BAB 3

455 11 0
                                    

KAWASAN lobi sudah dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti program 'Kem Jalinan Kasih'. Dua buah bas sedang menunggu. Mungkin inilah bas yang akan mereka naiki nanti. Ayra dan Zila menghampiri salah seorang ahli jawatan kuasa untuk mengambil kedatangan. Kebanyakannnya yang ikut serta dalam program ini dari pelajar tahun akhir dan hanya beberapa orang pelajar junior.

Ramai juga yang join, aku fikir tak dapat sambutan program seperti ini. Mungkin mereka yang ikut ni semua diberi makan rasuah. Supaya nanti pensyarah-pensyarah yang lain tengok program ni berjaya. Astaghfirullah al-Azim. Dah kenapa pula aku berburuk sangka dengan dia. Be positive dear Ayra Syafinaz! Dari tadi lagi aku belum nampak batang hidung mamat poyo tu. Takkan lah dia tak ikut. Inikan program dia. Tak payah cari dia boleh tak Ayra? Bukan ke bagus kalau dia tak ada. Aman hidup kau.

"Okay, dengar sini semua. Kita akan bertolak tepat pukul 8 pagi. Pastikan barang-barang kamu lengkap. Siapa yang lambat datang pandai-pandailah cari jalan sendiri. Bas tak akan menunggu pelajar-pelajar yang lewat. Tolong hargai masa orang lain." Kedengaran suara tegas Yusof Amsyar yang baru muncul dari belakang Ayra.

Terkejut aku. Nasib baik aku tak melatah tadi. Panjang umur, baru sebentar tadi aku cari dia. Cari? Hmm..memang taklah. Berlagak sangat mamat ni. Depan pelajar perempuan bukan main buat muka ketat macho. Control lah tu. Ingat semua orang boleh terpikat dengan dia. Kalau depan aku bukan buat-buat macho tapi mochaccino kopi pekat lagi hitam kelat. Ayra mengomel didalam hati.

Ayra hanya memandang ke lantai apabila Yusof Amsyar memberi keterangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan selama 1 minggu di hutan. Tengok lantai lagi sedap mata memandang tau. Panjang lebar mamat ni buat 'tazkirah', sayangnya aku tak berminat nak dengar. Bukannya seronok sangat pun. Lagi pun aku ikut serta sebab 'terpaksa'.

"Pelajar yang bawa beg besar, sebesar alam tu dengar tak apa yang aku terangkan tadi?" Tanya Yusof Amsyar. Dia ni tanya siapa? Semua mata tertumpu ke arah Ayra termasuk Zila. Zila menyiku Ayra. Ayra pun menyiku Zila semula. Terkumat kamit mulut mereka memberi isyarat. Aku ke yang dimaksudkan mamat tu? Ayra memandang tepat ke wajah Yusof Amsyar dengan muka bengangnya.

"Kaulah siapa lagi yang ada beg besar sebesar gajah?" Terdengar suara-suara berbisik. Ada juga yang ketawa kecil mendengar perkataan 'gajah' yang keluar dari mulut Yusof Amsyar. Yusof Amsyar memerhatikn gerak-geri Ayra yang berada tidak jauh dari dirinya. Bukannya dia tidak tahu gadis itu sebenarnya langsung tidak memberikan perhatian kepadanya.

"Kenapa?" Ayra bertanya semula kepadanya. Ada saja yang dia tak puas hati dengan aku. Sekarang beg aku pun jadi masalah. Apa dia kata tadi? Beg sebesar gajah? Kalau ikutkan hati mahu saja aku cili mulut dia ni. Mulut longkang!

"Kau tak dengarkah apa yang aku cakap tadi?"

Muka Yusof Amsyar sudah terlihat kemerahan. Menahan marah atau sebab kepanasan. Maklumlah cuaca sekarang panas terik. Baru Ayra perasan dia ni kalau bercakap dengannya mesti gunakan 'aku' dan 'kau'. Memang kurang gula betul mamat ni.

"Saya tak dengar tadi. Suara awak tak jelas sangat." Bohong Ayra. Suara jelas atau tak dia tetap tak nak dengar.

Yusof Amsyar bergerak menghampiri Ayra. Jarak di antara mereka hanya sedepa. Oleh sebab Ayra terlalu 'tinggi', dia terpaksa menjongket kakinya sedikit. Ayra tidak mahu mengalah. Dia mendongak ke atas. Mata mereka saling bertentangan. Tidak ada apa-apa perasaan ketika itu. Melainkan perasaan meluat dan benci, geram dan marah menjadi satu. Seperti lagu Misha Omar 'bila bunyi bersatu kau milikku.' Hah! Sudah! Tak ada kena mengena langsung.

Sempat juga Ayra memeriksa wajah lelaki yang 'fofular' tu. Bersih. Terlihat sedikit kumis yang baru nak tumbuh tengok dunia. Alah! Kalau harapkan muka putih, kening tebal, bibir berwarna merah, kalau hati bagai 'witch' seperti mak Snow White. Memang tak munasabah digilai dan dikagumi. Nanti aku cerita pasal apa aku tak suka dengan lelaki yang kononnnya menjadi kegilaan pelajar perempuan kat kampus.

"Sekarang kau boleh dengar suara aku?!" Tiba-tiba Yusof Amsyar menjerit tepat ke telinga Ayra. Bergegar gegendang telinga Ayra. Ya Allah! Kurang asam punya budak!!!!! Sakit telinga aku!

Mata Yusof Amsyar semakin galak meratah wajah ayu Ayra.

"Awak tak perlu menjerit! Saya bukannya pekak. Suara awak yang terlalu halus mengalahkan perempuan!" Ayra meninggikan suaranya. Akhirnya gunung berapi aku meletup. Belum pernah aku menjerit sebegitu lantang seperti ini. Sewaktu membuat pembentangan pun aku tak pernah terjerit-jerit. Lelaki ini benar-benar menguji kesabaran aku. Tak pernah lagi seorang manusia menjerit seperti mamat gila ni! Mak! Sakit hati Ayra. Apa salah Ayra dengan dia ni mak? Sampai hati. Aku ni perempuan melayu terawal dan terakhir tau tak?! Ayra nak nangis!

Terangkat bahu Yusof Amsyar bila diherdik oleh Ayra. Tak padan dengan badan gempal dan pendek tapi suara mengalahkan suara Ziana Zain menyanyikan lagu Madah Berhelah. High pitch! Denyutan jantung dah tak berirama. Suhu api kemarahan Yusof semakin melonjak naik.

Keadaan diruang lobi senyap. Sunyi sepi. Tak ada seorang pun yang berani bersuara. Mereka hanya memerhatikan 'Drama Sangat' secara langsung di hadapan mata mereka. Kecut perut menengoknya.

Zila di sebelah Ayra terkedu. Apa dah jadi ni?

"Kau cakap suara aku macam perempuan?!"

"Yelah!!! Awak yang biadap. Tak ada maknanya awak buat program macam ni kalau perangai awak pun macam hantu!!!! Jalinan apa? Jalinan kasih? Tak ada maknanya Jalinan kasih. Ini semua jalinan MUSUH."

"Kau..." Yusof Amsyar menunjuk tepat ke wajah Ayra. Matanya bagai nak terburai ke bawah memandang Ayra. Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, seorang lelaki muncul meredakan keadaan.

Ayra menggenggam erat begnya. Dia sudah bersedia untuk membuka langkah kuda lumping. Ikutkan hati nak sangat dia sepak Yusof Amsyar dengan beg 'gajah' ini.

Yusof Amsyar beredar meninggalkannya. Kenapa kau ni Yusof? Kalau depan minah tu, kau langsung tak dapat kawal emosi kau. Kau tak patut buat begitu. Ah! Peduli apa aku siapa suruh tak tumpukan perhatian tadi? Nak sangat tunjukkan muka ketat sendat. Sekejap Yusof rasa kesal, sekejap lagi dia berpuas hati. Egolah katakan. 

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now