Bab 24

6.6K 163 0
                                    

           " Eh Mira ! Lama tak jumpa kau. Kau apa khabar sekarang ? " Tegur Ameen. Ameen Firdaus kawan baik merangkap kawan lama Amira Alia.

           " Kau tak kenal aku ke ? Yelah mentang mentanglah aku dah lama tak balik Malaysia, sampai hati kau lupakan aku kan ? " Rajuk Ameen.

Wanita dihadapanya hanya diam membisu. Pening dengan tindak tanduk kawan baiknya itu yang hanya mendiamkan diri. Dia terus mengheret tangan wanita itu ke satu sudut meja kosong.

           " Aku kenal. Tapi aku dah lupalah. Kau siapa eh ? " Duga Alia. Dia sama sekali tidak mengingati lelaki itu. Tidak sama sekali. Namun dia hanya mengiakan kata kata lelaki itu. Mungkin lelaki itu mengenali Tengku Syahmin. Mira ? Kenapa lelaki ni panggilnya Mira bukan Alia ?

          " Aku Ameenlah. Kawan baik kau waktu dekat kolej dulu. Kawan baik Syahmin. Kawan baik Wani. Takkan kau dah lupa kot ? " Ameen sedikit pelik. Kenapa kawan baiknya itu tidak mengingati dirinya sama sekali ? Baru dua hari dia pulang ke Malaysia selepas dia berlama lama di negara orang di New York. 

      Ouh. Inilah kawan baik aku lagi sorang yang Wani selalu cerita tu. Dia tak tahu ke aku hilang ingatan ? Wani tak pernah bagitahu dia apa apa ke ? Alia pening dan bingung.     

" Wani ? Wani mana ni maksud kau? "  Alia sengaja meminta kepastian. Mungkin juga dia adalah Ameen yang sering diceritakan oleh Wani. Mungkin juga dia tahu semua kisah silamya yang selama ini disorokan oleh umi dan abahnya.

         " Wanilah. Syazwani Fuad, housemate kau waktu zaman kolej dulu. Syahmin pakwe kau. Eleh buat buat lupa konon. Kau apa citer sekarang dengan Syahmin ? Dah kahwin ? " Tanya Ameen tanpa menghiraukan perubahan riak wajah kawan baiknya itu yang seakan telah lupa.

         Walaupun wanita itu kini sudah bertudung namun wajah wanita itu masih menjadi bayang bayang didalam hatinya. Sehingga kini.

       " Syahmin ? Tengku Syahmin ke maksud kau ? " Alia meminta kepastian sekali lagi. Syahmin ada kaitan dengan masa lalunya ?

Pataslah sahaja lelaki itu menyoalkan tentang degilnya yang tidak pernah berubah. Lelaki itu juga memanggil umi dan abahnya dengan panggilan yang sama tidak berlapik seolah olah seperti keluarga. Mungkin Tengku Syahmin beria ria mahukan dia sebagai P.A ada kaitan juga dengan lelaki itu? Banyak persoalan yang bermain difikiranya. Mungkin lelaki dihadapanya itu dapat membantunya. Serabut!

        " Yelah. Syahmin mana lagi yang kau cinta sangat dekat kolej dulu. Aku ni pun kau tak pandang. Yelah kau pandang anak Tengku je kan ? Tak dalah aku gurau je.  " Acah Ameen.

       Dia sememangnya mencintai wanita dihadapanya itu namun sejak dia tahu wanita itu telah bersama dengan Tengku Syahmin dan akan berkahwin, semaksimum mungkin dia melupakan wanita itu.

          Melihat wanita itu mendiamkan diri, Ameen dihimpit dengan perasaan bersalah. Takut wanita itu terguris dengan kata katanya.

         " Kau taknak jumpa Syahmin dengan Wani ? Kau pun dah lama sangat dekat negara orang kan ? "  Amira Alia tidak tahu apa yang dicakapkan tentang Tengku Syahmin. Dia tahu niat lelaki itu ingin berkahwin denganya.

Namun sehingga kini lelaki itu tidak memberikan jawapan. Sudah seminggu mereka tidak bertegur sapa. Fikiran Alia buntu. Kehadiran Ameen yang banyak menimbulkan persoalan dikepalanya. Masa silamnya terlampau memenigkan.
      
Wani juga tidak pernah memberitahunya bahawa wanita itu dulu adalah kawan baiknya dikolej. Entah apa alasan semua orang ingin merahsiakan masa silamnya. Jika dia tidak terserempak dengan Ameen, entah sampai bila semua orang ingin menyorokkan masa silamya selama ini.

         " Bukan sepatutnya dah lama ke kau kahwin dengan Syahmin ? Korangkan ada ... " Ameen tidak jadi ingin meneruskan kata katanya. Dia tahu anak mereka sudah tiada. Dia tidak mahu menyakiti wanita itu mengingati tentang anaknya yang telah tiada.

         " Ada apa ? Apa maksud kau Ameen ? Aku dengan Syahmin ada apa ? " Tanya Alia seakan mendesak. Apa yang sebenarnya yang terjadi antara dia dan Tengku Syahmin ? Apa sebenarnya ?

Amira ni kenapa ? Macam tak ingat langung masa silam dia dekat kolej dulu. Dia tak tahu ke dia ada anak dengan Tengku Syahmin dan anak dorang dah tiada ? Apa yang sebenarnya terjadi dekat Amira ?

          " I got to go. Next time kita borak lagi. Aku lupa aku ada hal. Bye , Mira. " Ameen terus segera cabut dari situ. Semakin pelik dengan reaksi kawan baiknya itu. Dia perlu tahu kejadian sebenar tentang perubahan kawan baiknya itu. Dia rungsing.

       " Ameen ! " Jerit Alia kecil. Memang sahlah ! Tengku Syahmin ada sorokan sesuatu daripada aku. Kenapa semua orang susah sangat nak bagitahu aku yang aku dengan Syahmin selama ni pernah bercinta ? Patutlah selama ni aku macam pernah nampak Syahmin tapi aku tak pasti siapa dia dalam hidup aku.

Kenapa semua orang nak sorokan masa silam aku daripada aku ? Kenapa Wani pun tergamak buat aku macam ni ? Kenapa ! Aku kena jumpa Wani !

       " What ? Kau jumpa Mira ? Lepas tu kau cakap pasal Syahmin dengan dia ? " Jerit Wani seakan tidak percaya. Dah tak boleh sorok. Nak taknak kau kena bagitahu dia Wani. Kau kena bagitahu!

         " Ameen kalau kau nak tahu Mira tu hilang ingatan. Dia tak ingat lansung pasal kita semua. " Terang Wani panjang lebar. Dia terlupa untuk memberitahu lelaki itu. Sungguh dia lupa !

       " Tapi macam mana ? Aku tak tahu pun. Aku tahu anak dia dengan Syahmin dah tak da. Tapi tak da sorang pun bagitahu aku yang Mira macam tu. Weyh aku memang tak tahu kowt. Patutlah aku tanya dia, dia macam tak tahu nak jawab "

Wani resah. Takut Amira Alia membencinya. Sudah hampir magrib kawan baiknya itu tetap tidak pulang pulang. Salahnya juga kerana terlampau berahsia.

         " Mira ! Kau pergi mana ? Penat aku tunggu kau keluar tak balik balik ni. " Wani gugup.

        " Aku terjumpa Ameen. Ameen yang selalu kau cerita dekat aku tu. Dia dah bagitahu aku semuanya. Kenapa kau tak nak terus terang dengan aku selama ni? Kau tahukan aku nak balik ingatan aku ? " Marah Alia.

        " Mira, bukan aku taknak bagitahu kau. Tapi umi dengan abah kau yang larang aku bagitahu kau. Aku pun taknak kau sakit hati dengan masa silam kau dengan Syahmin. "

       " Aku nak tahu sangat apa sebenarnya yang terjadi antara aku dengan Syahmin. Selama ni hati aku selalu kata yang aku cintakan dia. Tapi aku tak tahu. Wani, please aku nak tahu. " Pujuk Alia lagi.

        " Syahmin cintakan kau. Kau pun cintakan Syahmin. Tapi Syahmin terpaksa tinggalkan kau sebab nak sambung belajar. Dia betul betul sayangkan kau Mira. "

        " Syahmin...... "

         " Bukan salah Syahmin. Semua ni bukan salah dia. Mungkin dugaan kau macam ni. Lepas je dia habis belajar, dia puas carik kau. Sampailah dia jumpa kau. Dia betul betul sayangkan kau Mira. Kau jangan sia siakan usaha dia selama ni. "

       " Umi dengan abah kau buat semua ni sebab taknak kau ingat semua tu. "

Wani memeluk kawan baiknya. Mungkin belum tiba masanya dia memberitahu tentang kewujudan anak mereka yang telah tiada. Cukuplah wanita itu tahu bahawa Tengku Syahmin sungguh dengan cinta mereka.

          Mengenai perkara anak mereka biarlah Tengku Syahmin yang memberitahunya. Dia tidak mahu memperbesar besarkan perkara itu. Maafkan aku, Mira.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now