Bab 80

7.6K 98 0
                                    

Abah sedang berbual bual dengan Tengku Syahmin dan abang Nadzmi manakala Alia pula sibuk muntah muntah didapur. Umi ada membantunya. Malam tadi saja dia tidak dapat melelapkan mata kerana tidak enak badan. Nasib baiklah suaminya itu tidak perasankan apa apa perubahan pada dirinya.  Mujur juga abah dan suaminya diluar rumah. Kalau didalam rumah, pasti saja dia akan terus kantoi bahawa dia sedang mengandung sudah dua bulan.

       " Adik mengandung ke ? " Soal Pn Noraini. Resah saja anaknya ini. Dia terus membuat spikulasinya. Mungkin juga anaknya ni sedang berbadan dua. Risau pula dia.

       " Err.. umi, jangan bagitahu abang Syahmin ya ? Nanti tak supriselah Umi. Bolehlah umi ya ? " Pujuk Alia sambil menayangkan sengihan. Kantoi sudah. Haish, kau ni pun satu. Dengan umi sendiri mana boleh tipu. Kan dah kantoi ? Dia lebih makan geram. Mesti umi tahu tanda tanda orang mengandung ni apa.

       " Ya Allah bertuah betul adik ni ! " Marah Pn Noraini. Dicubit lengan anaknya geram. Mengandung bukan perkara main main. Suka suka hati saja anaknya itu merahsiakan dan meminta dia menutup mulut.

       " Aduh ! Sakitlah umi. " Adu Alia. Tanganya menggosok bekas cubitan uminya yang menyengat. Kalah dia mencubit Tengku Syahmin.

        " Nanti bagitahu. Jangan tak bagitahu. Anak dia jugak tu. Adik jangan nak main rahsia rahsia pulak. Tak baik buat suami macam tu. Umi report dekat abah baru tahu. " Tegas Pn Noraini berbicara. Dicubit lagi lengan anaknya. Hish geramnya aku dengan anak bongsu aku sorang ni. Dah jadi mak budak pun perangai macam budak darjah satu. 

       " Yelah. Nanti adik bagilah tahu. Nanti abah nak bawak umi pergi klinik nanti umi belikan adik alat tu tau umi. Sayang umi ! " Alia membodek Pn Noraini. Lengan uminya digenggam erat minta belas kasihan. Haduh, macam mana pula uminya berada didapur tadi ? Okey lagi daripada Syahmin yang ada dekat dapur. Kan ?

Cup !

Ciuman singgah dipipi kanan Pn Noraini. Haish anak bongsu aku ni. Ada ada jelah. Omel Pn Noraini sendirian. Selepas itu menantunya yang baru disebut sebut tadi pula masuk kedalam ruang dapur selepas Alia melarikan diri kedalam bilik. Panjang betul umur budak nih.

       " Umi cakap apa dengan isteri Syahmin tu ? Serius je bunyinya. Bagitahu apa umi ? Macam ada benda je umi sorok daripada Syahmin ? " Duga Tengku Syahmin. Pelik ! Riuh saja bunyi dapur didengarnya. Pantas saja dia ke dapur untuk mencari kelibat si isteri. Mahu mengajak isterinya ke pekan sekejap.

       " Sibuklah. Syahmin tu tengok tengokkan adik tu hah. Semacam je umi tengok. Dia tengah meng .. " Pn Noraini mencubit lengan menantunya tak jadi meneruskan kata kata. Anak dengan uminya sama saja. Kuat mencubit. Boleh lembik tanganya kalau macam ini hari hari.

Dia tengah meng apa ? Mengigau ? Menggila ? Mengidam ? Atau ... mengandung ? Bini aku ni dah kenapa ? Apa lagi yang dia buat sampai aku tak tahu ni ? Umi ni pun satu. Cakap sekerat sekerat. Ni yang aku suspen ni. Marah Tengku Syahmin dalam hati. Terus saja dia mencapai segelas minuman dan membasahkan tekaknya. Seronok juga seminggu cuti. Takdelah kena fikir itu ini. Urusan pejabatnya pula diserahkan penuh kepada PAnya.

Selepas dia mencuba alat kehamilan yang dibelikan oleh abahnya di farmasi, dia tahu dia tidak salah meneka. Dia benar benar sedang mengandung. Ini semua salah suaminya yang mengada ada selepas balik daripada Singapura. Dia juga bersalah kerana telah menggoda suaminya sendiri yang baru balik petang itu. Inilah hasilnya. Dia mengandung lagi ! Ini adalah berita kedua terbaik dan menggembirakan. Berita pertama adalah anak keduanya, Tengku Affiq sudah menyatakan hasratnya hendak berjalan semula. Gembiranya dia.

Tengku Affiq pula sudah mahu berjalan tanpa menggunakan kerusi roda lagi. Syukurlah doanya selama ini dimakbulkan agar dibukakan pintu hati Tengku Affiq agar mempunyai keinginan hendak berjalan seperti kanak kanak lain.

       " Mummy, Affiq nak jalan lah. Mummy tolong Affiq ya ? "

Permintaan anaknya itu membuatkan Alia sehingga mengalirkan air mata bahagia. Mungkin tidak puas bermain dengan sepupunya yang lain anak abangnya Nadzmi. Sejak itu, Tengku Affiq sudah pandai berdikari dan sekali sekala saja dia menggunakan kerusi roda. Dia bermain juga tidak boleh terlalu penat. Takut cepat letih dan penyakit jantungnya menyerang semula.

Tengku Affiq sudah tidur. Baru saja tidur selepas ditidurkan oleh Tengku Syahmin. Anak keduanya itu benar benar manja sama sepertinya. Hendak tidur saja perlu ada papa dan mummynya yang menidurkanya. Tidak seperti Tengku Aiman. Bila bila dia nak tidur dia akan tidur. Itupun sebab dia penat bermain. Jika dipkasa membuat latihan ABCnya dan mengira, dia akan mencari alasan. Malas hendak belajar. Akhirnya Alia tertidur sendiri.

        " Eh ? Apa ni ? " Soal Tengku Syahmin sendirian. Alat ujian kehamilan dibelek belek. Senyuman terukir dibibirnya. Direnung pula tubuh isterinya yang sedang berbungkus dengan selimut. Jadi meng petang tadi, mengandunglah kan umi ? Pandai umi bagi hint. Terima kasih, umi.

        " Ouh nak sorok eh ? Sorry sayang, sayang careless. Abang dah tahu. " Tengku Syahmin tergelak kecil. Dikucup pula pipi isteri tercinta sehingga bergerak kecil. Nak simpan dengan abang, sorrylah. Tengku Syahmin tersenyum penuh makna. Selepas itu dia melompat ke atas katil dan matanya merenung wajah isterinya tidur menghadapnya.

        " Terima kasih sayang. " Ucap Tengku Syahmin seakan berbisik. Dicuit hidung isterinya perlahan. Bibirnya tidak berhenti daripada mengukir senyum.

Senyuman bahagia terpamer. Bibirnya geram melihat bibir isterinya yang elok diketap rapat sama seperti mata isterinya juga. Tanpa berlengah didekatkan juga bibirnya pada bibir isterinya dan dikucup. Lama.

Perlahan lahan Alia membukakan mata. Matanya butang melihat mata Tengku Syahmin dan bibir mereka berdua yang sedang bertaut. Jadi inilah suaminya buat semasa dia tidur selama ini ? Macam mana boleh dia tersedar ?

          " Abang ni memang suka curik curik cium Alia waktu Alia tidur ke ? " Soal Alia geram selepas bibirnya ditarik daripada terus melekap dibibir suaminya. Pipi suaminya itu ditampar lembut.

        " Suka suka. " Balas Tengku Syahmin nakal. Dia malu sendiri. Nak rasa kenikmatan bibir isteri sendiri pun salah ke ? Ngomel Tengku Syahmin dakam hati. Nasib baik tengah mengandung. Kalau tak dah lama dah .... tengok bibir je aku dah tergoda macam ni. Takpe, akan aku pastikan impian aku nak buat Syahmin FC akan tercapai jugak nanti.

         " Mengada. Alia nak tidurlah. Janganlah kacau. " Tengku Syahmin tidak mengendahkan kata katanya dan terus saja melelapkan mata. Namun sebaik saja dia hendak melelapkan mata, fikirannya terus bercahaya. Sesuatu bermain difikirnya. Pregnancy test tu ! Terus saja dia mencapai alat itu dan meloloskan diri kedalam bilik air. Moga saja suaminya tidak menyedari perkara itu.

Ouh sorok atas rak eh ? Soroklah sayang oi. Sorok sampai abang tak jumpa. Nanti sayang kantoi jugak dengan abang. Ejek Tengku Syahmin dalam hati. Matanya dipejamkan semula selepas dibukakan sedikit untuk melihat perlakuan isterinya.

Selepas Alia berbaring disebelahnya, tangannya terus bertindak memeluk tubuh isterinya erat. Dikucup perlahan dahi isterinya sebelum dia terus lena melelapkan mata. Dia tidak sabar hendak menunggu penjelasan isterinya mengenai alat kehamilan yang dijumpainya. Nak prank abang sangat, kan ? Sayang tunggu.

Good night sayang. Good night baby. Bisik Tengku Syahmin dalam hati.

Terima kasih sekali lagi memberikan anugerah terindah ini.








Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now