BAB 73

1K 20 4
                                    

"SELAMAT pengantin baru!" Ayra bersorak riang. Akhirnya abang sepupunya dan kakak iparnya kini bersatu juga diatas pelamin. Begitu juga dengan sahabat baiknya, Zila dan Haziq Syukri berkahwin dihari dan masa yang sama. Juga ditempat yang sama! Kem Helang.

Kem Helang menjadi pilihan kedua pasangan pengantin baru itu untuk meraikan majlis perkahwinan mereka. Meriah suasana rumah nek Meriam dan atuk Daniel kerana majlis perkahwinan Mikyad Muqri & Yusrina Amnani, dan Haziq Syukri & Azila Syuhada diadakan diperkarangan rumah mereka. Sibuk Ayra menguruskan semuanya, dari khemah, pelamin sehingga tempat pengginapan ahli keluarga mereka nanti. Nasib baik nek Meriam dan atuk Daniel mahu membantunya menguruskan termasuk suaminya sendiri, Yusof Amsyar. hampir dua bulan membuat persiapan akhirnya kahwin juga mereka di Kem Helang.

Kenapa Kem Helang? Katanya Kem Helang menyimpan banyak cerita cinta mereka berempat. Sepatutnya berenam termasuk kisah percintaan Yusof Amsyar dan Ayra Syafinaz. Biarlah tempat itu juga menjadi tempat bersejarah dihari bahagia mereka.

"Selamat pengantin lama!" Giliran Zila pula yang bersorak riang pada Ayra dan Yusof.

"Ceh! Nak kutuk kita lah tu. Dia yang bercinta bagai nak rak dulu tup tup aku juga yang kahwin dulu dari dia." Sindir Ayra. Zila tidak terasa sebab dia tahu Ayra sedang bergurau. Salahnya juga selalu menunda hari perkahwinannya bersama Haziq. Banyak benda yang mesti diuruskannya termasuk urusan syarikat ZeelaSyu Production. Syarikat yang baru ditubuhkannya untuk menguruskan artis-artis tanah air dan berbakat. Sekarang syarikat ZeelaSyu Production sudah mencipta nama diindustri hiburan. Berkat usaha Zila dan tak lupa juga Ayra yang bertungkus lumus mengurus syarikat.

"Itu sebab si Yusof tu gatal nak kahwin dengan kau. Lagi pun dia takut kau dirembat oleh lelaki lain. Kan Yusof?" balas Zila sambil melirik ke arah Yusof yang sedang asyik menggenggam tangan isterinya.

"Betul betul betul. Aku tak nak ada yang curi cinta hati aku ni." Yusof bersetuju. Dia memandang Mikyad Muqri sambil tersenyum dengan penuh makna. Sepupu Ayra itu hanya menggaru keningnya. Buat-buat tidak mengerti apa yang dikatakan Yusof. Ya, dulu dia yang dijodohkan dengan Ayra tapi Yusof bertindak pantas. Perjodohan itu tidak berlaku, Ayra juga menolak perjodohan mereka. dia tidak terasa hati kerana dia memang tidak berniat untuk menjadikan isterinya. Ayra hanya dianggap sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih.

"Cinta konon! Dulu suka sangat kutuk saya. Marah-marah tak tentu pasal. Belum lagi suka mendenda orang!" Ayra berpura-pura merajuk.

"Sayang suka denda yang mana satu? Denda yang kena cium tu ke?" Yusof tersenyum meleret. Dia mengenyitkan matanya pada Ayra yang terlopong. Merah padam wajah si isteri bila dikenakan depan pasangan pengantin baru itu.

"Hish! Gatal."

Mereka ketawa serentak melihat kerenah pasangan pengantin lama itu. Gaduh-gaduh manja ler pulak!

"Am dah-dah lah sakat adik ipar kesayangan kak Rina tu." Yusrina menyebelahi Ayra. Ayra tersenyum bangga bila dilawankan oleh kakak iparnya. Yusof mencebik.

"Abang Mik..jaga kakak aku tu elok-elok. Dan kau Ziq jangan nanti bila dah kahwin lupa aku. Kau tu bila bersama Zila sudah lupa satu dunia."

Mikyad Muqri mengangguk mengerti apa yang disampaikan Yusof. semenjak kebelakangan ini hubungannya dengan Yusof semakin baik, malah semakin rapat. Seringkali mereka berdua berbincang mengenai kerja ataupun bercerita mengenai perangai Ayra dan Yusrina senyap-senyap. Mereka memang berpakat nak mengumpat dibelakang isteri-isteri mereka. umpat yang baik-baik saja bukannya yang buruk-buruk! Tak salah kan?

"Kau pun apa kurangnya? Semenjak bahagia bersama Ayra, jarang dah kau minta nasihat bernas dari aku. Habis air liur aku memberikan kau nasihat cinta." Balas Haziq Syukri.

"Pulak dah! Bila masa lagi kau jadi pakar nasihat cinta suami aku ni?" Soal Ayra.

"Dah lama dah..dia je yang selama ini ego tak nak mengaku dia dah jatuh cinta sedalam laut cina selatan dengan kau, Ayra."

"Kat sini rupanya kamu. Jom photoshoot. Aku tak ada masa nak tengok sesi silaturrahim di hujung-hujung hutan ni. Aku ada banyak tempat lagi nak pergi. Aku photographer professional tak boleh lambat." Ah! Si Rose sudah berleter. Rosalinda jadi-jadian!

"Ye, abang Rose." Ayra sengaja menyebut 'abang' didepan namanya. Dia tahu lelaki itu cukup pantang jika dia dipanggil 'abang.'

"Hei..panggil Sis Rose. Sis Rose. Tak reti bahasalah bini kau ni Yusof!" hentak-hentak kaki Rose mengomel. Sakit hatinya bila digelar 'abang Rose' "Kau tak nampak aku yang cantik jelita ni?"

Semua mereka tertawa memandang kerenah Rosalinda jadi-jadian tadi. Dah tercipta jadi lelaki nak juga jadi perempuan. Ish! Ish! Ish! Semoga Rose diberikan hidayah. Hensem sebenarnya Rose ni bila jadi lelaki tulin. Confirm para wanita berduyun-duyun nak mendaftar jadi isterinya.

"SAYANG, belum pergi mandi lagi?" tegur Yusof Amsyar setelah masuk ke bilik. Selesai saja majlis, para tetamu mula beredar yang hanya tinggal di situ ahli keluarga mereka.

Yusof mendekati isterinya kemudian mengucup pipi kanan milik Ayra. Harumnya dia! Ayra hanya membiarkan Yusof menciumnya. Dia masih sibuk melihat skrin telefon bimbit milik Yusof.

"Abang...abang rupanya belum delete lagi gambar ni?" Ayra menunjukkan gambarnya bersama Yusof yang ditangkap oleh si ayah yang makan di sebelah mereka, ketika mereka makan di restoran mamak. Si Ayah menyangka ketika itu mereka pasangan suami isteri.

Mata Yusof tertancap pada skrin telefonnya. Dia tersengih. Gambar itulah pertama kali dia bergambar berdua bersama Ayra. Kemudian dijadikan wallpaper. Bila rindu bolehlah tengok gambar tu. "Tak." Jawabnya ringkas.

"Kenapa?"

"Sebab abang sayang. Gambar tulah yang abang tatap setiap hari."

"Kata dulu takut ada virus lah, memori penuhlah..." kata-kata Ayra terhenti bila Yusof mencium bibirnya. Chupp!

"Hish! Suka cium orang bila orang masih nak bercakap tau!" Ayra menampar lembut dada Yusof. eleh merajuk konon tapi dalam hati ada taman. Berbunga-bunga je hatinya diperlakukan begitu oleh Yusof.

"Manisnya! Tadi sayang minum jus apel ye? Terasa manis je bibir sayang." Yusof mengenyitkan matanya. Bibirnya terukir senyuman yang sangat menawan.

Ni yang buat aku cair ni! Senyuman kau sangat hensem suamiku! Ayra menutup mukanya dengan bantal. "Sayang malu?"

"Dahlah..jangan buat hati Ayra berkung kang kung kang!"

"Ayra sayang. Cuba rasa degupan jantung abang." Tangan Ayra ditarik lalu disimpan ke dadanya. Dup dup dup dup dup. Bergetar hebat. Ayra tersenyum memandang wajah suaminya dengan penuh makna. Chupp! Giliran Ayra lagi mencium bibir si suami. Tangannya didekatkan ke dada Yusof. getaran semakin kuat. Yusof tertunduk malu. Isterinya pandai sangat menggodanya.

"Kalau sayang malu. Abang lagiiiiiiii malu."

"Kita sama-sama malulah!" Ayra mengenyitkan matanya. Pantas Yusof memeluk tubuh Ayra ke dalam dakapannya. Lalu berbisik. "Ayra Syafinaz I Love You hari-hari."

Ayra tersenyum lebar. "Yusof Amsyar I Love You too hari-hari." Ayra membalas pelukan Yusof Amsyar dengan erat.

"I Love our baby."

Ayra terkejut. "Bagaimana abang tahu?" seingatnya dia belum lagi menyampaikan berita tentang kehamilannya pada suaminya itu. Dia ni ahli nujum ke?

"Well, abang tahu sebab abang terjumpa preganancy test sayang tinggal kat dalam tandas dua hari lepas. Balik je dari sini kita terus buat check up ye?"

"Okay. Ingatkan dapatlah nak buat surprise tapi tak jadilah agaknya." Ayra buat-buat nada sedih.

"Tak payah nak surprise kat abang. Yang penting sekarang sayang tak payah buat kerja berat-berat. Biar abang yang buat semuanya. Sayang Cuma relax dan jaga kandungan tu."

"Baik boss!" Ayra tabik. Yusof tertawa. Comelnya dia!

Diantara cinta dan benci, Yusof dan Ayra memilih cinta. Semoga cinta mereka akan membawa mereka ke Syurga Allah. Bersama-sama menempuh onak duri, ombak dan badai dialam perkahwinan. Detik-detik manis dan pahit akan ditempuh bersama sehingga nafas terhenti. Yusof Amsyar sempurnakan hidup Ayra Syafinaz. Ayra Syafinaz sempurnakan hidup Yusof Amsyar. Kedua-duanya saling melengkapi. Aamiin

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now