BAB 1

1.3K 20 0
                                    


ALHAMDULILLAH! Akhirnya exam untuk semester kali ni dah habis. Lega hati Ayra. Lepas sahaja Ayra keluar dari dewan peperiksaan, student tahun akhir semuanya bersorak keriangan.Kertas-kertas dilemparkan ke atas, seperti bunga-bunga sakura gugur dimusim luruh kertas itu berterbangan. Bukan main gembira lagi mereka terlompat sana, terlomapat sini. Result pun belum keluar. Belum tentu lagi mereka dapat grad ke idok, habis semua kertas dibuang ke langit. Tengoklah nanti result, mampu lagi ke ketawa sampai nak termuntah tu? Ayra, hanya ada 1 Semester saja lagi untuk menamatkan pengajian.Sabar sajalah wahai hati. Dengkinya melihat keseronokan mereka.

Ayra pulang ke asrama puteri dengan hati yang lapang. Setelah menghabiskan masa 3 minggu berperang dengan peperiksaan, inilah masa yang sesuai 'qadha' tidur.Lepas tu tengok cerita Korea 24 jam. Memang best!

Waktu-waktu cuti semester Ayra memang tidak balik kampong disebabkan kampungnya terlalu jauh daripada tempatnya belajar. Habis belajar nanti baru lah dia pulang. Tipu lah jika dia tidak merindui kampong halaman. Lebih-lebih lagi kepada orang tuanya. Tapi gara-gara kisah lalu terpaksa dia pendam perasaan rindu itu. Cukup baginya mendengar suara orang yang dirinduinya melalui telefon. Terubat dah rindu.

"Alahai katil aku sudah memanggil-manggil. Mata pun sudah hampir tertutup. Aku nak tidur dululah. Manalah tahu mimpi artis pujaan si jantung hatiku. Siapa lagi kalau bukan Song Jong Ki! Ya bedabedu! Ayra pun terjun ke katilnya. Gedebuk! nasib baik katil ni tak patah. Kalau tak, melayanglah duit aku sebab nak bayar ganti rugi."

Selang beberapa minit Ayra melelapkan mata. Tiba-tiba...

"Ayra!!!!Ayra!! kau kena tolong aku!" Badan Ayra digoyang-goyang sepenuh hati. Ini tak lain tak bukan mesti suara si Zila yang suka melalak dipagi hari. Mata Ayra masih lagi tertutup rapat. Lantak kaulah Zila. Aku malas nak layan kau hari ni.

"Ayra! Kau dengar tak ni? Bangunlah! Kau ni tidur je memanjang tau!" Zila merengek seperti budak-budak yang minta dibelikan permainan. Hantu betul budak perempuan yang bernama Zila ni. Suka-suka dia saja kata aku tidur memanjang. Baru hari ni tau aku nak melelapkan mata.

Selimut yang menutupi separuh badan Ayra ditariknya.Terasa dingin pula aku. Ini yang aku pantang. Bila selimut aku dibuka atau dikacau ketika aku sedang tidur. Dengan mata yang dah nak serupa panda, Ayra cuba untuk bangun. Lemah longlai dia duduk sambil mata yang masa dipejam rapat.

"Hmm..apa halnya ni? Kau gaduh lagi dengan Zul? Atau kau memang dah tak ada kerja nak kacau orang? Masa-masa ni jugalah kau ganggu aku" Soal Ayra tanpa membuka matanya dengan kusut. Tudung yang tadi masih lagi tersarung dikepala, dibuka. Rambutnya yang panjang melimpasi bahu dan kusut itu diikat.

"Aku nak kau temankan aku ikut 'Kem Jalinan Kasih'" Sepotong ayat yang keluar dari mulut Zila itu, membuatkan mata Ayra terbuka luas. Aku salah dengar ke tadi? Atau tahi telinga aku baru cair? Hancur berkecai tahi mata yang baru tadi 'dibuatnya'

"Kau ulang lagi Zila. Aku bermimpikan tadi?" Tanya Ayra untuk memastikan lagi apa yang didengarnya sebentar tadi. 'Kem Jalinan Kasih? Biar betul. Sejak bila pula si Zila ni nak join program yang berkait rapat dengan hutan? Zila yang duduk di tepi katil itu direnung lama.

"Temankan aku ikut 'Kem Jalinan Kasih' jelas kan?" Satu per satu ayat disebut perlahan oleh Zila. Sah memang sah aku tak salah dengar dan aku tak mimpi. Sekali lagi Ayra merenung muka Zila yang putih gebu dengan renungan yang penuh tanda tanya. Tak perlu kata apa-apa cukup sekadar renungan itu saja Zila sudah memahaminya.

"Okay, macam ni. Aku tahu kau rasa hairankan kenapa aku beria sangat nak join kem tu. Ini semua sebab Zul. Zul tu tak habis-habis mengata aku manja. Tak pandai berdikari, suka sangat mengharapkan bantuan orang lain." Jawabnya. Muka Zila terlihat sedih dan tak berpuas hati dengan apa yang telah dikatakan oleh Zul. Memang Ayra akui Zila budak manja. Disuruh buat ini dia tak tahu, disuruh buat itu dia tak tahu. Semua benda dia tak tahu nak buat.

Tapi walaupun dia manja, dia seorang yang sangat low profile. Sangat baik dan penyayang. Mungin itu sebabnya Zul suka dan cintakan Zila. Zila anak orang berada. Serba serbi mewah tapi tak pernah sekali pun dia menunjuk-nunjuk. Taklah macam sesetengah orang tu kan. Sombong yang amat sangat. Macamlah duit tu boleh bawa masuk ke lubang kubur.

Leceh betul hidup berpasangan ni kan? Nasib baik aku masih single. Baru bebas nak pergi ke sana ke sini tak ada orang kongkong. Tak ada orang nak mengata itu ini.

"Huh? Kem apa? Kasih? Hish! Malas lah.bukan ke program tu dibuat oleh siapa nama mamat yang jadi kegilaan kat kampus kita?"

"Yup! Si Yusof Amsyar tulah. Kau kena ikut juga Ayra! Aku nak buktikan kat Zul yang aku ni mampu berdikari. Tolonglah aku janji lepas ni aku sponsor kau makan sampai kita tamat belajar." Zila memang budak yang keras kepala. dialah kawan baik Ayra dari hari pertama pendaftaran masuk Universiti. Semua permintaannya Ayra turutkan.

Ayra menggaru-garu kepalanya yang memang sudah terasa gatal. Kali ni susah betul aku terima permintaanya itu. Aku tak suka benda-benda masuk hutan. Susah nak cebok. Rimas dengan nyamuk dan panas. apatah lagi nak mengadap muka siapa nama tadi tu? Hah! Yusof Amsyar..

"Aku sanggup lakukan apa saja tapi kali ni aku memang tak boleh. Sorry, kau pun taukan Zila aku paling malas nak melihat muka mamat berlagak macam si Yusof Amsyar perasan nak mampus tu. Ditambah lagi kena masuk hutan bagai. Sedangkan kat sini lagi seronok. Ada toilet, ada tv, ada aircond, semuanya ada. Kat dalam hutan apa yang ada? Monyet?"

"Please kita pergi hutan tu satu minggu je. Tak lama punya. Lagi pun best apa masuk hutan kita boleh menikmati keindahan alam semulajadi. Boleh hilangkan stress. Kitakan baru saja lepas exam." Zila masih lagi merayu.

Adui minah keras kepala betul. Satu minggu je? Satu minggu tu bagi aku seperti satu tahun lamanya.Dahlah aku tak biasa pergi masuk hutan. Tak terbayang rasanya bagaimana keadaan aku bila masuk dalam hutan tu nanti.

"Tengoklah nanti macam mana.Aku tak janji tau nak temankan kau.Tapi janji tetap janji tau. Kalau aku temankan kau, kau akan belanja aku makan sampai kita tamat belajar! Titik." Balas Ayra terpaksa. Sengaja dia berkata begitu supaya Zila berhenti merayunya. Zila yang tadi masam mencuka bukan main berseri-seri lagi. Satu ciuman hinggap ke pipi Ayra. Hish! Kotor muka aku terkena lipstick!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now