BAB 45

393 11 1
                                    

HILANG tumpuan Ayra memandu. Di dalam hati berbagai kutukan sakti diluahkan pada lelaki yang duduk di belakangnya. Ikutkan hatinya dia nak tinggalkan lelaki itu di tepi jalan. Biar dia naik bas, teksi atau pun motorsikal yang lalu lalang pergi ke pejabatnya.

30 minit yang lepas...

Ayra menuruni anak tangga rumah mewah milik Tuan Yazid dan Puan Yasmin, menuju ke keretanya. Yusran berada di sebelah berjalan seiringan dengannya. Tugasnya sebagai pemandu peribadi Yusran akan bermula sebentar lagi. untung jadi anak orang kaya lewat masuk sekolah pun tak apa janji yuran sekolah tiap-tiap bulan masuk.

Pintu kereta dibuka. Tiba-tiba pintu itu ditutup perlahan. Ayra terus menoleh ke belakang.

"Awak?" Ayra terkejut bila melihat Yusof Amsyar masih berada di rumah itu.

Kening Yusof Amsyar menari tarian asli. "Kereta aku rosak. Kau hantar aku pergi kerja." Tanpa persetujuan Ayra terus saja lelaki itu menyusup masuk ke perut keretanya. Yusran juga mengikut pak sunya masuk.

Ayra tergagap-gagap. "Ni siapa kata saya nak hantar awak? Saya tak kata apa-apa lagi tau."

"I don't need your permission Cik Ayra Syafinaz. What I need is you, to send me to my office. As simple as that. Remember you are the driver...in other words you are my driver as well." Ujar Yusof Amsyar berlagak. Kaca mata hitam dipakai.

"Hello, hello, hello...I am not your driver. I am Yusran's driver. Awak kalau nak pergi kerja, pergi dengan Pak Ali." Protes Ayra. Hatinya panas sepanas matahari yang memancar langit pagi itu.

"Pak Ali tu driver ayah. You are my driver right now, tomorrow and forever." Selamba saja bibirnya menutur kata. Langsung tidak memedulikan perasaan Ayra yang ketika itu marah.

"Awak..."

"Kalau pak su dan mak su Ayra bertengkar begini, sampai esok pun Yusran tak sampai-sampai sekolah lagi." Giliran Yusran pula yang bersuara. Umurnya baru saja 8 tahun tapi mulutnya mengalahkan orang dewasa. Dia lebih matang dari usianya.

Sejak bila pula aku jadi mak su dia? Kahwin pun tak dengan pak su dia yang berlagak tu. Erkk kahwin? Teringat pula dirinya pada Puan Yasmin yang ingin menjadikannya menantu. Hish! Diminta jauhkan lah. Seram aku!

Yusof Amsyar mengangkat keningnya pada Ayra. "Cepat." Arahnya. Kemudian dia tersenyum puas. Bangga rasanya bagai memenangi sebuah kereta mewah, apabila Ayra memecut keretanya laju. Maknanya Ayra mendengar arahannya. Mak su? Hmm..sesuai juga panggilan tu pada dia. Mak su Ayra...berulang-ulang dia menyebutnya dalam hati. Tanpa disedari dia tersenyum bahagia.

"BEAST Yusof, sekarang ni dah sampai kat 'kandang' awak. Pergi lah bertapa lama-lama kat dalam tu. Tak balik-balik pun lagi bagus tak lah kering tekak saya asyik berperang mulut dengan awak." Ayra bersuara setelah keretanya sudah sampai betul-betul di depan pintu utama bangunan Syarikat Yaz Min Architecture Firm.

"Kau ulang balik ayat kau." Ujar Yusof Amsyar. Perlahan-lahan dia merapatkan badannya ke belakang kerusi tempat Ayra duduk.

"Saya kata... Beast Yusof, sekarang ni dah sampai kat 'kandang' awak. Pergi lah bertapa lama-lama kat dalam tu. Tak balik-balik pun lagi bagus tak lah kering tekak saya asyik berperang mulut dengan awak. Dengar ke tidak Encik Bea...." Kata-katanya terhenti apabila dia menoleh ke kiri. Tiba-tiba wajah Yusof Amsyar terpampang dekat dengan wajahnya. Sedetik lebih..wah dah macam lagu Abang Anuar Zain pula...Ayra mengundurkan badannya ke belakang.

Pipi Ayra terasa panas. Si jantung jangan ditanya..dia sudah bergendang-gendang di dalam. Tenang. Tenang. Buat seperti biasa.

Yusof Amsyar juga sama. Terasa menyesal dia berada dekat di belakang kerusi Ayra. "Pukul 5.30 nanti kau mesti sudah terpacak kat sini. Kalau tak nahas kau kat rumah nanti aku kerjakan." Sup sap sup sap, laju seperti kilat Yusof Amsyar keluar dari perut kereta. Wajah Ayra langsung tidak dipandang. Nanti bila pandang mahu gugur jantung aku. Malu! Kan bagus kalau aku tercium dia. Amboi! Gatal kau ye. Astgahfirullah Al-Azim!

Terlopong mulut Ayra. "Aku digaji untuk jadi pemandu peribadi Yusran bukan Yusof Amsyar! Geramnya! Dah lah free of charge. Apa lah nasib aku lepas ni. Mak, Abah...Ayra nak balik!" Ayra terjerit-jerit seorang diri di dalam kereta. Senget-benget tudungnya ketika dia menggaru kepala yang tidak gatal itu. Pekerja yang lalu lalang di depan keretanya rasa takut melihat 'orang gila' yang terjerit-jerit bagai tidak sedarkan diri. Apabila tersedar dia kini berada di tempat awam, Ayra terus memecut keretanya keluar dari situ.

Kepalanya dipukul-pukul lembut. Malu kau dapat. Sakit hati kau dapat. Semua kau dapat hari ni Ayra! Sedihnya!

TEPAT pukul 5.30 Petang Ayra sudah terpacak di depan bangunan. Sudah tiba masanya prince Charming yang tak berapa nak charming untuk pulang. Senang saja sebenarnya jadi pemandu ni, tahu hantar dan ambil penumpang saja. Selebihnya terperap di dalam rumah mewah. Itu kata kau orang. Kalau kata Ayra dia bukannya penat jadi pemandu tapi penat melayan kerenah Yusof Amsyar. Penumpang yang tidak diiktiraf masuk ke dalam kereta kesayangannya. Hari pertama, hatinya sudah bengkak berbisul. Hari-hari yang akan datang? Tak tahu lah.

Sejam telah berlalu...dua...dan tiga...Tiga jam menunggu batang hidung mancung tak kembang si Yusof Amsyar tapi tak kunjung tiba. Ayra terasa mengantuk lalu terlelap.

"Bangun. Bangun.. dah kenapa buat peta busuk kat dalam kereta ni?"

Ayra membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang jam di dashboard kereta. "Hah! Pukul 9? Awak kalau nak kerjakan saya pun berpada-pada lah. 4 jam saya tunggu awak kat sini. Buang masa. Bukannya nak cakap minta maaf pun. Saya rasakan macam nak cincang-cincang daging awak ni tau!" Ayra sudah menembak pelurunya. Tangannya menumbuk-numbuk bahu Yusof Amsyar.

Yusof Amsyar biarkan saja perempuan yang berada di sebelahnya itu menumbuknya. Dia rasa bersalah sangat pada Ayra. Memang sepatutnya dia habis kerja pukul 5 tadi. Tiba-tiba ada klien datang nak jumpa. Berbincang, berbincang dan berbincang tak sedar jam sudah menginjak ke pukul 9 malam.

"Better awak pergi repair kereta awak secepat mungkin. Saya tak nak jadi driver awak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!"

"Shhhhh..Kau tak malu ke ada orang tengok?" Yusof Amsyar menekup mulut Ayra. Tangannya di sebelah menutup mukanya. Kalau staff aku nampak dah tentu jadi TAJUK UTAMA bahan cerita mereka. Staff aku ni berbagai-bagai jenis bawang. Bawang Holland, Bawang merah, Bawang putih, Bawang yang kecut pun ada.

Ayra terdiam. Lama mereka berdiam diri. Tiba-tiba perut Ayra bernyanyi-nyanyi rock. Dia menekan perutnya kemudian menoleh ke arah Yusof. Dahi Yusof berkerut. "Kau lapar?"

Ayra hanya mengangguk. Tadi selepas menghantar Yusran balik ke rumah dia tidak sempat menjamah makanan. Dia bergegas keluar untuk menjemput Yusof. kalau dia tahu Yusof Amsyar pulang lewat, dah tentu dia kenyang sekarang. Lauk pauk yang mak Minah masak pun sungguh menyelerakan tadi. Rugi aku.

"Aku drive. Kau duduk sini. Kita makan dulu lepas tu baru balik." Lembut Yusof Amsyar bertutur. Nada suaranya kedengaran romantis ditelinga Ayra. Itu pun kau boleh kata romantis? Kau lupa korek telinga ke apa? Ayatnya biasa saja pun..tapi....kenapa? Kenapa...dia nampak kacak bila berlemah-lembut seperti tadi?Ah, sudah! Mula nak merepek.

Mereka sudah bepindah tempat duduk. Ini kali pertama seorang lelaki memandu keretanya. Pertama kali dia berdua-duaan di dalam kereta bersama lelaki. Terasa seperti dipandukan oleh sang suami pula. Sekilas dia memandang Yusof Amsyar. pandangannya lalu berpindah pada tangan Yusof yang sasa dan berotot. Maskulin sungguh! No wonder dia jadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan dulu. Tanpa sedar Ayra tersenyum manis tanpa menampakkan gigi.

"Senyum-senyum kenapa? Tak payah nak senyum-senyum sangat bukannya cantik pun. Manis pun tak." Senyuman Ayra termati ketika mendengar kata-kata Yusof Amsyar. Dia menjeling. Yusof Amsyar tersengih, di dalam hatinya memuji senyuman manis Ayra tadi. Alangkah bahagianya jika senyuman itu ditujukan pada aku.

"Suka-suka saya lah. Nak senyum ke, nak menangis sekali pun saya tak minta bayar pun. Bibir pun bibir saya. Awak tak payah risau, senyuman saya ni hanya untuk sang suami nanti." Bidas Ayra. Sampainya hati dia kata aku senyum tak cantik. Sedangkan senyuman itu buat Yusof Amsyar. Buat dia ke?

Suami? Yusof sudah mula merasa tidak senang menyebut perkataan itu. Dia tidak sanggup melihat Ayra bersama lelaki lain. Kenapa? Sebab aku cemburu!

Antara Cinta dan Benci by Syafeeqah NorsamWhere stories live. Discover now