Bab 37

10K 128 0
                                    

" I tahu yang You sayang dekat I lagi , Syahmin . Please jangan layan I macam ni . I really sayang dekat You . I nak jadi isteri You balik . Please, Syahmin. I tak boleh hidup tanpa You " Pujuk Tengku Amira sewaktu Syahmin di perkarangan kereta pada petang itu untuk pulang kerumah. Mujur juga isterinya masih berada di office .

'' Mana You tahu yang I dah kahwin ? Melainkan You yang plan malam I kena tangkap basah tu kan ? Jawab , Mira ! " Tegas Syahmin . Setahunya Amira belum balik dari London . Bila bekas isterinya itu ada disini ? Siapa lagi kalau bukan bekas isterinya itu yang memerangkapnya ?

" Ya , memang I yang rancang ! You yang belagak terlalu inginkan kesempurnaan now I bagi perempuan kolot tu jadi wife You ! Baru You tahu You takkan dapat yang sempurna melainkan I Tengku Syahmin Iskandar ! " Kini dia telah memberitahu kepada Tengku Syahmin bahawa dialah yang merancang segala galanya .

" Terima kasih untuk plan You. I bahagia sangat dengan wife I kalau You nak tahu. Dia kesempurnaan dalam hidup I bukan You ! " Tegas Tengku Syahmin. Dia terus menghidupkan enjen dan beredar dari situ sehingga dia terlupa akan kehadiran isterinya yang masih di office .

'' I benci You Tengku Syahmin Iskandar ! '' Jerit Tengku Amira. Sakit hatinya.

Amira Alia pulang menaiki teksi. Penat dan kebas kakinya menunggu Tengku Syahmin. Mereka sudah berjanji akan pulang bersama. Takkan perkara ini Tengku Syahmni ingin menyakat juga ? Tak masuk akal !

Amira Alia masuk kedalam biliknya dan melihat suaminya sedang tidur. Lagi sakit hatinya. Mahu sahaja dia membaling bantal kepada wajah suaminya. Biar terkejut . Sakit benar hatinya. Dia terus menuju kebilik air dan menghempas pintu bilik air dengan kuat sehingga Tengku Syahmin terjaga.

Dia yang menyedari dengan kesilapannya meninggalkan isterinya itu terus memacakkan dirinya didepan pintu bilik air untuk menunggu isterinya selesai mandi . Rasa bersalah pula melepaskan kemarahan kepada isterinya yang tidak bersalah.
Dia tidak tidur pun sebenarnya cuma merehatkan diri selepas selesai solat asar tadi.
pintu bilik air terbuka luas. Isterinya itu sudah pun selesai mandi.

" Sayang , please dengar cakap abang kejap. Abang bukan sengaja nak tinggalkan sayang. Sayang jangan buat abang macam nihh ... " Pujuk Tengku Syahmin lembut. Kenapalah aku bertindak bodoh sangat ? Kau kena sedar Syahmin. Dia tu cuma bekas isteri kau je !

'' Abang , nantilah cakap. Alia nak solat dulu " Putus Alia meninggalkan suaminya terkulat kulat . Hatinya yang bergolak kini tenang selepas mandi . Tapi hatinya bergolak kembali mendegar pengakuan suaminya yang mengatakan dia tidak sengaja ?

Selepas isterinya itu menanggalkan telekung, Tengku Syahmin terus mendapatkan isterinya. Dia memeluk isterinya yang sedang menyidai telekung di sudut pintu dari belakang . Dia benar benar mengaku salahnya.

" Sayang , abang minta maaf. Lepas nih abang dah tak buat lagi. Abang ada hal tadi dengan kawan abang. Battery phone dah mati so macam mana abang nak bagitahu sayang yang abang ada hal ? '' Pujuk Tengku Syahmin lagi .

'' Abang , dahlah. Jangan macam nih. Lagipun Alia dah balik kan ? Tak ada apa apa pun berlaku. Alia okey. " Balas Alia. Dia membiarkan sahaja suaminya terus memeluknya.

Pelukkan hangat suaminya terus mematikan api kemarahannya. Susah hatinya melihat suaminya begitu. Entah kemana lelaki itu tadi dia tidak mahu tahu. Mungkin ada hal kecemasan. Dia sama sekali tidak sakit hati ditinggalkan. Dia cuma rimas dengan sikap sambil lewa Tengku Syahmin yang sememangnya pelik dan seakan menyembunyikan sesuatu.

" Alia, angah sebenarnya dah tahu hubungan korang berdua. Cuma angah peliklah. Kenapa baru sekarang korang berdua kahwin ? " Tanya Tengku Syahril lembut. Dia tahu tentang sejarah mereka berdua yang couple dizaman kolej. Cuma dia pelik kenapa abangnya dan wanita itu sudah sekian lama tidak pernah berkahwin ?

" Syahril, Alia tak tahu pun tentang masa silam Alia dengan abang Syahmin lebih detail. Alia tak ingat apa apa. " Balas Amira Alia perlahan. Dia mahu tahu tentang masa silamnya dengan lelaki itu sejauh mana namun, apa yang berat adalah kenapa Tengku Syahmin tidak pernah jujur denganya sebelum berkahwin dan selepas kahwin ? Kenapa ?

" Tak ingat apa apa ? Apa maksud Alia nih ? " Balas Tengku Syahril agak terkejut. Patutlah dia langsung tak kenal aku padahal dulu dekat kolej banyak kali dia terserempak dengan aku. Rupanya tak ingat tapi ?

" Alia tak ingat apa apa angah. Alia tak nak tahu apa apa pun. Biarlah Along sendiri yang jujur dengan Alia nanti. Alia nak dia yang jawab semuanya. Walaupun Alia tak ingat apa apa tapi Alia tahu yang abang Syahnin sayangkan Alia, betul kan angah ? " Amira Alia beredar sebelum sempat Tengku Syahril menjawab persoalanya. Biarlah apa pun yang terjadi. Itu semua tanggungjawab dia dan Tengku Syahmin.

Walaupun kata kata Tengku Syahril seakan membuat hatinya menjerit jerit untuk tahu siapa lelaki itu dalam masa silamnya. Namun dia akan tunggu. Walaupun penungguanya hanya perkara bodoh. Mungkin sahaja Tengku Syahmin takkan memberitahunya.

" Sayang, abang nak cakap yang abang sayangkan Alia. " Luah Tengku Syahmin mengucup dahi Amira Alia perlahan. Keberadaan isterinya disisi membuatkan resah gelisahnya hilang seketika. Ya, segala galanya adalah isterinya. Wanita yang didambakan dari dulu. Tidak akan disakiti dan dikhianati wanita itu untuk kali kedua.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now