Bab 41

6.5K 120 0
                                    

" Sayang balik dulu . Abang balik lambat sikit . Abang ada hal dengan Wan . Sayang jangan tunggu abang balik , sayang tidur je dulu , okay sayang ? '' Pesan Tengku Syahmin sebelum dia bertolak meninngalkan rumah.
Namun sudah hampir jam 2 pagi dia menunggu suaminya . Selalunya suaminya itu tidak pernah pulang lewat seperti biasanya . Dia risau . Hatinya tidak tenang .

Tidak pernah pernah suaminya itu pulang lewat pada kebiasaannya . Risau sungguh hatinya . Dia cuba mendail nombor suaminya tapi tiada dalam talian . Kenapa abang buat Alia risau ? Bisik hatinya.
Airmatanya tidak dapat dibendung dan akhirnya menitis jua . Sekarang jam menunjukkan ke angka empat pagi . Sudah dua jam dia menunngu kepulangan suaminya namun tiada sebarang tanda tanda suaminya itu pulang kerumah .
Akhirnya Amira Alia terlelap juga disofa ruang tamunya.

Mujur juga ayah dan ibu mertuanya tidak sedar kerisauan hatinya menunggu Tengku Syahmin . Pintu dikuak perlahan . Tengku Syahmin sayu hati melihat susuk tubuh isterinya yang sedang tidur lena disofa . Dia mendekatkan dirinya kepada isterinya yang sedang tidur . Secara tidak langsung telah mengejutkan isterinya .

" Abang dah balik ? Kenapa abang lambat balik ? Alia risau '' Amira Alia terus memeluk Tengku Syahmin . Dia melepaskan keluhan panjang . Mujurlah suaminya itu balik dalam keaadaan yang selamat .

Amira Alia didakap erat . Pedih hatinya melihat isterinya itu memeluknya . Menggunung rasa bersalah terhadap isterinya yang menunggunya sehinga terlena . Dia tidak tahu bagaimana hendak dikhabarkan kepada isterinya tentang kejadian yang baru menimpanya . Air matanya mula bertakung ditubir mata .

" Sayang kita naik dulu . Lepas tu nanti abang cerita . Dah lap air mata tu . Abang tak suka tengok sayang nangis macam nihh .... " Airmata isterinya diseka perlahan . Dia terus membawa isterinya memanjat tangga . Dia ingin melepaskan rasa resah hatinya .

Di bilik Tengku Syahmin terus membuka baju dan mencapai tualanya yang tersidai dibalik pintu bilik . Dia terus menghilangkan diri dibalik pintu bilir air . Amira Alia hanya memandang sepi kelibat suaminya yang hilang.
Resah hatinya semakin menebal . Apa agaknya yang disorokkan oleh Tengku Syahmin ? Amira Alia menunggu penuh sabar sehingga suaminya selesai mandi .

Tengku Syahmin yang sudah berbaju dan berkain pelekat mendapatkan isterinya di birai katil selepas menunaikan solat isyak dan solat sunat . Songkoknya diletakkan di atas meja tidur . Tengku Syahmin mencapai tangan isterinya kemudian tangan isterinya itu dikucup perlahan . Alia hanya memandang sayu wajah suami dihadapannya . Lama .

'' Sayang , walau apa pun yang abang nak cerita ni , abang harap sayang percayakan abang . Abang harap sangat sayang percayakan abang walaupun abang tahu sayang susah nak terima " Kata Tengku Syahmin perlahan . Wajah isterinya itu kian berubah .

Apa yang dia nak sampaikan ? Aku harap aku dapat terima dengan ikhlas . Doa Alia dalam hati . Wajah suaminya itu ditatap lama . Dia takut jika dia tidak dapat menerima kenyataan yang bakal diucapkkan oleh suaminya . Hatinya semakin risau .

. '' Abang kena tangkap basah dengan Tengku Amira " Ucap Tengku Syahmin . Air matanya gugur mengucapkan kata kata terakhir itu . Dia sendiri pedih untuk menyatakan perkara itu apatah lagi hati isterinya untuk menerima .
Alia menarik perlahan tangannya dari genggaman suaminya . Luluh hatinya .
Berkecai dan berkecamuk perasaannya . Ya . Itulah perkara yang membuatkan filkirannya runsing . Dia juga seakan tidak percaya apa yang didengarnya . Namun semua itu terluah daripada mulut suaminya sendiri bukan dari mulut sesiapa .

'' Sayang , percayalah cakap abang . Abang tak buat semua tu . Abang dah nak ontheway balik waktu tu . Tiba tiba je kereta abang kena sekat . Lepastuh abang pengsan dan tak ingat apa dah . Bila abang bangun je Jais dah ada depan mata abang " Luah Tengku Syahmin.
Dia memang tidak menduga perkara itu terjadi sehingga menggoyahkan kepercayaan isterinya sendiri . Dia akur dia pernah silap dulu dan kerana kepergian wanita itu senyuman dan tawanya diragut . Namun kali ini dia tidak mungkin akan tersilap lagi .

Dia benar benar sayang akan isterinya itu walaupun dia tahu kenyataan jika isterinya itu tidak hilang ingatan , dia adalah lelaki paling dibenci oleh wanita itu . Dia hanya pasrah dengan ketentuan jika itulah takdirnya tapi bukan ketentuan takdirnya harus bersama dengan Tengku Syahmin . Pedih benar hatinya .
Kata kata suaminya didengar sepi . Antara hendak percaya ataupun tidak terpulang padanya . Namun dia tahu suaminya itu tidak bersalah . Entah kenapa hati kecilnya menentang tapi fikirannya menyangkal yang menyatakan suaminya tidak bersalah . Dia terus bingkas bangun dan menjarakkan dirinya dari Tengku Syahmin . Namun Tengku Syahmin terus memeluk kakinya .
Alia menjadi bingung . Dia tidak mahu dikatakan hina . Dia tidak pernah ingin membenci tapi kelakuan suaminya itu merentap hati nuraninya . Lelaki itu melayaninya dengan baik . Lelaki itu juga membuat dirinya rasa dilindungi .

" Abang , jangan macam ni . ..... '' Alia terus menarik tangan suaminya untuk melepaskan kakinya namun suaminya itu masih tidak bahu berganjak sedikit pun.
Akhirnya dia sendiri mengalah dan duduk menghadap wajah suaminya yang basah dengan airmata .

Entah mengapa dia takut kehilangan isterinya itu . Wanita itulah yang membuat dia gila bayang dan dilamun rindu dengan segunung rasa bersalah . Mana mungkin dia bersedia kehilangan isterinya itu buat kali kedua ?
Tengku Syahmin memeluk isterinya . Lama mereka berdua dalam keadaan begitu . Hujan yang turun tidak dapat mengilangkan hangat kasih Tengku Syahmin kepada isterinya . Sumpah memang dia sungguh mencintai wanita itu .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now