Bab 51

6.2K 110 0
                                    

        '' Apa yang Syahmin buat dekat isteri Syahmin tu ?! Syahmin tahu tak dia tengah mengandung ? Akal tu letak dekat mana ? Dah selidik dulu yang Alia tu ada hubungan dengan Farish ?! Tak kan ?! '' Marah Tengku Zahid.

Isterinya itu pun sama sahaja . Sudahlah sekarang ini hujan lebat . Dia risau akan menantu dan cucunya itu . Dia percaya menantunya itu tidak bersalah .
      
          " Sekarang papa nak bela sangat perempuan tu kenapa ? Dah memang dia ada hubungan dengan Farish. Entah entah anak dalam perut dia tuh bukan anak Syahmin. Syahmin tak nak kena tipu hidup hidup ! '' Balas Tengku Syahmin tegas melawan kata kata ayahnya .

Tengku Amilia hanya diam tidak berkutik mendengar perbalahan abang dan ayahnya. Dia juga risau dengan keadaan kakak iparnya. walaupun sakit hatinya masih menggunung tinggi . Dia tidak menyangka abangnya itu nekad menghalau kakak iparnya dalam keadaan hujan lebat seperti ini. Dia benar benar dihimpit rasa bersalah .

       '' Papa tak mahu tau. Syahmin pergi carik Alia sekarang ! Siapa benarkan Syahmin halau dia ? Kalau dia tak bersalah , jangan harap Alia tu nak maafkan salah Syahmin yang fikir tak guna otak tu ! '' Marah Tengku Zahis seterusnya beredar dari ruang tamu .
       
          '' Syahmin , betul cakap papa tu. Mama risau . Dahlah hujan lebat ni . Kalau Syahmin nak halau menantu mama sangat tunggulah besok pagi. Sekarang ni hujan lebat. Kalau berlaku apa apa dekat dia macam mana ? Dah malam ni boleh ke drive sorang sorang ? Susahlah cakap dengan Syahmin nih '' Marah Tengku Liyana.

Walaupun dia ragu ragu akan menantunya itu namun tidak selayaknya menantunya itu dihalau keluar dalam keadaan seperti itu . Entah dimana menantunya itu sekarang .

      Entah kemana hala tujunya selepas ini . Benarlah bahawa perkataan itu lebih keras dari sebutir batu dan lebih pahit dari hempedu yang harus dia tahan dan telan . Ketika amarah sedang memuncak sebaiknya berdiam diri itu adalah perlu .
     
Dia tahu setiap masalah yang datang bukanlah untuk menjatuhkan sesiapa tetapi untuk menguji seberapa tabahnya hati untuk bertahan menghadapinya . Namun kini dia benar benar terhuris .
               
           Waktu ini dia hanya teringat kepada Azwan kawan baiknya yang kini telah berkahwin dengan kawan baiknya juga , Fatihah . Dia berharap dia dapat bertedung sementara hujan lebat dirumah mereka di Petaling Jaya . Selepas itu baru dia akan berfikir kemana pula langkah kakinya selepas ini .
       
Rumah kawannya itu terang benderang . Nampaknya bolehlah dia berteduh seketika . Dia sudah dingin kesejukkan . Dia mengetuk pintu rumah kawannya dan Fatihah kini sedang memeluknya .
      
       '' Kenapa tak cakap nak datang ? Weyh dah lama tak jumpa kau . Abang ! Tengoklah siapa datang ni '' Jerit Fatihah . Gembira dia melihat kawan baiknya itu berada dirumahnya .

Azwan sedang mendukung anaknya yang masih kecil perlahan lahan menuruni tangga . Dia terkejut dengan kehadiran kawan baiknya itu.

       '' Weyh ! Kau bila sampai ? Kenapa tak cakap dengan aku kau nak datang , boleh aku pergi ambik '' Sapa Azwan teruja melihat kawan baiknya .
      
         '' Aku pun tak rancang nak datang sini . Aku tetiba teringat dekat korang berdua tu yang aku datang tu . Boleh tak aku nak tumpang berteduh kejap dekat rumah korang ? '' Tanya Alia perlahan .

          '' Eh apa yang tak bolehnya . Kau tidur je dekat sini . Dah lama gila aku tak jumpa kau weyhh . Kau datang sorang je ke ? Mana suami kau ? '' Tanya Fatihah . Dia pelik dengan kawan baiknya itu yang hanya datang sendirian .
          
          " Aku dah kena halau dari rumah . Aku tak tahu nak pergi mana lagi ni . Maybe lepas hujan reda aku nak balik Johor , rumah abang aku '' Tangisannya dihamburkan dibahu Fatihah . Dia bersyukur dapat menumpang kasih pada kawan baiknya itu .

        " Kena halau dari rumah ? Biar betul kau ni ? Ish , esok jelah kau balik sana . Dah malam sangat ni . Hujan pun makin lebat . Johor tu jauh weyh . Jalan tengah licin sekarang . Kau tidur je dekat rumah kitaorang nih . Esok kitaorang hantar kau pergi sana  '' Marah Azwan risau dengan kawan baiknya yang sedang mengandung hendak memandu jauh jauh ke Johor pada waktu malam .
     
         " Thanks korang '' Tangisan Alia reda dalam pelukan Fatihah . Dia tak mahu ke rumah keluarganya . Dia tahu pasti akan ada yang mencarinya disana . Biarlah kali ini dia ingin merawat dukanya sendiri dari bergantung kepada sesiapa . Dia boleh mengeluarkan duit dibank jika dia memerlukannya nanti . Kali ini biarlah semua orang risau akannya . Dia sudah tidak ada hati lagi.

Hanya kerana salah faham kau sanggup halau aku dari rumah. Kau sanggup buat semua ni. Kau dah tipu aku Syahmin. Aku tak percaya dekat kau lagi. Aku penat Syahmin. Aku penat. Kenapa kau tipu aku ? Sampai sekarang kau tetap tak nak jujur dengan aku.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now