus mengheret tangan isterinya hingga ke tingkat atas . Dia tahu walaupun isterinya itu merengek rengek minta dilepaskan . Tengku Syahmin memaksa isterinya duduk atas katil . Tangan isterinya itu dilepaskan . Pintu bilik dikunci rapat . Selepas dia menutup pintu bilik itu wajahnya ditampar kasar oleh isterinya .

       '' Jangan paksa abang , Alia ! Abang tak nak guna kekerasan . Alia tuh tengah  pregnant . Dengar cakap abang dulu tak boleh ke ? Nak jugak ikut kepala otak sendiri tuh kenapa ?! '' Marah Tengku Syahmin . Bengang dengan tindakan isterinya yang tidak mahu mendengar penjelasannya . Selalu membuat keputusan sendiri .
     
Isterinya itu menangis . Bukan maksudnya untuk membuat isterinya menangis. Tengku Syahmin mendekatkan dirinya . Namun isterinya itu berpaling seakan tidak mahu memandang wajahnya .

      " Sayang , abang minta maaf . Abang tak ada niat nak kasar dengan sayang . Kasar dengan anak kita . Abang minta maaf okay ? Boleh tak sayang dengar cakap abang kejap ? '' Pujuk Tengku Syahmin sambil menggenggam tangan isterinya itu .

      '' Alia taknak dengar apa apa pun . Tepilah ! Alia nak keluar ! '' Marah Alia . Dia terus menolak suaminya dan terus mencapai kunci kereta pada tangan Tengku Syahmin . Alia berlalu pergi .

         '' Kenapa Alia degil sangat cakap abang ? Selama ni tak cukup baik ke abang layan Alia ? Hmm ? Alia selalu tak nak bagi abang peluang " Pujuk Tengku Syahmin sambil melangkah tangga mengikut Isterinya menuruni tangga .

Isterinya memang dasar keras kepala dan degilnya setinggi langit mungkin agaknya . Dia pula hanya mengikuti langkah isterinya dari belakang .
   
      '' Abang tak jujur dengan Alia selama ni ! Kenapa baru sekarang abang nak ungkit semua kebaikkan abang tu ? Penat Alia tunggu untuk abang jujur dengan Alia. Tapi sampai sekarang abang tak pernah jujur pun pasal masa silam abang dengan Alia dulu ! " Hembur Alia . Dia penat untuk lakonan baik suaminya itu .
 
Dia sudah tahu kenapa semua orang merahsiakan masa silamnya . Tengku Syahmin yang dulunya sangat membenci dirinya dan sekarang lelaki itu berkahwin dengannya untuk membalas dendam . Dia akan ditinggalkan !

       Alia terjumpakan gambar kolejnya bersama suaminya itu . Gambar itu dijumpai didalam bilik kerja suaminya . Selama ini suaminya itu langsung tidak membenarkannya masuk kedalam ruangan bilik itu . Itulah alasan suaminya . Dia juga terjumpakan diari suaminya . Semua itu tertulis tentang perihalnya .
    
Dia tidak akan percaya pada suaminya lagi . Tengku Syahmin sekali gus mengheret semua kepercayaan dan kasih sayangnya kepada lelaki itu . Kenapa semua orang ingin merahsiakannya ? Termasuklah umi dan abahnya . Patut sahaja umi dan abahnya setuju dengan perkahwinan mereka. Semua sudah berpakat dari awal lagi .

         Tengku Syahmin memegang kedua dua bahu isterinya kasar

      " Siapa suruh kau masuk dalam bilik aku ?! Aku dah cakap dengan kau jangan sesekali masuk dalam bilik aku yang kau susah sangat dengar cakap suami kau ni kenapa ?! '' Marah Tengku Syahmin tiba tiba.

Dia tidak pernah suka ada sesiapa masuk kedalam bilik kerjayanya sesuka hati . Marah merasuk hatinya . Ibubapanya juga dilarang keras untuk memasuki kedalam bilik itu .
     
       " Suami ? Suami kau cakap ? Eh kalau tak disebabkan aku hilang ingatan , aku tak hingin punlah kahwin dengan kau ! Penipu ! '' Balas Alia . Baru ketika ini dia berani menentang pandangan mata suaminya.

Sakit hatinya ketika itu . Jika seorang sahaja yang menusuk pisau itu boleh lagi diterima . Namun mama , ayah , umi dan abahnya juga turut menusuk pisau kedalam hatinya . Koyak hatinya ketika ini .

       Tengku Syahmin seakan dipanah petir mendengar balasan isterinya . '' Kau dah pancing kesabaran aku kau tau tak ! '' Jerit Tengku Syahmin lalu menolak isterinya kasar pada pasu bunga besar ditepi pintu luar rumahnya menyebabkan isterinya tersungkur jatuh .

Senak perutnya mencucuk cucuk . Alia sudah tidak tahu apa yang perlu dilakukan . Dia cuba berharap anaknya itu selamat . Alia mula mengerang kesakitan yang teramat pada rahimnya .
     
     Tengku Syahmin hilang punca . Dia melihat isterinya itu telah terbaring lemah . Apa aku dah buat ni ?!

     '' Alia ! Tahan kejap . Kita pergi hospital ! '' Tengku Syahmin terus mencempung tubuh isterinya dan dimasukkan kedalam kereta.

Darah yang mengalir pada kaki isterinya itu benar benar membuatkannya risau . Arghhh ! Ni semua salah aku ! Marah Tengku Syahmin pada dirinya .
     
       Wajah isterinya itu sudah berpeluh peluh . Namun suara isterinya itu minta dilepaskan menyentap hatinya . Jika dia tidak berkasar , Alia juga tidak akan berkasar kepadanya . Salahnya menebal . Ya . Dia memang penipu . Namun cintanya kepada wanita itu tidak pernah menipu . Cemas , risau , buntu rasanya melihat isterinya itu kini terkulai layu .
       
      " Alia benci abang .... '' Ucap isterinya perlahan . Dahi isterinya dikucup lembut . Tangan isterinya digenggam kemas . Kerana egonya dia sekejam itu menyakiti isteri dan anaknya . Dia tidak sengaja . Dia tiada niat hendak mengasari isteri dan anaknya . Sungguh bukan itu niatnya .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora