Bab 43

6.2K 118 0
                                    

Emosi isterinya itu kian stabil walaupun hari hari terpaksa menempuh hari yang sukar apabila morning sickness isterinya itu begitu teruk . Itu tak boleh . Ini tak boleh . Semuanya serba tidak kena jadinya .

       Namun kali ini permintaan isterinya adalah ingin ke office. Tengku Syahmin melarang keras isterinya bekerja buat sementara waktu dan dia terlupa untuk memberitahu isterinya yang dia telah menjumpai PA baru bagi menggantikan tempat isterinya .
       
         " Abang , tolonglah. Alia dah bosan sangat duduk dekat rumah. Dah tak tau nak buat apa. Alia nak masuk office '' Rengek Alia. Suaminya sengaja membiarkannya duduk di rumah. Sakit betul hatinya. Lagipun keadaannya bukanlah begitu teruk sehingga dikuarantin daripada pergi ke office . Geram benar dengan perangai suaminya.

        '' Tak boleh , sayang. Abang tak nak nanti sayang sakit sakit dekat sana. Ulang alik pergi tandas. Pening kepala lah apa. Siapa nak tengok tengokkan sayang ? Abang kan busy ? Kalau sayang duduk rumah , at least sayang boleh teman mama dekat rumah. " Pujuk Tengku Syahmin .

        Kadang kala permintaan isterinya itu sampai memeningkan kepalanya .
   
       Separuh mati dia terpaksa bersabar dengan isteri tercinta . Namun kerana anaknya itu dia sanggup . Mungkin juga anak pertamanya ini nakal sepertinya ataupun seperti mummynya. Kadang kala isterinya mual. Apa yang cuba ditelan tidak kena pada tekaknya. Haru biru hidupnya dibuat oleh anaknya itu .

       Beberapa kali isterinya itu dinasihati , barulah isterinya itu menurut . Kalau tidak , jangan harap ! Sudahlah degil isterinya itu tidak pernah berubah dari zaman kolej lagi . Hmm . Nasiblah kau , Syahmin .
    
        Tengku Syahmin balik dalam keadaan isterinya sedang lena yang masih lengkap bertelekung . Mamanya menyuruh isterinya itu berehat sahaja selepas makan tengah hari kerana wajahnya yang pucat .

        Hari ini sahaja isterinya itu telah curi curi memasak sewaktu mamanya pergi ke pasar . Mak Yam pembantu rumahnya pun sudah melarangnya namun degil isterinya itu setinggi gunung . Tengku Syahmin cuba mengejutkan isterinya itu untuk membuka telekung . Namun isterinya itu terus menepis tangannya .

         " Jangan kacau lah ! Alia nak tidur ni ! '' Marah Alia . Namun suaminya tetap degil hendak mencabut telekungnya . Dia mula rimas

       '' Abang nih kan ! '' Alia terus bangun dan membuka telekungnya lalu membalingnya ke arah Tengku Syahmin .
    
        '' Sayang , bangunlah . Tengoklah abang balik bawak apa untuk sayang nihh " Pujuk Tengku Syahmin sambil menayangkan buah strawberry pada wajah isterinya yang ingin menyambung semula tidurnya.

        Ya . Isterinya itu merajuk hendakkan buah strawberry . Mujur sahaja kawannya pergi kesana dan dia memesan buah strawberry itu untuk isterinya

" Abang pergi sana ke ? '' Alia terus bangun melihat strawberry yang digoyang goyangkan depan wajahnya. Dia merampas buah strawberry dari tangan Tengku Syahmin . Teruja benar hatinya .
  
         '' Kalau abang pergi sana mestilah sayang ikut sekali . Abang pesan dekat kawan abang kebetulan dia pergi kursus dekat sana " Balas Tengku Syahmin .
    
         Dia menggigit sedikit buah strawberry yang dicuri dari genggaman isterinya . Kelat wajahnya menahan masam . Dipandang isterinya lama . Tidak masamkah ? Pelik betul perempuan mengandung ni !

         '' Kalau abang tak tahan masam buat apa rasa ? Hisyh abang nih . Dahlah buat muka macam tu . Buruk lah .... '' Kutuk isterinya sambil ketawa .
  
        " Seronok betul sayang gelakkan abang kan ? Nah makan ! Malas layan sayang macam ni . Baik abang pergi mandi " Seronok benar isterinya itu melihat wajahnya yang berkerut seribu menahan masam yang teramat. Ya , dia tahu isterinya itu amat menggemari buah strawberry yang masam sama pada zaman kolej mereka dulu .
       
Tengku Syahmin mencubit pipi isterinya sebelum berlalu pantas ke kamar mandi . Semenjak isterinya itu disahkan mengandung , dia suka akan perangai isterinya yang ingin bermanja dengannya . Ini menerbitkan lagi rasa sayang buat isterinya itu . Namun kerisauannya tentang Tengku Amira yang ingin merosakkan rumah tangganya lebih merisaukan tangkai hatinya .

           
    

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now