Bab 29

6K 138 5
                                    

" Alia , kita dekat mana ni ? Arghh ... ! " Tengku Syahmin memegang kepalanya. Darah menitik tanpa berhenti. Tanganya pula sakit. Ianya menyukarkan Tengku Syahmin untuk bergerak.

" Kau janganlah banyak bergerak. " Amira Alia bingung dengan apa yang menimpanya. Dia takut. Tengku Syahmin sedari tadi terus menahan sakit.

Kesal. Tengku Syahmin kesal dengan semua yang berlaku. Entah siapa yang ingin merosakan hubunganya dengan Alia. Seminggu lalu dia dan Alia ditangkap basah selepas mereka berdua dipengsankan disebuah hotel. Dia juga tidak mengingati apa apa lagi. Semuanya hanya samar samar.

Alia pula hanya diam membisu dengan apa yang terjadi. Dia sama sekali tidak sedar. Bangun bangun sahaja dia sudah bersama Tengku Syahmin didalam sebuah bilik kecil. Namun dia percaya bahawa lelaki itu tidak melakukan apa apa kerana dia elok berbaju cuma rambutnya sahaja yang terdedah.

" Sumpah ! Syahmin dengan Alia tak buat apa apa pun. Syahmin ikhlas nak berkahwin dengan Alia. Takkan Syahmin nak rosakkan Alia ? Kalau Syahmin ada niat macam tu dah lama Syahmin rosakkan Alia ma. Tolonglah percaya cakap Syahmin. " Rintih Tengku Syahmin perlahan.

" Betul cakap abang long tu ma. Tengoklah kepala along tu sampai tercedera. Takkan dia nak cederakan diri sendiri ? Bahu dia tu ? Takkan lah kak Alia nak pukul abang Syahmin pulak ma ? " Bela Tengku Amilia. Dia percaya akan abang dan bakal kakar iparnya tidak melakukan apa apa. Dia percaya ada dalang disebalik perkara yang berlaku.

" Abah dengan umi percaya yang Syahmin tak buat apa apa pada adik. Tapi adik yakin adik memang tak ingat apa apa ? " Duga En Rusli. Dia terkejut mendengar berita itu.

" Waktu tu adik dengan Syahmin turun sama sama nak pergi ke kereta masing masing. Adik nampak ada orang pukul Syahmin dari belakang guna kayu. Tiba tiba ada orang tutup mulut adik dari belakang. Adik sedar sedar je Jais dah ada, abah. " Terang Alia panjang lebar. Dia hanya memeluk uminya dari tadi. Kesal dengan apa yang berlaku. Tapi dia tahu ini bukan salah Tengku Syahmin.

" Sabtu ni ni adik akad nikah kan? Dah tak payah lagi fikir. Adik pergi tenangkan diri dan berehat. Semua persiapan biar umi dengan abah yang uruskan. Lagipun orang kampung pun tak tahu berita ni. " Nasihat Pn Noraini lembut mengosok gosok lengan anaknya tanda memujuk.

Alia terus menghilang diri ke dalam bilik tidurnya. Dihempaskan dirinya ke atas katil. Patung biri biri besar itu dipeluk kemas seerat eratnya. Hatinya gundah.

Betul ke dengan pilihan aku ni ? Betul ke Wani cakap yang aku dengan Syahmin selama ni pernah bercinta ? Tapi kenapa selama ni aku tak pernah sedar pun Syahmin lelaki yang ada dalam mimpi mimpi aku ? Seolah olah ingatanya beransur pulih. Bayangan lelaki itu kabur.

" Aku nak kau jadi bini aku. " Jujur Tengku Syahmin perlahan namun itu bukan adalah isi hatinya yang sebenar. Dia tidak mahu kehilangan wanita itu buat kali ke dua. Tidak mungkin dan tak akan ! Setelah lama dia tidak menyatakan ayat cinta, hatinya tidak dapat lembut untuk itu.

Alia terus menekup wajahnya dengan bantal. Kenapa aku nervous semacam je ni ? Aku nak tahu keadaan Syahmin. Aku nak jumpa Syahmin. Dia macam mana agaknya ? Amira Alia terus mendail nombor Tengku Syahmin. Beberapa saat barulah panggilan itu bersambut.

" Syahmin, kau macam mana ? Kau okey ke ? Dah pergi klinik ? "  Alia cemas. Bayangan kejadian itu masih segar dalam ingatanya.

" Sayang jugak kau dekat aku kan ? " Duga Tengku Syahmin. Adiknya disisinya memukul bahunya tanda suapaya berhenti mengusik bakal kakak iparnya itu. Tersenyum senyum Tengku Syahmin menjawab panggilan.

" Along, tak baik buat kak Alia macam tu. Cakap elok elok kenapa ? " Tegur Tengku Amilia perlahan. Kemudianya dia terus beredar keluar daripada bilik Tengku Syahmin sambil membawa bubur mangkuk yang sudah licin dimakan oleh abangnya.

" Ish kau ni, aku tanya elok elok kau jawab macam tu pulak. " Amira Alia membayangkan sedang menumbuk numbuk bahu Tengku Syahmin. Mamat ni, aku tanya sebab risau. Dia boleh pulak nak main main. Fikir lawak ke ?

" Aku okey. Kau janganlah risau. Sabtu ni kau jadi bini aku jugak. Tak sabarlah tu. Nanti kita buat anak ramai ramai tau sayang " Usik Tengku Syahmin. Dihujung talian wanita itu sedang merungut rungut. Alah, gurau sikit pun tak boleh. Aku gurau lebih lebih nanti hah padan muka kau.

" Umi dengan abah risaukan kau. Kau tak payah nak kerek sangat. Bencilah kau sakat aku macam tu " Balas  Alia kasar. Geram dengan sikap sambil lewa Tengku Syahmin yang tidak pernah ambil serius. Apa ? Ingat aku kilang ke ?

" Aku tahulah dorang risau. Kau tu tak risaukan aku ke ? " Duga Tengku Syahmin. Sekali lagi ingin mengusik wanita itu. Dia suka benar mengusik. Seronok mengusik wanita itu. Sudah menjadi sebahagian daripada hobinya.

" Kredit aku habis ni. Okey bye. " Alia mematikan panggilan. Kalau layan lebih lebih nanti, mengadanya tu menjadi jadi. Suka sangat nak usik aku. Konon kau sweetlah tu ? Erghh . Anak ramai ramai nak buat apa ? Harapan bola sepak negara ? Tinggal harapan jelah !

" Baru nak acah kejap dah tutup. Ni belum kahwin lagi. Kalau dah kahwin nanti, tunggulah nanti. " Tengku Syahmin tersenyum nakal. Sesekali dia mengadu kesakitan. Kalau dah macam ni, macam mana nak usik lebih lebih ? Nasib baik tangan kiri. Kalau tangan kanan macam mana aku nak akad nikah nanti ?

Entah siapa punya kerjalah pergi culik aku. Nasib baik aku dah lama cintakan Mira. Kalau tak, mesti aku kena kahwin paksa dalam drama dekat tv tu. Hah nak tangkap aku basah sangat, tangkap aku dalam bilir air. Ni tak, hotel pun hotel bajet je. Aku dapat siapa yang perangkap aku, aku akan pastikan kau serik nak hidup !

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now