Bab 42

6.4K 115 0
                                    

Bingit suara perbalahan antara Tengku Syahmin dengan Tengku Zahid . Anaknya itu degil dan keras kepala . Langsung tidak ingin mendengar nasihatnya . Dia begitu geram dengan kecuaian yang dilakukan oleh Tengku Syahmin yang memalukan nama keluarganya . Dia tahu niat jahat anak sedaranya yang sememangnya dari dahulu lagi ingin menggoda anak lelakinya itu .

       Kes Tengku Syahmin dan Alia juga adalah tektiknya untuk menarik perhatian Tengku Syahmin . Anak saudaranya itu tidak serik serik juga setelah apa yang berlaku dan langsung tidak mengenang budi sudah ditanggung perbelanjaannya diLondon . Sengaja hendak menghancurkan hidup anaknya setelah apa yang berlaku. Perkahwinan mereka yang gagal disebabkan ingin mengambil kesempatan kerana duit.

       '' Papa, Syahmin tak salah dalam hal ni . Syahmin masih waras lagipun kalau Syahmin nak apa apakan sepupu sendiri " Tegas Tengku Syahmin . Bengangnya menebal . Sudahlah hubungannya dengan Alia semakin dingin . Wanita itu lebih banyak berdiam diri dan hanya menjawab sepatah apabila ditanya . Rungsing fikirannya .

        '' Tapi semua dah jadi . Semua klien papa dah tahu pasal ni . Malu papa dibuatnya ! '' Marah Tengku Zahid .
Alia hanya mendengar sahaja suaminya berbalah dengan ayah mertuanya didalam bilik . Dia tidak berani untuk masuk campur.

Jika benar salah suaminya , mengapa suaminya beria membantah keras menyatakan itu bukan salahnya ? Dia buntu . Macam macam difikirkannya .
Dia pula tidak ada kuasa lagi untuk menegur suaminya .                  
         Entah kenapa kejadian itu berjaya dirasakan memukul perasaannya sehingga mendatangkan ombak besar dalam rumah tangganya yang tidak sampai setahun dibina bersama Tengku Syahmin . Perasaannya bergolak hebat.

Tapi tidak sampai hati . Suaminya itu selama ini melayaninya dengan baik dan selalu membuatkan hatinya bertambah sayang dengan lelaki itu .

        Tambah lagi dia sedang mengandungkan anak lelaki itu . Lagi parah jiwanya . Dia masih belum menyatakan keadaanya yang berbadan dua kepada suaminya itu.
Dia ingin memberi kejutan kepada suaminya namun suaminya pula yang memberi kejutan kepadanya . Lagi tenat hatinya didera .

      Tengku Syahmin membuka pintu bilik . Dilihat isterinya itu sedang menyeka air mata . Lagi sayu hatinya . Dalam keadaan dia sebegitu , dia ingin isterinya ada disampingnya namun isterinya itu makin menjauhkan diri dan dingin terhadapnya . Mana tidak dia terasa terpukul dengan semua yang berlaku ?

       '' Abang , jangan bagitahu umi dengan abah ya ? " Pesan Alia kepada Tengku Syahmin . Dia risau ibu bapanya risau . Bukan itu sahaja . Dia takut abahnya jatuh sakit dengan apa yang menimpa menantu kesayangan abahnya .

     " Jangan risau . Abang tak bagitahu pun . Alia risau abah jatuh sakit ke macam tu ? " Tanya Tengku Syahmin perlahan . Wajah isterinya itu dapat dibaca . Isterinya hanya mengangguk lemah . Tengku Syahmin merebahkan dirinya diatas katil . Jarinya mengelus lembut rambut yang jatuh didahinya . Dia memandang sepi isterinya yang duduk disofa disudut bilik .

Alia berlari anak kebilik air sambil mulutnya ditekup dengan tapak tangannya . Perkara itu mengejutkan Tengku Syahmin yang berbaring . Kenapa dengan isterinya itu ? Tanyanya dalam hati .

         Kedengaran isterinya sedang muntah muntah . Ini menambahkan lagi kerisauannya terhadap isterinya . Tengku Syahmin yang risau menghampiri isterinya dibilik air namun pintu itu dikunci . Dia mengetuk pintu tersebut dengan kerisauan yang menggunung .

      '' Sayang , bukak pintu ni sayang . Hey , kenapa ni ? Sayang buat abang risau tau tak. Sayang , bukak pintu ni abang kata .... " Namun sepi . Dia yang separuh mati risau terus ingin menolak pintu tersebut namun isterinya keluar dengan wajahnya yang basah .

Alia yang memandang sudut kelilingnya seperti samar samar . Dia mencapai tangan suaminya namun tiba tiba dia rebah disisi suaminya.

      '' Sayang , bangun ! Sayang , kenapa nih ? Jangan takutkan abang macam nihh ..... Please bukak mata . Jangan sakat abang macam ni " Jerit Tengku Syahmin. Namun isterinya itu masih tidak sedarkan diri . Dia terus mencempung tubuh isterinya itu dan dibawa turun .

       " Kenapa dengan menantu mama , Syahmin ? " Tanya Tengku Liyana dengan penuh kerisauan . Tengku Zahid yang cemas juga terus menjerit Pak Din untuk membawa mereka ke klinik .

Di dalam kereta Syahmin membaringkan isterinya diatas pehanya . Rambut isterinya itu dielus . Risau benar melihat wajah pucat isterinya itu . Isterinya itu tiba tiba sahaja rebah dihadapannya . Mujur juga dia menunggu didepan pintu . Dia sempat menyambut tubuh isterinya yang tiba tiba sahaja rebah .

Cinta Dosa Semalam (Completed)Where stories live. Discover now