BAB 59

325 6 1
                                    

"DULU aku ada cakapkan, aku benci Ayra bersebab. Memang betul aku benci dia. Benci tahap tinggi langit. Pertama kali aku jumpa dia bukan kat kampus atau semasa orientasi 5-6 tahun yang lepas. Tapi 7 tahun yang lepas, dia datang serang kak Rina. Dia rampas teman lelaki kakak aku, dia fitnah kakak aku. Perempuan tu cerita kat teman lelaki kak Rina, aku ni 'boyfriend muda' kak Rina, padahal aku ni adik kandung kak Rina. Dia fitnah juga kakak aku ada scandal dengan lelaki tua. Tapi lelaki tua tu klien kak Rina, kebetulan mereka pergi dinner kat salah sebuah hotel area dekat site. Teman lelaki dia yang macam pembaris tu percaya je bulat-bulat apa yang minah tu cakap." Sambung Yusof. Kejadian tujuh tahun yang lepas masih jelas terpapar diingatannya.

"Lepas tu?" Tanya Haziq. Dia sedikit terkejut dengan pengakuan Yusof. Namun dia cuba untuk bertenang dan mendengar cerita Yusof Amsyar.

"Teman lelaki dia putuskan hubungan mereka. Dia kata dia nak berkahwin dengan Ayra nak jadikan dia isteri konon. Mulai dari hari tu, kak Rina sakit. Makan tak nak, tidur tak nak...dia macam mayat hidup kat rumah. Menangis meraung setiap masa. Aku sedih tengok kak Rina begitu. Dia tak pernah seperti itu, dia orang yang sangat happy go lucky. Sekelip mata gara-gara fitnah yang Ayra buat tu, hidup kak Rina jadi tak tentu arah. Mama dan ayah pergi bawa kak Rina berubat. Doktor kata kak Rina mengalami depression yang teruk. So parents aku ambil keputusan hantar kak Rina pergi UK buat treatment di sana. Tak lupa juga guna perubatan kampong dan islami." Airmata Yusof mula bergenang. Tak sanggup dia mengenang keadaan kakak yang disayanginya itu ketika itu.

Haziq turut merasa simpati. Dia tidak menyangka kawannya itu pernah mengalami kisah yang menyedihkan. Tidak pernah sebelum ini Yusof menceritakan tentang masalahnya itu. Mungkin Yusof belum bersedia untuk berkongsi kisah sedihnya kepadanya. Dia faham.

"Aku ambil keputusan untuk memperisterikan Ayra...aku..aku nak.." kata-kata Yusof terhenti.

"Nak balas dendam? Kau sanggup?" Teka Haziq Syukri. Dia mengeluh lembut. "Kau yakin itu Ayra? Aku bukan nak sokong siapa-siapa. Tapi cara kau tetap salah Yusof. Kalau kau nak kahwini Ayra sebab kau nak seksa dia itu dah jadi haram. Berdosa."

"Habis tu apa lagi yang patut aku nak buat Ziq? Itu saja cara yang terbaik untuk aku membayar semua penderitaan kak Rina. Aku betul-betul yakin itu Ayra. Pasal tu aku benci tengok dia. sakit hati aku bila memandang wajah dia." Balas Yusof serius.

Teringat kembali dilayar fikiran Yusof, bila hari pertama orientasi. Terkejut dia memandang Ayra. Apa yang membuatnya terkejut lagi Ayra yang satu ini berbadan gemuk dan pendek. Warna kulit tidak secerah pertama kali mereka berjumpa ketika di Secret Recipe. Ayra yang seorang lagi tinggi lampai, kurus melidi, rambutnya pun mengalahkan warna rambut orang putih. Pelik juga Yusof, Setahun berlalu takkan gadis itu berubah seratus peratus. Dari hujung tudung hingga hujung kasut. Apa yang membuatnya hairan lagi gadis itu seperti tidak mengenalinya. Berlagak innocent agaknya! Tapi walauapapun kebenciannya kepada gadis itu semakin membuak-buak. Lagi sengsara gadis itu dia suka. Timbul niat jahat didalam hati ingin mempermainkan Ayra. Disuruh berlari keliling padang sepuluh pusingan. Ikutkan hatinya nak sangat dia suruh Ayra berlari seratus pusingan. Lepas tu difitnah pula mencuri duit. Sayangnya semua itu gagal.

"Kau fikirlah mana yang baik Yusof. Cuba maaf dia. Tak baik kau seksa dia begitu. Kalau dia bukan perempuan yang kau temui tujuh tahun yang lepas bagaimana? Aku sendiri tak yakin dia Ayra sejahat yang kau ceritakan pada aku. Setahu aku, apa yang Zila beritahu aku sangat berbeza tentang Ayra. Dia baik. Malah tersangat-sangat baik. Dia tak suka merosakkan kebahagiaan orang lain..." Jawab Haziq Syukri. Bahu kawannya itu dipegang lembut. Yusof tertunduk. Setiap bait kata yang keluar dari bibir Haziq, dia cuba dengar.

"...Zila sendiri ada cakap, abah Ayra halau dia semasa hari kematian kembarnya gara-gara dia dituduh membunuh arwah kakak kembarnya. Sedangkan arwah kakak kembarnya meninggal kerana kemalangan, kebetualan hari itu Ayra bercadang ingin berjumpa dengan arwah kakak kembarnya itu. Sebelum mereka bertemu arwah mengalami kemalangan yang sangat teruk. Abah Ayra tak mampu menerima kenyataan terus je dia tuduh Ayra membunuh anak kesayangannya tu. Dari kecil hingga besar dia sentiasa mengalah, dibiar saja abahnya membencinya kerana dia tak nak kakak kembarnya dimarahi gara-gara suka menabur fitnah. Biarpun dia sendiri yang terseksa. Tapi Allah itu maha mengasihani dan maha adil, setelah lama bersabar dengan apa yang berlaku hubungan abahnya dan Ayra kini dah semakin pulih kata Zila..." Sambung Haziq. Tenang saja lelaki itu menceritakan segalanya. Dia yakin bukan Ayra yang ditemui Yusof tujuh tahun yang lalu, mungkin ada salah faham ketika itu. Haziq berharap hubungan Ayra dan Yusof biarlah seperti pasangan yang lain. Saling mencintai dan menyayangi bukan berdasarkan benci dan dendam semata. Dia juga tidak mahu kawannya itu menyesal dikemudian hari nanti.

"Aku tak nak kau buat keputusan yang salah. Dia sudah puas menderita Yusof, takkan kau sanggup menambah penderitaannya lagi? Sesuatu yang berlaku pasti ada kafarahnya Yusof. Allah pasti akan beri balasannya. Tak tahu sekarang, esok, lusa, bulan depan, tahun depan. Kalau tidak di dunia, pasti di akhirat nanti terbalas. Percayalah. Benda kahwin bukan benda yang dapat dibuat main Yusof. Kau fikir masak-masak. Kalau kau nak teruskan perkahwinan ni kau buang dendam dan benci kau. Berdosa kau seksa anak orang. Aku faham perasaan kau bukan aku nak sebelahkan mana-mana pihak. Aku cakap benda yang mana yang aku fikir baik untuk semua. Kak Rina pun sekarang dah pulih sepenuhnya, dah boleh move on dah. Takkan kau tak boleh? Dah aku nak minum. Terasa kering tekak aku berleter memanjang." Nasihat Haziq panjang lebar. Dia sudah mengangkat punggung lalu menuju ke pintu.

Sebelum pintu ditutup rapat Haziq bersuara lagi. "Jangan lupa nanti petang fitting baju pengantin kat butik." Haziq mengenyitkan mata.

Yusof meraup wajah. Kata-kata Haziq berlegar-legar diminda. Ada benarnya kata kawannya tadi. Ayra yang ditemuinya tujuh tahun lalu sangat berbeza. Ayra sekarang memang baik. Ya! Malah tersangat baik. Apa yang disampaikan oleh Haziq tadi mengenai abah Ayra juga menyentuh hati lelakinya. Terbayang wajah Tuan Ahmad, bakal ayah mertuanya itu. Kata-kata orang tua itu terngiang-ngiang ditelinganya

"Abah harap, kamu dapat jaga anak perempuan abah tu. Selama 20 tahun, abah tak pernah ambik berat tentang Ayra walaupun Ayra tu anak abah. Apa yang abah buat hanya marah, menengking, menyakitkan hatinya saja. Abah bukan ayah yang baik. Baru 3 tahun yang lepas abah mula berbaik dengannya. Abah menyesal...menyesal kerana pilih kasih. Apa yang Ayra buat selalu salah dimata abah. Semuanya menjijikkan, sedangkan dia tak pernah buat apa-apa yang menyakitkan hati abah. Selagi abah masih hidup, abah akan sentiasa memberinya kasih sayang. Abah akan bayar balik hutang kasih sayang abah pada Ayra dulu...abah ingin dia bahagia Yusof. Bahagia.." Jadi itulah cerita disebaliknya? Tak sangka gadis itu menyimpan banyak kesedihan.

Arghhhh!!! Apa aku nak buat sekarang? Semuanya bertambah rumit! Dia perlu menjaga hati Tuan Ahmad juga orang tuanya yang mengharapkan perkahwinan ini terjadi....Bagaimana dengan dirinya? Dendam dan bencinya? Hati dan perasaannya? Yusof buntu.

AYU mengamuk. Tudung dikepala ditarik kasar. Mahu tercabut rambutnya yang ikal mayang bagai indomee goreng itu. Sakit hatinya bila mendapat tahu si Jantung hatinya ingin berkahwin tak lama lagi. Rancangannya ingin memiliki Yusof Amsyar gagal! Ayu bagai dirasuk terpekik-pekik, terjerit-jerit di dalam bilik. Puan Sabrina kebetulan pergi keluar hanya Ayu saja yang tinggal di situ. Dia mengilai-ngilai macam Pontianak pun tiada siapa yang peduli.

"Yusof! why did you do this to me?! I love you...." Ayu merintih. Wajahnya diraup kasar. Rambutnya ditariknya kasar. Dia bagai orang yang tidak siuman. Sekejap ketawa, sekejap menangis, sekejap lagi mengilai.

"Ayra! I will kill you!!! HAHAHAHA.." Ayu mengambil gunting di dalam laci meja soleknya. Lalu menggunting-gunting rambutnya hingga botak. Dia tidak boleh lagi mengawal dirinya. Badannya menggigil. Dia perlukan benda itu. Ayu mencapai beg tangannya mencari 'benda' itu. 'Benda' itu saja yang mampu membuatnya tenang. Satu botol kecil dibuka kasar, pil-pil berwarna putih berguguran diatas katil. Lebih dari sepuluh biji pil itu ditelan Ayu. Rakus gadis itu menelan dadah yang menjadi peneman kesedihannya.

Beberapa minit kemudian tubuh Ayu semakin kuat menggeletar. Buih-buih putih terkeluar dari mulutnya. Jari-jemarinya terasa kaku. Kakinya juga tidak mampu lagi digerakkan. Matanya terbeliak naik ke atas. Degupan jantung sudah tidak berdetak lagi. Akhirnya Ayu terlantar diatas katil. Gara-gara ubat terlarang nyawa tergadai.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now