Bab 68

6.4K 98 0
                                    

Tengku Aiman dan Tengku Syahmin sedari tadi leka dengan set model kapal terbangnya . Dia pula tersekat dengan seribu satu persoalan dari mulut ibu mertuanya . Tengku Syahmin juga memang sengaja memancing minat Tengku Aiman dengan segala set kapal terbang yang dikumpul olehnya . Haishh .
          
        '' Dah lama Alia balik sini ? '' Tanya Tengku Liyana . Pada mulanya dia ingin memarahi menantunya itu tapi dek kerana nasihat suaminya Tengku Zahid yang menasihatinya agar selalu mengawal emosi dan tidak terlalu ikutkan perasaan .

         '' Baru seminggu Alia balik , ma '' Balas Alia . dia hanya menundukkan pandangan kelantai . Tidak sanggup dia untuk melihat renungan tajam ibu mertuanya itu . Dia takut jika dia berlama lama disitu akan timbul masalah contohnya jika Tengku Amira tahu dia berada disini .
        
           '' Kenapa tak payah balik terus ? Seksa jiwa Syahmin sampai sepuluh tahun lagi ke ? '' Perli Tengku Liyana .

        '' Takpa ma. Kali ni aja mama hadap muka menantu mama yang tak guna ni. Lepas ni mama takkan hadap dah '' Sampuk Tengku Amilia. Geram . Baru kali ini dia berani munculkan wajahnya selepas apa yang dia telah buat kepada abangnya .
          Perasaannya masih menggunung berapi kerana perpisahannya dengan Tengku Farish. Tengku Farish sudah lama mendiamkan diri sejak perpisahan itu

       '' Alia bukan manusia yang sempurna yang tak pernah buat silap. Atleast dia bagi peluang pada Syahmin rapat dengan cucu awak tu. Kalau setengah orang, jangankan harap. Takkan dia bagi sentuh budak tu. Awak tahu tak ? '' Marah Tengku Zahid pula pada Tengku Liyana.

Dia tidak marahkan sikap menantunya yang menghilangkan diri kerana dia tahu wanita itu mempunyai alasan tersendiri. Dia berfikir bahawa menantunya itu merasa terpukul dengan apa yang menimpanya . Isterinya itu benar benar sudah melampau .

        Alia terus menundukkan wajahnya . Sesak nafasnya dengan kehadiranya disitu menunding jari kearahnya . Hatinya yang berdarah diluka lalu kembali terasa . Hanya dia sahaja tahu peritnya perpisahan . Bukan kebencian yang dia harapan . Dia cuba mengharapkan pengertian .
         
       '' Abang dah lupa ke sebab dia, Syahmin  ..... '' Hampir sahaja Tengku Liyana menceritakan segala galanya namun sempat dihalang oleh Tengku Syahmin .

         '' Mama please . Mama dah takutkan Aiman , ma '' Sampuk Tengku Syahmin. Hampir sahaja Tengku Liyana memberitahu perkara yang ingin dirahsiakan daripada isterinya . Gara gara Tengku Liyana nanti , dia tidak akan bersama dengan anaknya Tengku Aiman Haddi.

        Dia memeluk Tengku Aiman yang leka bermain dengan model kapal terbang yang telah disiapkan namun kini anak kecil itu ketakutan . Tengku Syahmin memujuk anaknya yang hampir menangis melihat neneknya sedang marah .
       
           '' Mummy ! '' Jerit Tengku Aiman terus meleraikan pelukannya daripada Tengku Syahmin dan mendapatkan Alia . Dia mula menangis. Takut. Dia memeluk erat tubuh mummynya. Disembamkan wajahnya pada perut mummynya. Sesekli dia memandang ke arah Tengku Liyana. Kemudian akan disembamkan wajahnya kembali.

          '' Mama please . Waktu ni tak sesuai nak bincang . Mama bagi masa dekat kitorang . Biar kitaorang yang selesaikan sendiri. Mama tak gembira ke cucu mama tuh dah besar sekarang jadi anak yang berguna ? '' Marah Tengku Syahmin pula . Kesal hatinya .
         
          '' Dua dua keras kepala '' Rungut Tengku Liyana lalu terus meninggalkan mereka. Berbekas hatinya apabila ditegur oleh anak sendiri. ' Berani kau tunjuk muka dekat sini kan ! '

         '' Mummy, Aiman nak balik. Aiman takut . Aiman nak balik mummy '' Luah anak kecil itu. Mukanya disembamkan kepelukan mummynya. Matanya basah dengan air mata. Bibirnya dicebikan. Comel.

       '' Alia , abang mintak maaf bagi pihak mama '' Tengku Syahmin disapa perasaan bersalah pada anaknya yang tidak tahu apa apa . Anaknya itu masih kecil dan tidak megerti apa apa makna kehidupan.
       
Bukan ini yang dia harapkan . Dia gembira apabila isterinya memberi peluang untuk dia menemui anaknya namun bukan melihat isteri dan anaknya seperti orang asing dirumahnya sendiri. Walaupun pelbagai persoalan bermain difikiranya.

       '' Tak apalah abang. Alia faham. Kalau macam tu Alia balik dulu. Aiman pun dah merengek ni nak tidur '' Alia mendukung Tengku Aiman. Wajah anaknya itu sudah basah lencun dengan airmata dengan bibir yang dimuncungkan tanda protes.
           
          '' Take care , sayang '' Ucap Tengku Syahmin lembut antara isterinya dengar atau tidak itu dia tidak pasti . Dia mencapai tangan anaknya dan dimulus jari jari anak kecil itu sehingga dilepaskan jauh. Namun tangan anaknya masih ingin mecapai tangannya dari jauh. Senyuman terukir dibibir mungil anaknya. Tengku Syahmin juga berupaya mencapai tangan kecik itu namun jarak jauh menghalangnya.

         Alia diam.
          
Dia dengar dengan ucapan yang dipanggil oleh suaminya . Namun bukan itu yang menjadi persoalannya . Persoalannya sekarang dia tidak melihat Tengku Amira sejak tadi . Dia masih tertanya tanya dengan sambungan kata kata Tengku Liyana sehingga Tengku Syahmin menyampuknya dan kata kata itu berhenti pada setakat itu sahaja . Kali ini dia tahu ada sesuatu yang disorok daripadanya .
      
         '' Mummy, uncle kacak tu sape ? Macam mana mama boleh kenal ? '' Tanya Tengku Aiman sebelum tidur . Mulutnya yang berbicara namun tangannya lincah bermain dengan model kapal terbang yang dibeli Tengku Syahmin .

       '' Kenapa Aiman nak tahu ni ? Aiman suka kawan dengan uncle kacak tu ? '' Duga Alia. Nampaknya anaknya itu mula bertanyakan tentang siapa papanya. Lama dia membiarkan pertanyaan anaknya itu sepi sehingga anaknya itu tertidur disisinya. Entah apa yang dia mahu beritahu anaknya itu. Dia takut anak kecil itu membenci papanya.

Tengku Syahmin mendail nombor isterinya. Berharap isterinya sudah sampai kerumah. Risau dengan keadaan anaknya tadi.

       'Jawab Alia. Jawab. Please answer the phone. ' Getus hati kecil Tengku Syahmin. Dia tetap sabar menanti balasan jawapan daripada isterinya. Dia benar benar tidak mahu berpisah dengan anaknya tadi. Namun apakan daya isterinya itu terlebih dahulu mendukung Tengku Aiman. Jari halus anaknya masih terasa menggenggam erat tangan kasarnya. Rindu. Rindu yang menggunung. Sesekali tanganya digenggam seolah olah dapat merasai sentuhan anaknya.

        " Maaf abang. Alia tadi kemaskan barang sikit. Abang nak apa ? " Alia bungkam. Nama suaminya tertera di kaca telefon bimbit Samsung Grand 2nya. Pelik. Namun disambut juga panggilan itu dengan seribu tanda tanya.

     " Abang kacau Alia ? Maaflah. Abang cuma nak mintak maaf bagi pihak mama. Aiman mana ? Tidur dah ? " Tanya Tengku Syahmin. Dia lega. Akhirnya panggilanya bersambut juga. Fikiranya itu hanya pada anaknya sahaja. Senyuman yang terukir dibibir anaknya terlayar difikiranya. Andaikan sahaja dia berpeluang meluangkan masa bersama anaknya seperti tadi ? Dialah orang yang paling gembira dan bahagia.

      " Dah abang. Aiman baru je tidur. Takpalah abang. Alia faham perasaan mama. Alia okey. " Balas Alia perlahan. Air matanya diseka perlahan. Rindu mendengar suara suaminya secara berdua dan dekat seperti itu.

Alia memeluk telefon bimbitnya selepas beberpaa minit panggikan dimatikan. Rindu. Sangat rindu. Dia membuka gallery telefon bimbitnya. Direnung wajah suaminya yang sedang senyum. Akhirnya dia sendiri teresak esak sendirian. Dia benar benar rindukan suara suaminya. Pelukan dan semuanya.

                                       

Cinta Dosa Semalam (Completed)Место, где живут истории. Откройте их для себя