Bab 22

7.5K 159 0
                                    

        " Macam macamlah ! Kau ni pun satu. Bulan lepas aku dah hantar kau pergi services. Takkan kau nak rosak jugak kowt? Agak agak lah ! Aku dah lambat dah nih ! Weyh ! Hiduplah cepat ! " Bebel Alia seorang diri didalam keretanya. Keretanya tiba tiba sahaja tidak mahu hidup. Geram betul!

Akhirnya Alia keluar dengan muka masam. Ditendang tendangnya tayar kereta Myvinya itu puas puas. Geram betul rasa nak bakar je ! Kereta itu sudah hampir enam tahun bersamanya. Kereta pemberian abangnya Nadzmi kerana berjaya dinaikan pangkat sebagai personal assistant.

          " Macam mana ni ? Area sini dahlah jarang ada teksi. Benci betul lah ! Sebab kau buat hal aku lambat kau tau tak ! Hishh ! Hiduplah ! Hiduplaahhhhhh !!! " Jerit Alia menggila menghempas hempas stereng keretanya.

Alia mengepal ngepal penumbuknya. Geram !

            " Hadoi ! Macam mana ni ! Dahlah pagi ni ada meeting ! Semua fail penting dekat aku pulak tu. Nak harap Encik Syahmin tu tiba tiba ada dekat sini memang taklah ! "

Alia membuka beg tangannya meraba raba telefon bimbitnya. Belum lagi dijumpai telefon bimbitnya berbunyi menandakan battery telefonnya sudah mati. Akhirnya dia mengeluh perlahan. Sudah lima belas minit dia tersadai dirumahnya.

            " Hekeleh ! Bila aku nak guna, kau pulak habis battery. Sakit betul hati aku. Parahlah aku macam ni ! " Bebel Alia seorang diri lagi. Dia terus keluar daripada kereta.

           " Oh mak kau meletup ! " Latah Alia. Terkejut. Terus dia menutup mulutnya dengan tapak tangan. Hushh ! Apa Tengku Syahmin buat dekat sini ? Macam mana dia tahu rumah aku ni? Mampus aku macam ni !

           " Mama aku ada je dekat rumah tu. Kau dah habis membebel ke belum ? Sampai keluar nama aku pulak tu. Hebat betul kau ni. Kereta tu tak tahu apa apa pun kalau kau marah marah dia. Kau naik kereta dengan aku je. "

Dah nak dekat sepuluh minit aku dengar dia membebel. Takkan tak sedar sedar jugak aku datang ? Haishh. Kereta yang tak hidup pun nak bising. Bukanya dia tahu bercakap. Sekali dia bercakap, kau jugak yang kecut. Apalah kau nii Alia.

           Alia senyap. Hanya membuang pandang keluar tingkap. Malu hendak bertemu mata dengan lelaki itu. Ada sahaja benda malu yang dia lakukan, ada Tengku Syahmin. Naik rimas dia dibuatnya. Dahlah melatah. Entah berapa lama dia terpacak dekat situ. Hmmm. Alia mengeluh berat.

         " Nanti aku suruh kawan aku hantar kereta kau pergi bengkel. Sementara waktu ni kau pergi office dengan aku je. " Tengku Syahmin tergerak hati ingin pergi bersama ke office dengan wanita itu. Mungkin takdir kereta wanita itu rosak dan takdir berpihak kepadanya. Maybe ?

         " Err.  Aku mintak maaf pasal tadi. Aku terlampau emosi sangat mungkin. Sampai aku tak sedar yang kau ada dekat situ tadi. Tapi kenapa kau datang tiba tiba ? " Luah Alia perlahan. Bingung. Matanya memandang wajah Tengku Syahmin yang asyik dengan pemanduan. Cermin mata hitam. Poyonya !

        " Takpa. Its okay, Alia. Ermm... entahlah. Hati aku yang tergerak nak ambik kau pagi ni. Takut kau lambat pulak. Pagi ni kan ada meeting penting ? " Balas Tengku Syahmin penuh bersahaja. Bukan bermaksud untuk memerli.

            Jawapan selamat lah tu kan ? Bisik Tengku Syahmin dalam hati.

          " Kau perli aku eh ? Tahulah aku selalu datang lambat. " Rajuk Alia. Dia memuncungkan mulutnya seperti anak itik.

           " Kau ada bawak kan fail yang aku mintak semalam tu ? " Tanya Tengku Syahmin erti kata lain ingin mengubah topik perbualan. Wajah wanita itu suram. Mungkin terkesan dengan kata katanya sebentar tadi.

Apalah Encik Syahmin ni. Dia yang terhegeh hegeh suruh Encik Nazri tukarkan aku dekat sini. Kalau ikut hati aku jangan harap. Ni nak perli perli pulak. Dah aku ni susah nak tidur awal. Bangun pun susah jugak ! Terbang mood aku nak presentation nanti.

           Alia mengeluh berat. Dia membuang pandang ke arah luar tingkap. Memandang bandar Kuala Lumpur yang sudah sibuk menjelang pagi. Kalau dikampungnya, suasana disana akan sejuk sehingga dia menggigil. Rindu umi dan abah.

         "Adik, kalau boss adik berkenan dekat adik macam mana ? " Tanya En Rusli perlahan. Anaknya itu sedari tadi asyik terus membaca novel ' Segalanya Untukmu ' . Entah apa yang disedihkan sehingga anaknya mengalirkan airmata semalam diruang tamu. Pening !

            " Hmmm... " Alia hanya mengiakan kata kata abahnya. Kerana sebenarnya dia tidak tahu pun dan dia tidak mendengar apa kata abahnya.

              Akhirnya En Rusli mengetuk ngetuk meja. Geram dengan tindakan anak bongsunya yang tidak mengendahkan dirinya.

          " Apa dia abah ? Abah cakap apa tadi ? " Akhirnya Alia menutup buku dan duduk menghadap abahnya dengan sengihan.

         " Malas abah nak ulang. Lambat. " Ucapan En Rusli berbaur merajuk. Dia terus menukar siaran televisyen. Dia tidak mengendahkan pujuk rayu anaknya.

        " Abah, abah ulanglah balik. Yelah yelah adik dengarlah ni. Cepatlah ulang balik abah. " Pujuk Alia lagi. Digoncang goncangkan tubuh En Rusli perlahan.

     " Adik, apa goncang goncang abah tu ? Kan abah tengah tengok tv tu ? " Tegur Pn Noraini dengan lengkap bertelekung. Dia melabuhkan punggungnya disofa kosong.

" Abah ni hah. Dia tak nak ulang balik apa abah cakap. Adik tadi tak dengar. Adik tengah baca buku macam mana adik nak dengar abah. Umi, pujuklah abah suruh cakap balik. " Luah Alia perlahan. Dipandang wajah tua abahnya dalam dalam. Takut melukai hati abahnya.

  Pn Noraini menggeleng. Malas hendak ikut campur. Dia tahu suaminya itu terkadang suka menyakat anak mereka. Akhirnya suaminya itu berbicara tentang keinginan Tengku Syahmin menjadikan adik sebagai isteri.
           
Anaknya itu terkejut. Itu sahaja reaksinya.

          " Kenapa abah cakap macam tu? Abah berkenan dengan dia abah jelah kahwin dengan dia. "

Apa maksud Tengku Syahmin ? Tiba tiba sahaja ingin berkahwin denganya. Alia pening. Resah dengan permintaan abahnya. Bagaimana hendak terima kalau tiada perasaan cinta? Walaupun dia merasakan hatinya dekat dengan lelaki itu namun dia tidak pasti.

            " Alia ? Alia ? Kita dah sampai. Tak nak turun ke ? " Tanya Tengku Syahmin sekali gus mematikan lamunan Alia yang jauh.

Mengelamun aja dia ni. Risau masa meeting nanti tidak menumpukan sepenuh perhatian.

            

Cinta Dosa Semalam (Completed)Kde žijí příběhy. Začni objevovat