Bab 64

6.3K 105 0
                                    

Sudah hampir 5 tahun Tengku Syahmin disahkan lumpuh separuh badan selepas kemalangan yang dialaminya . Dari hari itu juga isterinya tidak pernah menjeguknya langsung . Kecewa hatinya diketepikan . Dia juga sudah membuang jauh bayangan isterinya . Kini dia hanya mengutip sisa sisa hidupnya tanpa isterinya itu .
     
         Tengku Amira juga tidak sudi berkahwin dengannya selepas kemalangan yang menimpanya. Dia sudah menjadi mayat hidup. Badan Tengku Syahmin juga sudah susut . Dia hanya mampu terlantar diatas katil. Namun dia harus kuat untuk mencari makna hidup yang kini sudah hilang baginya . Kini mungkin anaknya itu sudah berusia 5 tahun .

         '' Ma , Alia tak balik ke ma ? Mama tolonglah call dia . Syahmin rindu Alia ma '' Kata Tengku Syahmin perlahan semasa Tengku Liyana masuk menjenguknya . Air matanya tidak pernah kering merindukan wanita itu .
   
         '' Syahmin , dahlah . Lupakan jelah isteri Syahmin tu . Kalau dia betul betul ikhlas dengan Syahmin dia takkan buat macam ni '' Pujuk Tengku Liyana . Dia tidak tahu kenapa menantunya itu marahkan sangat anaknya itu.
        Sepatutnya dia ada disini untuk menjaga Tengku Syahmin . Namun sayangnya dia mula tidak menyukai perbuatan menatunya yang seakan menunding jari ke arah anaknya diatas semua yang terjadi .

       '' Syahmin dah penat . Ma , Syahmin nak jalan macam dulu . Mama boleh tolong kan ? '' Sudah hampir setahun dia menunggu isteri dan anaknya namun penantiannya seakan sia sia . Dia sendiri akan melupakan wanita itu . Dia sudah tidak mahu melihat keluarganya sengsara melihat kesedihannya . Dia mahu berdiri semula tanpa wanita itu .
        
         '' Mama bangga dengan Syahmin . Mulai hari ni , mama nak Syahmin lupakan dia . Syahmin cari hidup baru ''
      Bukan dia mengalah dengan usahanya untuk mencari isterinya itu namun apakan daya penantiannya adalah satu penyiksaan. Dia kini sudah mampu berjalan sedikit demi sedikit walaupun kakinya belum dapat kuat berjalan selepas setahun dia berubat di luar negara. Hanya doa dan harapan yang dia harapkan.

         '' Aku janji Alia yang aku takkan cari kau lagi . Aku akan bina hidup baru . Aku akan cuba lupakan kau ''
Ketukan pintu mengejutkan Tengku Syahmin dari lamunnnya yang agak jauh mengenang masa susahnya . Masa semangatnya tumpas kerana merindui wanita yang tidak pernah merinduinya .
 
        '' Masuk ''     

       '' En Tengku , jangan lupa tengah hari esok En Tengku ada meeting dengan Tan Sri Khalid '' Beritahu Azlia , pembantu kanannya.
  
        '' Okay. Saya pun dah hampir lupa . Siapkan apa yang patut , saya nak balik awal . Saya rasa tak berapa nak sihat ''

Tengku Syahmin cuba menenangkan dirinya yang nampak berserabut apabila terkenangkan kenangan lama . Di masuk kedalam Setia City Mall . Fikiranya agak bercelaru . Entah kenapa dia merasakan dekat dengan isterinya . Dia benar benar sudah dapat menerima bahawa melupakan wanita itu adalah perkara yang terbaik baginya.
       Ya . Hampir 5 tahun berlalu , dia sudah mampu untuk menyingkirkan bayang banyang wanita itu . Tiba tiba aiskrim ditangannya jatuh berderai ketanah. Rasanya tidak apa apa yang dilanggarnya. Rupanya ada seorang kanak kanak yang melanggarnya .
     
          '' Maafkan Aiman sebab buat aiskrim uncle jatuh . Tapi Aiman tak ada duit nak ganti '' Kata budak itu perlahan . Dia hanya menangis menundukkan wajahnya .

        '' Kenapa Aiman menangis ? Mummy aiman mana ? Kenapa Aiman jalan sorang sorang ni ? '' Tanya Tengku Syahmin lagi . Tersentuh hatinya . Jika anaknya , mesti sudah sebesar itu .

          '' Aiman nak mainan kapal terbang besar dekat sana tu . Tapi mummy taknak belikan . Aiman sedih . Aiman lari .... '' Luah kanak kanak dihadapannya itu . 
    
       '' Kalau Aiman nak , uncle boleh belikan . Tapi dengan satu syarat , Aiman tak boleh buat mummy macam ni . Sekarang mummy mesti risau cari Aiman . Janji dengan uncle Syahmin , Aiman takkan buat macam tu lagi okay ? '' Pujuk Tengku Syahmin lagi.

Kalau itu anaknya , mesti mempunyai hobi yang sama sepertinya yang suka mengumpul pelbagai permainan kapal terbang . Tapi sayang , sudah lebih 5 tahun . Isterinya dan anaknya hilang entah kemana . Lagipun hatinya sudah melupakan mereka .

         Aiman mengangguk . Selepas Tengku Syahmin membelikan permainan kapal terbang itu , Tengku Syahmin membawa anak kecil itu makan di restoran KFC . Dia hanyut memerhatikan anak kecil itu makan sehingga mengingatkannya kepada isterinya yang agak menggemari KFC .
        Seketika dia memerhati jikalau ada seseorang mencari anaknya . Namun matanya terhenti pada susuk tubuh seseorang wanita yang begitu rapat dengannya .
Alia ? Bila dia balik kesini ? Dia dengan siapa ? Takkan lah ? Dia mula mengesyaki bahawa anak kecil dihadapannya kini adalah Tengku Aiman aak mereka berdua . Hatinya disapa perasaan gembira .
      
       '' Aiman , tu mummy ke ? '' Tanya Tengku Syahmin sambil menunding jarinya kearah seorang wanita . Rasanya Aiman begitu dekat dengannya . Nalurinya sebagai seorang ayah berdebar apabila melihat wajah kanak kanak itu .

       Aiman terus mengangguk dan berlari meninggalkannya untuk mendapatkan mummynya . Tengku Syahmin terdiam . Tidak sangka hari ini dia dapat berjumpa isteri dan anaknya disini . Segala kekusutannya beransur hilang .

         '' Mummy ! '' Jerit Tengku Aiman sambil memeluk kaki Alia . Alia memeluk Tengku Aiman .
        
        '' Aiman pergi mana ? Puas mummy cari . Dia benar risau akan keselamatan anaknya itu . Sudahlah anaknya itu suka benar membeli mainan kapal terbang yang mahal . Puas dia memujuk Tengku Aiman , namun dia tetap mahukan model kapal terbang itu . Apabila tidak tahu memasangnya , dia akan menangis .

        '' Aiman dengan uncle tu . Dia belikan Aiman kapal terbang . Lepas tu dia belanja Aiman KFC '' Jawab Aiman sambil tersenyum . Lalu menarik tangan mummynya menuju ke arah lelaki yang dimaksudkan.

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now