Bab 32

6.6K 144 1
                                    

Alia memandang wajah Tengku Syahmin. Lelaki itu sudah terlelap memeluk patung gemuk biri birinya. Perlahan lahan dilabuhkan dirinya disisi suaminya yang sedang nyenyak tidur. Nafasnya dihela perlahan. Lega akhirnya suaminya tertidur.

          Tak adalah aku resah sangat nak bagitahu dia yang aku tak boleh nak tunaikan tanggungjawab aku malam ni. Aku risau je dia bangun. Nak tak nak kena jangan buat dia bangun. Pleaselah Syahmin, jangan bangun ! Bisik hati kecil Alia sendiri sambil membaringkan dirinya perlahan lahan disisi suaminya.

        " Abang penat tunggu sayang. Sayang mandi memang lama ke macam mana ? " Duga Tengku Syahmin sambil memeluk erat pinggang isterinya. Dah lama aku tunggu kau. Sampai habis wangi minyak wangi yang aku pakai. Ni kau nak sedap sedap tidur pulak. Mana aci.

       " Abang, Alia sebenarnya ... " Ayat isterinya tergantung.

      " Sebenarnya apa ? Alia nak bagitahu apa ni sayang ? Cakaplah. Kenapa berhenti ? Sayang gugup ke ? " Soal Tengku Syahmin menarik badan isterinya itu untuk menghadapnya. Resah hatinya melihat isterinya itu takut takut.

Baru gedik sikit kau dah takut. Aku nak tengok jugak muka kau yang takut tu. Tengku Syahmin ketawa jahat didalam hati kecilnya. Wajah isterinya hanya tertunduk malu dan tidak berani menetang matanya. Ketawa Tengku Syahmin meletus apabila tangan isterinya menggigil.

       " Pandang abang, sayang. Kenapa ni ? " Tengku Syahmin memujuk. Tengku Syahmin mengangkat sedikit wajah isterinya untuk menghadap wajahnya. Wajah itu sedikit pucat. Jahat sangat ke aku sakat dia ?

       " Abang , Alia cuti. Maafkan Alia, abang. " Amira Alia merenung sepasang anak mata milik suaminya yang bersinar. Amira Alia mengetap bibir dan menundukkan wajah.

        " Abang faham. Maknanya abang kena tunggu lagi seminggulah kan ? Tak pa. Abang ni penyabar orangnya tau. " Tengku Syahmin senyum nakal. Releklah bro. Tak kemana pun isteri kau tu. Be strong okay ? Tengku Syahmin cuba mengembirakan hati. Hampa penantianya apabila isterinya tidak suci pada malam pertama mereka.

       " Abang ni suka tau sakat Alia macam tu. " Amira Alia malu. Tidak sanggup hendak menentang pandangan suaminya yang gatal ! Hisshh Syahmin ni. Saja nak kenakan aku. Aku punyalah takut dia boleh gelak ? Ishh !

      " Bukan selalu abang sakat Alia. " Tengku Syhamin ketawa. Dibawa tubuh isterinya itu ke dalam dakapan. Amira Alia pula membalas pelukan suaminya dengan erat. Baguslah suaminya itu mengerti keadaanya.

     " Woi woi ! Tepilah ! Kau buat apa peluk peluk aku ni ? Hishh rimaslah aku dengan kau ni. Ni mesti kau berangan peluk aku kan ? " Tegur Tengku Syahmin terus mematikan lamunan Alia.

        " Kau buat apa ni ? Kau nak raba aku eh ?! " Amira Alia bergolek jatuh katil selepas ditolak kuat oleh suaminya sendiri. Apa ni ? Asyik berangan je kau ni ! Tengok ! Tak pasal pasal kau kena tolak jatuh katil ! Ni semua sebab kau tu kuat berangan Tengku Syahmin peluk kau lah ni !

      " Terkejut aku kau tau tak ! Hishh tak hingin aku nak sentuh kau tu. Kau tuh dah lah kepeng. Cekeding je. Ada hati fikir bukan bukan aku nak raba raba kau pulak ? " Balas Tengku Syahmin kasar sambil membaling patung biri biri ke arah wajah isterinya itu.

Amira Alia menepuk dahi. Malu sia ! Tak habis habis berangankan Tengku kau ni ! Amira Alia bungkam. Tak sangka itu balasan suaminya ? Haish. Kenapalah kau terima dia ni dulu ? Dahlah ego nak mampus. Sekarang nak guna keganasan dalam rumah tangga pulak !

      Tengku Syahmin menyusun beberapa bantal diletakkan ditengah tengah katil sebagai penghadang jarak mereka tidur. Bukan dia tidak gembira apabila isterinya itu memeluknya tadi. Namun dia mahu kembalikan ingatan isterinya dulu yang selalu berkasar kasar denganya. Dia sahaja risau sekiranya isterinya itu tadi sakit atau tidak selepas ditolak jatuh ke atas lantai.

        " Kau tidur situ, aku tidur sini. Ni kubu aku. Anggap je kita tengah nak berperang. Kalau salah sorang daripada kita lepasi tembok ni, dia kalah. " Tengku Syahmin menetapkan arahan. Dia tahu isterinya itu sedang tidak boleh solat selepas diberitahu oleh ibu mertuanya. Cara ini sahaja dapat meredakan hampa hatinya. Mungkin ?

        " Eleh, tengok esok pagi tembok ni runtuh dengan kau kau sekali aku tendang jatuh katil. " Balas Amira Alia kasar. Dia terus menarik selimutnya sehingga menampakan kepalanya sahaja. Macam budak budak ! Budak budak pun main tak lebih lebih macam kau lah Syahmin ! Kutuk Amira Alia dalam hati.

        " Hish apa ni ? Alia , kau tidur lah sana sikit. Sempitlah. Tidur macam budak budak lima tahun. Lasak nak mampus ! " Tengku Syahmin mengalihkan tangan Amira Alia yang berada dimukanya dan kaki isterinya yang berada di atas kakinya. Patutlah kebas semacam aja !

Tengku Syahmin menolak perlahan lahan tubuh isterinya. Takut dia terjaga. Dia mengalihkan tubuhnya ke kanan untuk membelakangi isterinya. Namun tiba tiba sahaja isterinya itu memeluknya dari belakang.

        Alia. Alia. Kalau aku buat apa apa dekat kau ni mesti kau tak sedar kan ? Tengku Syahmin terus memusingkan badanya menghadap isterinya yang tidur nyenyak. Didepakan tangan kirinya dan diletakan kepala isterinya itu pada lengan kirinya.

         " Kalau kau tak berkasar dengan aku, aku pun tak berkasar dengan kau Mira. Kalaulah kau tak hilang ingatan, mesti sekarang ni kita hidup bahagia. Ada anak. Kau pun takkan layan aku macam ni. " Bisik Tengku Syahmin perlahan dalam hatinya. Dielus elus perlahan rambut isterinya yang panjang dan lembut itu.

Matanya pula terhenti pada bibir isterinya yang tertutup rapat. Nafsunya pula seakan akan mendesak untuk mencium bibir itu. Bukanya dosa pun kan ? Isteri sendiri kowt ? Dipandaag lama bibir isterinya dan perlahan lahan dia mencium bibir itu lama. Kali ini dia menciumnya ketika isterinya itu tidur. Kalau dulu pipinya ditampar selepas mencium bibir itu dikhalayak ramai.

        Akhirnya Tengku Syahmin sendiri tertidur dengan kenangan masa silamya sehingga membawa mereka berdua menjadi pasangan suami isteri yang suka bergaduh dan tidak pernah mengalah antara satu sama lain. Dua dua nak menang dan paling pasti keras kepala !

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now