BAB 34

363 7 0
                                    

"KAT sini pun kau. Aku cari merata tempat tadi. Ingatkan kau hilang lagi. Risau aku." Tercungap-cungap Haziq Syukri berkata. Mana tak semput. Dia berlari dari hujung ke hujung mencari Yusof Amsyar. rupa-rupanya dia seronok duduk dalam bas sambil menikmati penghawa dingin.

"Ada apa kau cari aku?" Tanya Yusof Amsyar acuh tak acuh. Setelah melihat babak mesra Ayra dan Mikyad Muqri, moodnya telah terbang dibawa lari angin. Perasaan meluat, marah, benci semua bergabung menjadi satu. Menyelubungi hatinya. Lebih baik dia membawa diri. Niatnya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada Ayra juga terbantut.

"Saja. Aku nak perkenalkan kau dengan sepupu Ayra tu. Tak sempat lah sekarang aku nak perkenalkan sebab dia dan Ayra dah pulang. Abang Mikyad bawa kereta sendiri. Alang-alang dia dah ada kat sini, dia ajak lah Ayra sekali balik dengan dia." Haziq Syukri melabuhkan punggungnya duduk di sebelah Yusof Amsyar.

Bas mula bergerak meninggalkan Kem Helang, setelah semua sudah naik dalam bas tersebut.

"Mereka balik sama-sama?" Soal Yusof Amsyar lagi. Si hati sudah tak keruan. Ada rasa pedih-pedih. Ada rasa bengkak-bengkak. Wahai Encik hati, kenapa dengan kau? Yusof memegang dadanya.

"Ya. Kenapa?" Wajah Yusof yang sudah berubah cuaca itu ditenung lama. Lain macam kawan aku ni. Cemburu ke?

"Tak. Aku tanya je. Mana Zila?" Yusof Amsyar berlagak tenang. Padahal di dalam hatinya. Tuhan saja yang tahu. Bergelut dengan perasaan sendiri memang meletihkan.

"Dia pun ikut abang Mikyad."

"Nasib baik tak berdua." Yusof Amsyar berkata separa berbisik. Terasa lega sedikit hatinya. Imaginasi-imaginasi yang bukan-bukan terus terpadam. Lalu mengurut dadanya.

"Apa?" Soal Haziq Syukri.

"Apa? Apa? Aku tak cakap apa-apa pun." Bohongnya.

"Ya ke? Tapi tadi..." Kata-kata Haziq Syukri terbantut apabila kata-katanya dipotong.

"Dah. Aku penat sangat sekarang ni. Aku nak tidur puas-puas. Perjalanan kita masih jauh kan?" Yusof Amsyar memejamkan mata. Sebelum Haziq Syukri bertanya banyak lebih baik dia tidur.

Haziq Syukri menggaru-garu kepalanya. Mungkin aku salah dengar kot tadi.

DALAM perjalanan pulang ke asrama puteri, Ayra lebih senang untuk berdiam diri. Zila pula sudah jadi sleeping beauty di belakang. Otaknya ligat berfikir tentang Yusof Amsyar. Timbul rasa hairan dihatinya apabila lelaki itu tiba-tiba menghilangkan diri. Ingatkan tadi nak mempamerkan sepupunya yang paling kacak tu. Biar dia tahu, bukan dia saja lelaki yang kacak di dunia ini. Musnah harapan. Yusof Amsyar kau masih berhutang dengan aku. Hutang M-A-A-F.

"Ayra. Ayra betul ke tak nak balik kampung? Kesian mak cik Asdina dan pak cik Ahmad risau." Mikyad Muqri bersuara tanpa menoleh Ayra. Pandangannya hanya pada jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat.

Lamunan Ayra tersentak.

"Tak lah. Abang Mik hantar Ayra pergi hostel je. Nanti sampai hostel baru Ayra call mak. Abang Mik tak payah risau." Balas Ayra. Ikutkan hati memang dia nak balik kampong. Peluk mak, adik dan....abah. Namun dia terpaksa melupakan hasratnya itu seketika. Kalau lah hubungannya dengan Tuan Ahmad baik. Tiap-tiap hari dia nak balik kampong.

"Ayra, jangan kenang peristiwa yang lepas. Abang Mik yakin pak cik Ahmad dah tak macam dulu lagi. Dia dah dapat menerima kenyataan bahawa Ayda dah meninggal. Itu bukan salah Ayra. Allah sudah menentukan segalanya. Ajal maut ditangan Allah Ayra." Mikyad Muqri memujuk. Mana tahu kali ini Ayra terpujuk dengan kata-katanya. Dah lama sepupu kesayangannya itu tidak balik kampong. Puan Asdina tiap-tiap hari menghubunginya, menyuruh dia memujuk Ayra supaya pulang ke rumah. Ini sudah ratusan kali dia memujuk Ayra. Tapi gagal. Ayra tetap dengan pendiriannya.

"Abang Mik. Ayra..Ayra masih terasa sakit. Sakit sangat. Kata-kata abah hari tu masih lagi terekod diotak ni. Masih jelas dan segar. Ayra tak mudah untuk melupakan apa yang terjadi. Sepanjang Ayra belajar dan duduk hostel sekali pun abah tak pernah tanya khabar. Dulu boleh je dia call arwah kak Ayda tiap-tiap hari. 3 kali sehari. Ayra terasa...Ayra cukup terasa abang Mik." Air mata Ayra mula bergenang. Suara dah tersekat-sekat menahan tangisan.

"Ayra." Mikyad Muqri hanya mampu memanggil nama itu. Dia tahu Ayra sudah lama menahan rasa luka itu. Luka lama yang masih meninggalkan parut. Parut yang masih lagi berdarah. Bukan senang untuk dia mengubati luka itu. Kalau terjatuh dari basikal, luka yang berdarah itu nampak. Nak ubati pun cukup bagi minyak dan plaster. Luka yang di dalam hati tu yang susah nak rawat.

"Dah abang Mik. Bila Ayra dah ready. Ayra akan balik but not this time. Please abang...tolong fahami perasaan Ayra. Kalau sampai hostel tolong kejutkan Ayra dan Zila ya. Ayra mengantuk sangat. Nak tidur." Ayra memalingkan badannya ke sebelah kiri. Dia tidak mahu Mikyad Muqri nampak air mata yang sudah mengalir di pipinya.

4 TAHUN yang lalu...

"Ayda. Anak abah. Jangan tinggalkan abah. Abah belum puas lagi nak bermanja dengan Ayda. Bangun lah nak." Tuan Ahmad meratapi jenazah Ayda yang baru saja dihantar oleh Ambulance. Dia sudah tidak peduli mata yang memandang. Nyawa terasa melayang apabila mendapat tahu anak kesayangannya itu meninggal di tempat kejadian.

Tidak dapat dia membayangkan bagaimana perasaan dan keadaan anaknya itu apabila lori yang dipandu oleh warga Indonesia hilang kawalan. Break lori tersebut rosak. Warga Indonesia itu ingin mengelak lopak besar. Malangnya bila dia memusing stereng dia tidak nampak kereta Ayda yang berada di lane sebelah kanan. Terus sahaja lori itu bergesel dan menghimpit tepi kereta Ayda. Ayda ingin mengelak tapi tak semat kerana keretanya sudah mencium penghadang jalan. Hentakkan yang kuat dibahagian kepala menyebabkan Ayda menghembuskan nafas yang terakhir.

"Abang. Jangan macam ni. Tak baik meratapi jenazah. Relakan pemergian anak kita bang. Saya ibu. Saya lagi rasa kehilangan. Dina yang melahirkan Ayda pasti Dina rasa terseksa atas pemergiannya." Pujuk Puan Asdina. Air mata yang mengalir dikesat dengan lengan baju kurungnya.

"Betul tu abah. Ikhlaskan pemergian kak Ayda. Kita doakan semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Diterima amal ibadahnya. Biar lah kak Ayda pergi dengan tenang." Giliran Ayra bersuara. Dia memaut bahu Puan Asdina dan Tuan Ahmad. Mengharapkan sentuhannya dapat mengurangkan kesedihan orang tuanya itu.

Tetamu yang datang bertandang mengucapkan takziah kepada keluarga Ayra. Mikyad Muqri dan Puan Asmidah juga turut berada di situ.

Tuan Ahmad meratah wajah Ayra. Tangan Ayra ditepis kasar menyebabkan dia terkejut dengan tindakan Tuan Ahmad. Wajah Tuan Ahmad bengis. Matanya merah. Dadanya turun naik menahan marah.

"Ini semua disebabkan kau! Kau anak derhaka! Kalau kau tak sibuk-sibuk menabur fitnah tentang anak kesayangan aku tu, dia tak kan lari dari rumah!" Tuan Ahmad mengherdik Ayra di depan orang kampung. Bergema suaranya di ruang tamu. Semua mata memandang Ayra. Suasana begitu tegang.

"Abah cakap apa ni?" Suara Ayra bergetar. Matanya terasa panas kerana air mata bergenang. Perkataan 'anak kesayangan' yang keluar dari bibir Tuan Ahmad membuatkan telinganya berdesing. Habis dia anak apa?

"Tak payah berlagak jadi bodoh! Ayda lari sebab kau nak rampas bakal suami dia kan? Kau sengaja reka-reka cerita kononnya Ayda merampas bakal suami orang lain. Ayda buat fitnah supaya lelaki tu putus dengan kekasih dia dan kemudia dia dapat kahwin dengan lelaki tu. Itu kau yang reka kan? Kau memang tak layak jadi anak aku Ayra. Sanggup kau melukakan hati anak kesayangan aku! Kau nampak? Dia dah tinggalkan aku!"

"Abang! Kenapa dengan abang ni? Ayra tu anak abang. Adik Ayda tak kan Ayra memfitnah kakak sendiri! Ya Allah!" Puan Asdina melawankan Ayra. Semakin laju air matanya mengalir. Kasihan anak ku Ayra. Dia merangkul tubuh Ayra.

"Ayra tak tipu. Ayra tak reka cerita abah. Itu kenyataan. Abah jangan buat Ayra begini. Apa salah Ayra? Benci sangat ke abah pada Ayra? Di mata abah Ayra selalu jahat. Kak Ayda baik. Sedangkan anak yang abah sanjung. Abah puji tiap-tiap hari tu, sudah banyak buat benda yang tak elok di belakang abah. Dia..."

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now