BAB 13

367 9 0
                                    

YUSOF Amsyar memandang ke arah perempuan yang sedang memerhatikan peta, yang berada tidak jauh darinya. Niatnya ingin mencari Ayu terbantut, tatkala melihat perempuan itu. Setiap gerak-geri Ayra diperhatikannya. Comel je dia membelek peta itu. Pandai ke idok baca peta? Yusof Amsyar tersenyum sendiri.

Yusof Amsyar mengekori Ayra dari belakang, tanpa disedari Ayra. Terhuyung hayang badan Ayra mengimbangi badannya, ketika dia hampir tergelincir kerana terpijak batu yang sedikit basah. Yusof Amsyar kalut ingin memaut lengan Ayra. Risau jika Ayra terjatuh. Tapi nasib baik Ayra pandai mengimbangi badannya dengan pantas. Secepat mungkin Yusof Amsyar menyorok di tepi pokok.

Fuhh! Nasib baik tak kantoi Yusof! Dia mengurut dadanya. Lalu mengekori lagi Ayra.

Sampai kat sungai Yusof Amsyar menyorok lagi dibalik batu-batu. Ketika itu juga dia terdengar bunyi. Bunyi yang sama didengar oleh Ayra.

"APA yang korang buat ni HAH?!" Tiba-tiba Yusof Amsyar datang menyerbu.

Ayra terperanjat hebat kerana mendengar suara Yusof Amsyar sangat lantang. Bila masa dia ada kat sini?

Manusia yang sedang menyorok di balik batu besar itu keluar. Mahu terkeluar biji mata Ayra melihat manusia yang sedang di depannya. Ayu?! Airiel?! Mahu muntah pelangi Ayra melihat keadaan mereka berdua yang separuh berbogel. Astaghfirullah Al-Azim!

Terkocoh-kocoh Ayu dan Airiel memasang baju mereka.

Yusof Amsyar meraup wajahnya yang sudah terlihat mereh padam. Dadanya turun naik menahan marah. Patut lah dari tadi aku cari tidak ada. Rupa-rupanya dia kat sini berasmaradana dengan lelaki lain!

"Yusof, please listen to me." Ayu merayu. Dia menangis teresak-esak. Lengan Yusof Amsyar digenggam kuat. Tapi ditepis kasar oleh Yusof.

"What?! Apa lagi yang You nak I dengar?!"

Yusof Amsyar memandang tajam, lelaki yang berdiri sebelah Ayu. Melayang satu tumbukan yang kuat ke muka Airiel. Airiel terpelanting. Darah yang lebat mengalir dibibirnya. Hampir saja badan Airiel memeluk Ayra. Ayra mengelak cepat.

"Yusof!" Jerit Ayu.

"You SHUT UP!" Yusof Amsyar menarik badan Airiel. Kemudian satu lagi tumpukan hinggap diperut Airiel. Airiel mengaduh kesakitan. Terbongkok badannya akibat dari tumbukan kuat Yusof.

"Kau...kkau tak layak untuk Ayu. Ayu kata kau tak pernah berikan dia kepuasan. Kau tak pernah berikan apa yang dia nak." Airiel kini bersuara. Perutnya dipegang. Berkerut-kerut wajahnya menahan kesakitan.

"Apa kau cakap? Kepuasan? I give you everything. Kepuasan apa lagi yang you nak Ayu?!" Yusof Amsyar memandang Ayu bengis. Mengalahkan singa kelaparan.

"Memang you tak pernah puaskan nafsu I. You tak pernah nak, kalau I ajak you tidur bersama!" Balas Ayu kasar. Tiada lagi esakan tangisannya. Tajam matanya memandang Yusof.

Ayra terkesima. Gila ke apa? Dia tak sedar ke apa yang dibuatnya itu berdosa? Ya Allah!

Yusof Amsyar melopong.

"You perempuan murahan! You dan I belum lagi ada ikatan yang sah. Bagaimana I nak turutkan kemahuan you yang tak masuk akal tu?!"

"Zaman sekarang ada lagi ke lelaki yang tunggu kahwin, baru nak tidur bersama kekasih dia? You memang lelaki kampung! Lelaki old school!" Ayu tersenyum mengejek.

Pang!!! Satu penampar hinggap ke pipi Ayu. Ayu menggosok pipinya.

"Menjadi lelaki kampung lebih baik daripada menjadi seperti perempuan iblis yang bertopengkan manusia macam kau! Sebabkan manusia macam kau ni lah yang menjatuhkan martabat kita sebagai seorang perempuan. Mana letak harga diri kau sebagai perempuan?" Kata Ayra setelah tangannya menghadiahkan penampar kepada Ayu. Panas hatinya bila mengenang apa yang telah dibuatnya tadi. Dia sebagai perempuan merasa sangat malu, atas perbuatan Ayu. Keterlaluan! Jangan gara-gara dia seorang yang sanggup menyerahkan 'kesuciannya' perempuan lain yang tidak bersalah dipandang hina.

"Kau siapa tampar-tampar orang ni?! Kau jangan tunjuk suci pula. Entah-entah dah berpuluh orang lelaki kau ajak pergi tidur." Ayu menjerit. Geram hatinya bila dimalukan didepan lelaki-lelaki yang disayanginya.

Pang!! Satu lagi penampar hinggap di pipi Ayu. Kini giliran Yusof Amsyar pula yang menghadiahkannya penampar. Ayra menekup mulutnya. Soal hatinya, tak usah ditanya. Gunung berapi hampir mengeluarkan 'lavanya.'

"You are too much Ayu!" Yusof Amsyar mengherdik perempuan yang langsung tidak menampakkan muka bersalah langsung.

Apa kena hari ni? Main tampar menampar pula dah. Nak buat adegan tamil pun jangan kat hutan boleh? Airiel berbisik di dalam hati. Lalu dia beredar meninggalkan mereka. Terbongkok-bongkok dia melangkah. Sakit wei! Nak terburai usus perut dibuatnya.

"Airiel wait for me!" Ayu berlari mengikuti jejak Airiel.

"Hoi perempuan kalau nak lari sekarang pun. Bawa sekali pakaian dalaman kau ni. Mahu berdarah hidung para lelaki kat luar sana nanti bila tengok benda yang tak sepatutnya." Ujar Ayra. Ayra mengambil pakaian 'dalaman' Ayu di lantai. Cepat-cepat dibungkusnya. Walaupun itu bukan kepunyaannya tetapi dia rasa malu semalu malunya bila lelaki sebelahnya itu melihat ke arah benda itu.

Ayu merampas kasar 'benda' itu daripada Ayra. Sempat lagi dia menjeling Ayra. Ayra hanya menjulingkan matanya. Yusof Amsyar pula terus duduk di atas batu besar sambil meraup mukanya.

Ya Allah! Apa yang telah terjadi? Bantu Hamba-Mu ini untuk menerima ujian-Mu yang telah kau berikan Ya Allah!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now