Bab 21

7.5K 171 0
                                    

Tengku Syahmin tidak sabar ingin berjumpa dengan wanita bernama Amira. Nope. Alia.  Semalam wanita itu mengambil cuti. Jadi hari ini dia mahu menatap wajah wanita itu sepuas puasnya. Dia rindukan sepasang anak mata Alia yang berwarna coklat. Mata itulah yang selalu memberinya keyakinan.

       " Morning Encik Syahmin. " Sapa Mairah sambil keluar membawa secawan kopi panas. Pelik ? Kenapa Encik Syahmin buat air sendiri ? Mana Alia ? Lupa ! Dia demam.

           " Morning. Ermm... Mai you ada nampak Alia ? I tak nampak dia pun hari ni. Bukan sepatutnya dia dah masuk office ke ? " Tengku Syahmin hairan. Semalam dah mintak cuti. Takkan hari ni cuti lagi? Aku baru nak tanya pasal projek dekat PD tu. Nak call abah macam kelakarlah pulak.

         " Maaf Encik Syahmin. Cik Alia hari ni dia Mc. Dia demam. Dia tak bagitahu Encik Syahmin ke ? " Mairah pening. Biar betul Alia ni Mc tak bagitahu boss ? Pelik.

  Tengku Syahmin baru teringat. Semalam dia tidak mengusik telefon bimbitnya langsung kerana busy dengan projek baru. Tengku Syahmin menepuk dahi dan terus beredar meninggalkan Mairah yang terpinga pinga.

Tengku Syahmin membelek belek telefon bimbitnya penuh kesal. Melambak missed call dari wanita itu. Akhirnya dia hanya tersenyum dengan chat ringkas dari wanita itu.

                 ✉Take care boss ☺☺

Demam pun boleh suruh aku yang jaga diri? Kau tu yang sepatutnya jaga diri.

             Send !

Tengku Syahmin membuat voice recorder dalam appliction WhatsApp dan dihantarkan kepada Amira Alia yang sedang demam. Ingatkan apa. Buat orang risau je lah dia ni. Dari dulu lagi kalau tak buat aku risau memang tak sah. Bagi nasihat pun dia akan ikut nasihat dia je. Hmm kuman degil kau dari dulu memang tak mampus mampus.

                                          ******

" Dulu lepas balik Amsterdam anak sulong mama ni asyik berkurung dalam bilik je. Sekarang dah lain je mama tengok Syahmin " Tanya Tengku Liyana sedikit kehairanan.

       Dulu anak aku tak macam ni pun? Tak banyak cakap. Asyik duduk dalam bilik lepas habis belajar. Sekarang anaknya itu sudah mahu bergaul dengan keluarganya. Malah suka berloyar buruk.

          " P.A Syahmin. Dia yang buat Syahmin berubah, ma. Kalau mama nak tahu dia tu kawan Syahmin masa dekat kolej dulu. Dia baik tau ma. " Luah Tengku Syahmin penuh bangga.

          " Siapa nama dia? Syahmin berkenan ke dengan dia ? " Tanya Tengku Liyana lagi. Siapa gadis yang sudah membuat anaknya berubah menjadi seorang penceria ? Dia ingin tahu!

          " Nama dia Alia. Tapi kalau dekat kolej Syahmin panggil dia Mira. Dari dulu lagi Syahmin sayangkan dia ma. Cuma, apa yang berubah sekarang dia langsung tak kenal Syahmin. " Luah Tengku Syahmin perlahan.

         " Kenapa pulak ? " Tengku liyana pening. Dia akan menerima sahaja siapa pilihan anaknya. Dia tidak mahu membuat silap untuk kali kedua. Dia telah memisahkan kegembiraan anak keduanya, Tengku Syahril.

           " Dia hilang ingatan. Alia terlibat dalam kemalangan. Syahmin cintakan dia. Dia pun cintakan Syahmin. Tapi tulah. Nak buat macam mana. Syahmin kenalah pikat dia balik. " Luah Tengku Syahmin panjang lebar.

Kesian Syahmin. Patutlah macam orang mati anak je lepas balik Malaysia. Rupanya ini yang berlaku. Salah aku jugak tak pernah nak ambik tahu hal peribadi anak aku.

            " Nanti Syahmin mesti bawak mama jumpa bakal menantu mama tau. " Bisik Tengku Liyana sambil mengusap ngusap bahu anaknya lembut.

Tengku Syahmin hanya senyum. Ya, ma. Syahmin akan bawak Alia sebagai menantu mama. Mama doakan Syahmin, tau. Tengku Syahmin terus berbaring di atas katil. Dia rindukan sarapan yang wanita itu buatkan untuknya. Karipap berinti sadin. Tengku Syahmin tersenyum lagi.

 Tengku Syahmin merapati Alia dimeja kerjanya. Geram pulak tengok dari tadi asyik mengunyah je mulut dia. Nak rasa jugak. Dia merenung wanita itu yang asyik sungguh mengunyah. Huh ! Sampai tak perasan aku langsung bila dah dapat curik  makan. Tak berubah langsung !

Alia yang baru perasankan Tengku Syahmin terus menyorokan bekas kuihnya. Ala! Jatuh pulak seketul!  seketul kuihnya terjatuh di atas meja kerjanya. Gelabah sungguh! Alia cepat cepat mengambil seketul karipap itu dan dimasukan kedalam bekasnya semula.

" Er... Encik Syahmin ada apa apa ke nak saya tolong ?" Alia tersengih. Malu gila sia ! Kenapa sampai aku tak perasan nih ? Malunya ! Agak agak comot ke aku makan ? Haish!

" Khusyuk betul makan. Makan pulak tak ajak. Boleh pulak nak sorok tertinggal seketul atas meja. Tak nak bagi aku sikit ke ? " Perli Tengku Syahmin. Haish. Ada je nak bagi aku gelak. Hari hari aku bahagia kalau kau ada depan mata aku, Mira. Hari hari !

" Maaf Encik Syahmin. Tapi tinggal seketul je. Itu pun dah jatuh atas meja tadi. Takpa. Macam ni. Esok saya masakan lagi. Yang panas panas terbaik dari ladang ! " Alia tersengih. Kau dah janji Alia! Kau kena tunaikan !

" Aku nak terbaik dari kau. Bukan dari ladang. Bukan dari kedai kuih mana mana. Ingat tu. Esok pagi pagi aku tuntut. " Tengku Syahmin mengugut dan terus beredar. Asyik kau aja buat loyar buruk. Sekarang aku pulak yang buat loyar buruk dengan kau. Tengku Syahmin tersenyum puas dapat mengganggu hidup wanita itu.

Mampus aku macam ni! Kalau aku bangun awal. Kalau tak bangun awal macam pagi tadi tak hingin aku nak buat. Itupun sebab duit dah kopak. Hmmm. Macam manalah aku tak sedar dia langsung ? Nasiblah kau.

         Dipejabat sahaja mereka akan menggunakan bahasa formal. Namun diluar pejabat Alia lebih suka membahaskan dirinya kau-aku dengan Tengku Syahmin. Tiada bantahan mana mana pun.

                 

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now