Bab 69

6.5K 97 0
                                    

Pada tengah hari itu Alia membawa Tengku Aiman pergi kerumah orang tuanya . Dia sudah terima segala yang bakal berlaku . Dia sudah lama redha jika tindakannya itu membuatkan orang tuanya menunding jari kearahnya . Memang dari dahulu salahnya mencintai kelaki itu.
    
      Kelihatan umi dan abahnya sedah berada dibawah pokok mangga sedang duduk berbual . Alia tergamam melihat orang tuanya yang hanya memandangnya. Pandangan penuh kebencian. Namun pandangan abahnya sentiasa redup buat dirinya.
        
        '' Abah . Umi '' Alia mendapatkan kedua orang tuanya . Dia menyalami tangan kedua orang tua itu namun Pn Noraini segera menarik tangannya sewaktu Alia ingin menyalaminya .

         '' Kau buat apa balik ? Buat malu aja . Kau berambus ! Aku tak nak tengok muka kau lagi ! '' Herdik Pn Noraini kasar . Dia terus menampar wajah Alia sekuat hatinya. Puas .
        Setelah apa yang diperbuat oleh anaknya , dia yang menanggung malu orang kampung selalu bercerita bahawa anaknya itu lari kerana melahirkan anak luar nikah. Sakit hatinya. Bernanah telinganya .
      
         '' Umi ! Maafkan adik umi . Adik mengaku salah adik pada umi dengan abah. Adik balik nak perbetulkan keadaan . Jangan buang adik. Jangan halau adik '' Rayu Alia . Airmatanya deras mengalir . Tengku Aiman pula sudah ditolak tolak supaya pergi dari situ .

        Alia mendapatkan Tengku Aiman yang sedang menangis kerana terjatuh . Alia terus memeluk anaknya itu . Dia tidak menyangka uminya sendiri akan membuangnya . Abahnya hanya berdiam diri. Siapakah mereka berdua sebenarnya ? Mereka bukan orang tuanya yang lembut seperti dulu . Tidak menyayangi dia seperti dulu. Dimanakah kasih sayang itu ?
      
        '' Umi boleh buat apa aja dekat adik . Tapi jangan sentuh anak adik ! Dia tak bersalah . Kalau umi dengan abah nak buang adik , adik terima. Adik memang dah malukan umi dengan abah '' Alia terus mendukung anaknya.

Dia hanya memandang sepi kelibat uminya berlalu masuk kedalam rumah. Kini hanya tinggal dia dan abahnya sahaja diluar. Dirapati abahnya yang hanya bungkam senyap dengan kehadiranya disitu. Beberapa saat dia kini didalam pelukan abahnya.

       " Adik pergi jauh kenapa tak bagitahu abah ? Abah tak marah kalau adik bagitahu abah. Abah geram je adik bawak lari cucu abah ni. " EN Rusli mengusap perlahan rambut cucunya.

      " Maafkan adik abah. Adik bukan tak nak bagitahu. Tapi adik takut abah bencikan adik. Marahkan adik macam umi marahkan adik. Adik mintak maaf abah. Dari dulu adik suka susahkan abah. " Balas Alia perlahan. Dia merenung wajah tua abahnya. Rindu benar manatapi wajah itu.

      " Adik tak cakap pun adik pergi Kedah. Abah dah tahu selama ni adik dekat rumah atuk kan ? Atuk cerita dekat abah. Suami adik pun tahu adik dekat sana. Cumanya kami nak bagi adik masa sampai adik betul betul nak balik. " Balas En Ismail sambil meriba Tengku Aiman yang sudah pun berhenti menangis.

        " Adik tahu. Adik ada nampak dia. Tapi adik diamkan je. Adik kejam sangat ke abah ? " Tanya Alia. Wajah abahnya ditatap. Mencari erti persoalanya. Dia tahu dia tidak patut melarikan diri daripada masalah. Dia perlu menghadapinya juga nanti.

       " Adik cakap. Adik bincang elok elok dengan Syahmin. Abah tak suka cara adik. Tak elok buat suami macam tu, dik. " Nasihat En Rusli lembut. Dia tidak pernah membenci mahupun marahkan anak bongsunya itu. Dia tahu anaknya itu tertekan dengan desakan pelbagai pihak. Kehilangan anak bongsunya itu banyak menjadikan dia seorang yang memahami.

Alia mengangguk perlahan. Kata kata abahnya itu tergiang ngiang difikiranya. Dia terus berlalu dari situ. Hatinya ditegarkan seperti batu bata agar dia dapat menerima segala tohmahan yang dilemparkan. 'Kenapa abang buat Alia macam ni ? Abang memang sengaja nak buat semua orang nampak kesalahan Alia ke ?'

        Didalam kereta Tengku Aiman hanya diam berbaring di tempat duduk belakang . Alia menjadi simpati kepada nasib yang telah menimpa anaknya yang tidak bersalah . Apa salah dia sehingga dibenci sebegitu ?
     
         '' Mummy , boleh tak kita jangan jumpa siapa siapa lagi . Aiman tak suka dorang marah marah mummy macam tu '' Luah anak kecil itu sambil berdiri disebelahnya yang sedang memandu . Sesekali anak kecil itu mencuri mencium pipinya .
Alia diam . Dia tahu anaknya itu merasai kesedihannya. Dia juga hampir menagis apabila mendengar luahan anaknya .

Dia ada keluarga namun keluarga itu telah membuangnya . Dia ada suami, namun suaminya seakan tidak pernah heran dengan perasaan yang dialami seorang diri. Ini semua salahnya sendiri. 'Salah kau jugak. ' Bisik hati kecil Alia.
     
          '' Semua orang macam tak suka aja dengan Aiman . Apa salah Aiman ? Papa pun bencikan Aiman . Sebab tuh dia taknak jaga Aiman kan mummy ? Mummy ? Jawablah . Kenapa mummy diam ? '' Tanya Tengku Aiman lagi . Kali ini dia sudah mula menangis. Wajahnya kembali lencun dengan air mata. Rambut yang jatuh didahinya ditiup tiup. Kemudian bibir mungilnya dicebikkan.

         '' Aiman . Tak baik cakap macam tu. Siapa kata papa tak sayang Aiman ? Papa sayang Aiman cuma dia sibuk sikit . Nanti mummy bawak Aiman jumpa papa. '' Pujuk Alia lagi. Sebersalah dibuatnya. Anaknya itu juga merajuk. Kadang kadang hanya dengan menceritakan tentang Tengku Syahmin barulah anaknya itu dapat dipujuk. Kalau tidak, jangan pernah berharap. Seminggu pun dia pernah merajuk hanya tidak membelikanya buku warna.
       
           '' Aiman tak nak jumpa papa '' Wajahnya ditarik masam. Dia terus berpeluk tubuh. Melemparkan pandangan ke arah luar. Sesekali matanya dipejamkan dan butir butir jernih keluar daripada matanya. Disembamkan wajahnya dibeg kecil sekolahnya.
        
Alia hanya memerhati anaknya yang menarik muka masam dari cermin hadapan . Apa lagi yang dia mampu buat ? Dia benar benar tidak tahu untuk meredakan marah semua orang disekelilingnya. Semua orang disekelilingnya tidak pernah tahu dan faham perasaanya bagaimana hendak gembira seperti biasa apabila berjauhan dan melepaskan suami tercinta pada orang lain ? Pada Tengku Amira? Menyerahkan suaminya sendiri ? Tidak mungkin !

           Dia kesini hanya untuk merintih maaf. Mencapai kata maaf daripada orang orang yang ditinggalkan. Itu semua bukan mudah untuk menjadi kenyataan. Semua yang berlaku itu amat sukar baginya. Dia amat gembira kerana abahnya tidak pernah memarahinya. Namun dia perlu segera menemui Tengku Syahmin. Dia harus !

            

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now