Bab 62

6.3K 95 0
                                    

" Mak, anak sapa ni mak ? Bila mak ambik budak buat bela ni mak ? " Bertalu talu Hajar menanyakan tentang perihal anak kecil dirumah orang tuanya. Hairan. Selama ini maknya itu tidak pernah membela mana mana budak pun.

"Anak buah hanglah. Hang jangan bagitahu pulak Alia ada kat sini. Kesian mak tengok dia, Hajar. " Bisik Pn Fatimah perlahan.

" Apa mak ? Alia mai sini ? Mak tahu tak kat Kl tuh hampa semua pi carik dia. Puaih laki dia carik mak tau dak. Ni Hajar nak cakap apo kalau dorang tanyo ni mak ? " Hajar mula kalut. Rupanya anak saudaranya itu lari kesini. Pataslah saja mereka tidak tahu. Kerana semua berrikiran anak saudaranya itu tidak tahu jalan ke sini. Hajar menggelengkan kepala.

Pn Fatimah menasihati anak bongsunya supaya merahsiakan perkara ini. Dia mahubmenjaga cicitnya itu walaupun sebenarnya nampak kejam tapi dia kesiankan cucunya dan cicitnya itu.

" Kenapa tak habaq dengan maksu yang hang ada sini ? Umi dengan abah hang tu risau kat hang. Hang ni pun satulah. " Bebel Hajar kepada anak saudaranya itu. Geram. Semua orang risau dekat dia, dia boleh buat tak tau ja. Haish.

" Kalau Alia bagitahu maksu, mesti awal awal maksu dah pakat dengan depa kan ? Tolonglah maksu. Kali ni ja maksu tolong Alia. Alia rimeh lah kat sana tu maksu. Semua orang dok nak salahkan Alia. Mana tak berserabut fikiran Alia ni. " Luah Alia dengan sedikit bahasa irang kedah. Walaupun dia sebenarnya tidak fasih, sikit sikit tu bolehlah.

" Tapi hang tu ada anak. Sanggup hang nak pisahkan anak hang dari bapak dia. Isteri jenis apa hang ni ? Maksu tak taulah nak tolong hang lagu mana lagi. Hang ni betui betui pusingkan kepala ja. " Marah Hajar lagi.

" Apa marah dia macam tu ? Takkan nak salahkan dia sorang je ? Cuba awak kalau mak paksa saya kahwin lain. Awak nak ke ? Bermadu pulak tu ada anak sorang. " Sampuk Rizal suami maksu. Geram.

Alif Danial hanya diam mendengar kata kata ibu bapanya yang marahkan sepupunya Amira Alia. Dia memandang wajah sepupunya itu dalam diam. Suram. Walaupun sudah lama dia tidak menemui sepupunya itu, wajah itulah yang selalu memimpinya ke alam mimpi. Namun perasaanya dimatikan sejak tahu sepupunya sudah berkahwin lain. Dia agak pelik kenapa semua orang memanggil sepupunya itu dengan nama 'Alia' ?

" Alia, maksu harap apa pun yang hang buat, Alia fikir hati orang tua hang. Kalau dah ini keputusan hang, maksu akan rahsiakan perkara ni. " Hajar akhirnya mengalah. Esok dia akan pulang ke Kl semula. Hanya Alif Danial sahaja ditinggalkan dikampung. Buat sementara waktu.

" Mira lama dekat sini ? " Sapa Alif Danial mengambil tempat ditangga belakang dengan wanita dihadapanya. Orang tuanya sudah lama masuk tidur. Letih mungkin. Dia ingin memcuri berbual bual dengan sepupunya itu.

" Lamalah jugak. Tapi awak siapa ? " Tanya Alia bingung. Dia tidak pernah melihat pun lelaki ini walaupun sudah beberapa kali dia kerumah maksunya.

" Mira tak kenal Danial ? " Tanya Alif Danial sedikit pelik. Takkan dah lupakan aku ? Tapi kenapa panggil dia Alia ? Ada apa apa aku tak tahu ke ?

" Saya tak kenal awak. Maafkan saya. Saya masuk dulu. Sejuk duduk dekat luar ni. " Balas Alia terus beredar. Siapa lelaki tu ? AKu tak pernah nampak pun. Kenapa dia panggil aku Mira ? Kenapa dengan aku sebenarnya ni ? Lupa. Aku dah hilang ingatan. Tapi kesian dekat lelaki tu. Siapa nama dia ? Danial ? Aku langsung tak ingat dia. Alia mengeluh.

Rupanya dia hilang ingatan. Kesian Mira. Tak ingat apa apa langsung. Emak dan abahnya pula tidak pernah memberitahunya mengenai wanita itu. Lagi haru hatinya.


Cinta Dosa Semalam (Completed)Onde histórias criam vida. Descubra agora