BAB 70

538 10 0
                                    

LAMA Ayra memikirkan cara untuk menebus kesalahan Arwah kakaknya, Ayda Syafiyya. Tidak mudah baginya merancang semua ini seorang diri. Keputusan sudah dibuat. Apa-apa pun yang terjadi Ayra tidak ambil peduli, janji semuanya selesai dan hati yang terluka memang patut diubati. Kepada Allah dia memohon doa dipermudahkan segala urusannya. Mikyad Muqri dan Yusrina Amnani harus dipersatukan lagi. Tak! Ini bukan harus tapi WAJIB baginya!

Mikyad Muqri dan Ayra bertemu di Restoran Pappa Rich. Mereka mengambil tempat yang ada privacy sikit. Tak mahu nanti bualan mereka diambil tahu dan didengar oleh pelanggan yang lain. Selesai membuat pesanan Ayra menarik nafas panjang. Bismillahirrahmanirrahim.

"Abang Mik..Ayra sebenarnya nak bincangkan sesuatu dengan abang." Ayra bersuara. Dia cuba berlagak tenang di depan abang sepupunya itu. Walhal, otaknya ligat mencari ayat yang sesuai untuk memulakan pembicaraan.

"Apa dia?" Mikyad Muqri mengangkat keningnya. Wajah sepupunya itu ditenung lembut.

Ayra menarik nafas panjang lagi kemudian menghulurkan Diari arwah kakaknya. Mikyad menyambutnya. Dia sedikit ragu bila memandang diari tersebut. "Diari? Hadiah untuk abang ke?" Mikyad menyoal Ayra. Muka depan Diari itu dibaca perlahan. "Ayda Syafiyya." Berkerut dia membaca nama bekas tunangnya tadi.

"Abang...Ayra tahu abang mesti tertanya-tanya kenapa diari arwah kak Ayda ada pada Ayra. Masa hari pertunangan Ayra hari tu, abah bagi diari ni pada Ayra. Baru bulan lepas Ayra membacanya. Abang Ayra nak tanya sesuatu...abang masih sayang kat kak Rina?"

Lama Mikyad Muqri berdiam. Soalan itu membuat hatinya rasa terpukul. Luka yang semakin sembuh bagai berdarah kembali. Nama itu yang selalu setia meniti dibibirnya walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Ayda. Hati dan perasaannya tidak pernah sesaat pun melupakan nama itu hingga sekarang.

"Abang please jawab dengan jujur. Jangan tipu diri abang sendiri. Ayra tahu, dari mata abang sudah terjawab segalanya. Abang Mik masih sayangkan kak Rina kan? Ayra baru teringat dulu abang kata abang Mik mencintai seseorang dan abang akan sayang dia sepenuh hati abang. Abang cerita semuanya pasal kak Rina pada Ayra. Rupa-rupanya kak Rina yang abang cintai tu kakak ipar Ayra. Yusrina Amnani binti Yazid." Ya, Ayra baru teringat semuanya setelah bertahun-tahun terlupa akan seseorang yang Mikyad Muqri selalu ceritakan padanya. Tiap-tiap hari Mikyad akan berceloteh tentang kekasih hati yang sudah menawan hati lelakinya. Dari A ke Z tanpa ketinggalan satu pun kisah percintaannya diberitahu Ayra. Tanpa disedarinya orang itu adalah perempuan yang juga curhat padanya mengenai kelukaan dan penderitaan yang dialaminya. Jika dia mengetahuinya dari awal sudah lama dia menyatukan mereka berdua. Kerana fitnah dua insan itu merana dan terpisah. Mereka yang menanggung penderitaan!

Mikyad terkejut. Dahi dipicit. "Ya..abang masih sayangkan Rina. Buat apa lagi abang mengharapkan dia? Dia telah melukai abang. Dia curangi abang. Dia pengkhianat! Abang kecewa kerana dia. Dia racun dalam hidup abang! Keputusan abang untuk menerima Ayda dulu bukan kerana abang cintakan arwah tapi sebab...sebab..abang mahu merawat luka abang. Abang tahu Ayda cintakan abang, jadi tak salahkan kalau abang mahu membalas cinta dia. Walaupun ketika itu perasaan abang pada Ayra tidak lebih dari seorang sepupu menyayangi saudaranya." Lirih suara Mikyad ketika itu. Kulitnya yang putih kelihatan merah. Mengawal marahnya mungkin. Kenangan pahit ter'flashback' seketika difikirannya. Gara-gara hidup dalam kenangan itulah rasa sakit itu lama pulihnya.

Ayra memandang sayu pada Mikyad. Dia memahami perasaan sepupunya itu. Sungguh dia sendiri juga mengalami luka itu walau situasinya dengan Mikyad berbeza. Dia perempuan, lukanya mungkin lebih besar dari luka dihati sepupunya itu. Sebab perempuan hatinya lembut. Ayra jangan kau menangis disini! Kau kena kuat! Airmata cuba ditahan supaya tidak jatuh. "Abang...abang salah faham sebenarnya. Dalam diari arwah kak Ayda ada semua jawapannya. Abang bacalah dulu. Baru abang akan faham nanti."

Diari tadi dibuka perlahan-lahan oleh Mikyad. Satu per satu dibacanya dengan tenang. Hingga dimuka surat yang menceritakan mengenai pertemuannya dengan Yusrina dan Yusof di Secret Recipe, dadanya mula turun naik. Degupan jantung tak tentu iramanya. Matanya mula bergenang airmata. Dia menggenggam kuat diari Ayda sehingga sedikit remuk lalu ditutup kasar. Wajahnya diraup. Panas pipinya ketika itu. Suhu badan meningkat ke tahap maksima.

"Abang..maafkan kak Ayda. Ayra sebagai adik rasa-rasa bersalah sangat pada abang Mik dan kak Rina. Ayra sendiri tidak menyangka sekejam itu kak Ayda...memisahkan kalian berdua. Tujuan Ayra berjumpa abang hari ni bukan saja ingin memberitahu tentang ini..tapi juga Ayra ada rancangan ingin menyatukan kak Rina dan abang Mik. Sebagai tanda maaf dan rasa bersalah Ayra pada kalian berdua. Jujur Ayra sendiri buntu bagaimana cara Ayra ingin menebus kesalahan kak Ayda. Kak Ayda sekarang sudah tiada. Ikutkan hati Ayra..Ayra mahu marah..marah pada kak Ayda. Kenapa..kenapa Ayra yang kena tanggung semua ini sendiri abang? Dia benci Ayra..tapi kesalahan dia Ayra juga yang kena hadap..Ayra juga sakit abang!" Akhirnya tumpah juga air jernih yang cuba ditahan Ayra. Teresak-esak Ayra menangis. Hatinya jadi luluh lagi bila mengenangkan Yusof Amsyar. Suaminya itu pasti juga membencinya. Layanan mesra dan hangat yang diberikan oleh Yusof selama mereka kenal, mungkin kerana bencinya pada Ayra. Bukan kerana..Cinta!

"Ayra..Ayra tak salah! Abang yang salah..abang yang tidak percaya kata-kata Rina. Kalau dulu abang siasat dan mendengar penjelasan dia semua ini tak akan berlaku. Abang..abang bodoh Ayra! Abang buta..sepatutnya abang tahu Rina sedang jujur ketika itu tapi abang terus je marah dia. Herdik dia...Ayra tolong abang..tolong abang..abang nak jumpa dengan Rina. Abang nak tebus semua kesalahan abang pada dia." Rayunya. Mikyad Muqri berpindah duduk di sebelah Ayra. Bahu adik sepupunya digosok lembut. Mencuba untuk menenangkan Ayra yang kian rancak menangis. Kesian Ayra. Dia sungguh menyesal! Dialah punca ini semua terjadi! Kerana dia banyak hati yang menjadi mangsa terluka.

"Ayra akan cuba bantu abang Mik. Itu janji Ayra. Lepas ni Ayra akan aturkan pertemuan abang Mik dan kak Rina. Abang pujuklah kak Rina." Ayra tersenyum tawar. Airmata disapu menggunakan tisu sempat lagi hingus yang penuh didalam hidung, dihembus. Daripada hingusnya mengalir, mahu munta hijau pelanggan yang sedang makan melihatnya.

Mikyad membalas senyuman Ayra. Semoga semuanya berjalan dengan lancar! Doanya didalam hati.

DALAM kesibukan Ayra dan Mikyad Muqri berbincang tentang misi mereka, ada mata yang sedang memerhatikan mereka berdua. Niat dihati ingin menjamu selera sudah terbantut. Hilang rasa lapar Yusof Amsyar. Cemburu bermaharajalela didalam hati. Dia menumbuk meja kayu Restoran Pappa Rich itu kemudian berlalu pergi dengan hati yang bengkak.

Haziq Syukri yang ingin menolak pintu restoran terkejut, bila terasa pintu itu menolak dirinya hingga terdorong sedikit ke belakang.

"Yusof! kenapa kau keluar? Restoran penuh ke?" Soal Haziq terus. Kepalanya meninjau-ninjau keadaaan didalam restoran. Tak penuh pun. Itu ada tempat kosong lagi. Dia tidak menyedari wajah Yusof sudah ketat sendat. Merah menyala menahan marah.

"Aku rasa nak bakar je restoran ni!" Turun naik dada Yusof bersuara. Menahan geram.

Kawannya itu menoleh laju memandang Yusof. Kalau muka dah masam meng'oren' tu mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Duga Haziq. "Kenapa ni?"

"Kau tengok sendiri! Aku nak balik rumah sekarang! Sebelum gunung berapi meletus." Yusof mengacip giginya kuat lalu meninggalkan Haziq terpinga-pinga sendiri.

Haziq masuk ke dalam restoran ingin mengetahui sebab kawannya itu berubah mood. Awal pagi bukan main senyum sampai melebihi telinga tup tup tengahari dah turun bibir mencecah lantai. Dia memandang sekeliling. "Tak ada benda yang menyakitkan hati pun kat sini. Elok je...eh! Itu bukan Ayra ke? Siapa pula tu..eh! Mikyad!"

"Kawan aku tu cemburu rupanya. Adui..kuat drama si Yusof ni! Ingat apalah tadi." Haziq mengomel sendiri. Bergeleng-geleng kepalanya memikirkan perangai Yusof yang kuat cemburu tak bertempat. Tak salahkan kalau dia tanya sendiri kenapa Ayra berjumpa Mikyad di situ? Ini tak main cemburu je dia. Haziq memberanikan diri mendekatkan diri dengan Ayra dan Mikyad. Oleh kerana perutnya bergendang-gendang cina teruslah dia joint venture makan duduk satu meja bersama isteri kawannya itu.

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now